BAB 8

5.1K 411 14
                                    

BUK!

Buku lima selamat menghinggap rahang mangsanya. Kemudian, sebelah lagi buku lima dilayangkan ke abdomen. Melihat mangsanya itu hampir tumpas, Rian mengangkat kaki lalu kepala lutut menghentak kuat abdomen mangsanya buat kali kedua.

Mangsanya tersungkur ke belakang, namun cepat-cepat dia mengimbangkan tubuh dari terjatuh. Dia menyeka cecair merah yang mengalir di hujung bibir. Dia berdecit kesakitan.

"Marilah sini! Tadi acah kuat sangat." Sinis Rian berura-ura mahu menumbuk lelaki itu lagi.

Tidak berdaya, lelaki itu menggeleng. Dada terasa sesak. Tidak mampu dia bernafas dengan sempurna. Tambahan tumbukan yang dihadiahkan ke abdomennya menambahkan lagi perih.

Bang!

Secara mengejut tembakan dilepaskan ke tepi wajah Rian. Lantas dia memalingkan wajah ke belakang. Kelihatan Mutiara berdiri tegak bersama revolver yang berasap. Sedari, ada sekujur tubuh sudah tersungkur ke tanah. Tepat-tepat di belakang Rian.

"Kau tak payah berlagak sangat boleh tak? Cuba peka dengan sekeliling. Kalau kau mati, aku biarkan aje mayat kau kena makan anjing." Geram Mutiara. Nasib baik dia sedar akan lelaki yang cuba menyerang Rian dari belakang sebentar tadi.

Rian melepaskan nafas lega. Nyaris saja!

"What do you expect? Aku tak bawa apa-apa dalam poket!" pekik Rian. Tidak sangka pula dia bakal bertembung dalam pertempuran sewaktu cuba mengintip Mutiara.

Rian mengguling bebola mata ke atas sebelum ekor mata sempat menangkap serangan mengejut dari belah kiri. Rian bersedia dengan buku lima.

Kaki melayang ke tengkuk mangsanya membuatkan lelaki itu dalam sekelip mata tersembam wajahnya ke simen.

"Eh, budak ni! Aku tak habis gaduh dengan minah tu lagi." Hujung kaki menendang paha lelaki yang menyembah lantai itu. Nasib lelaki itu tinggal separuh nyawa. Mudah untuk Rian mengerjakannya.

"Semua salah kau, Amedeo," protes Mutiara bersama nafas yang termengah-mengah, sedang berhadapan dua, tiga orang musuh di sekeliling.

"Kau yang cari pasal dengan mamat tu, aku pulak kena!?" bidas Rian dengan nada yang tertahan-tahan. Pada masa yang sama dia bertumbuk dengan beberapa lelaki berbadan sasa.

Di luar naluri. Siapa sangka lelaki yang bongkak berani mati menentang Mutiara dalam perlumbaan itu tadi sebenarnya membawa anak-anak buahnya dan sudah merancang untuk merampas semula kawasan mereka dengan menyerang Mutiara jika Erix tidak memperoleh kemenangan.

Kini terpaksa mereka berdua berhadapan dengan pelbagai saiz lelaki sasa dengan harapan dapat membunuh Mutiara.

Kebanyakan ahli Black Pearl sudah tumpas daripada serangan kaum lelaki itu dan meninggalkan Mutiara dan Rian sebagai sasaran mereka.

Ada yang tidak dapat diselamatkan. Ada juga yang melarikan diri dengan kereta mewah masing-masing. Tetapi, ada bagusnya juga. Mereka sempat melanggar beberapa lelaki sebelum meluncur pergi.

Tapi masih! Mutiara masih geram akan tindakan kurang bijak anak-anak buahnya. Nasib saja dia tangkas dalam bertempur. Alora perlu bertanggungjawab ke atas semua ini!

Anak mata meliar-liar, memerhati satu demi satu lelaki yang mengelilinginya. Mutiara mengenal pasti terlebih dahulu kecederaan yang dialami oleh mereka. Dengan itu, mudah bagi Mutiara untuk menambahkan lagi perasa pada kecederaan mereka.

"Nak pergi mana, cik adik?" Lelaki di sebelah Mutiara mencuba nasib. Rakannya yang lain tersenyum miring. Setapak mereka merapatkan diri. Besi dan batang kayu di pusing-pusing seperti mainan. Sungguh menguji kesabaran Mutiara.

𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 [TERBIT] Where stories live. Discover now