Seorang lelaki sedang memandang papan iklan yang ditampal tepat di dinding kafe. Lelaki itu mengerutkan dahinya apabila membaca isi di dalam papan iklan tersebut.
KAMI MEMERLUKAN KAKITANGAN UNTUK MENJAGA KANAK - KANAK DI FAENLIYU'S KINDERGARTEN!
Anda mahu? Sila hubungi 01******* - Hansol
01******* - Joshua
01******* - MinghaoSebarang pertanyaan sila hubungi Hansol kerana Joshua dan Minghao tidak akan pernah memberi kerjasama dengan baik.
#FaenliyusKindergarten.com
#Hansol_Handsome_Boy"Sempat dia puji diri-" ujar lelaki itu perlahan. Usai membaca nombor-nombor yang ditetapkan, dia mula menghubungi salah satu nombor tersebut
"Hai disana, apa khabar? Ada yang boleh saya bantu?'' soal manusia yang dipanggil itu.
"Saya ingin menanyakan adakah anda memerlukan kakitangan untuk tadika anda?'' soalnya
"Maaf nombor yang anda hubungi sedang berada di dalam tandas, sila hubungi Hansol untuk maklumat lanjut titt.'' Usai berkata begitu panggilan tersebut dimatikan.
"Betul lah.. mereka tak bagi kerjasama.." lelaki itu mengeluh sebelum mendail nombor Hansol. Lelaki itu mengerutkan dahinya apabila nombor yang didail ialah nombor manusia yang amat ia kenali.
"Hansol, sejak bila kau jadi guru kat tadika ni?'' soalnya apabila panggilan itu diangkat oleh pihak sebelah.
"Eh Jungkook- lama tak nampak, aa khabar?" Soal Hansol dengan ramah.
"Lama ke? Aku ingat baru lapan jam lepas kita jumpa tepi longkang." Ujar lelaki itu atau lebih tepat Jungkook.
"Diam lah. Ni kau call aku ni nak jadi guru kat tadika aku en? Cakap jelah kau rindu nak tiru gaya cikgu disiplin dulu."
"Kau sebelum aku pergi rumah kau baik kau jangan ingatkan peristiwa gelap tu.'' usai berkata begitu dapat ia dengari gelak tawa Hansol di sana.
"Jangan gelak lah hanat." Jungkook merengus geram apabila Hansol sepertinya tidak mahu hentikan gelak tawanya itu.
"Sudah lah kau, nanti aku pergi rumah kau tanya pasal tadika ni." Jungkook terus mematikan panggilan tersebut dan mula memasuki kafe itu.
_________________________
Jungwon memandang Hansol yang sedang tertawa dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Weyh budak, bapak kau kenapa?'' soal Joshua yang kebetulan lalu di kawasan itu.
"Entah. Pakcik ni bila nak pergi kerja?" Soal Jungwon selepas menjawab pertanyaan Joshua.
"Alaf depan aku pergi kerja. Dah pergi main dengan lori kutip kau sana. Shuh!" Halau Joshua.
Jungwon memandang Joshua sebelum menendangnya lalu pergi meninggalkan Joshua yang sedang menahan kesakitan.
"LAHANAT PUNYA BADAK SUMBU!" Jerit Joshua.
Kesian ikan jaws kena tendang.
________________________
Minghao yang sedang termenung itu dikejutkan dengan jeritan Joshua dan Jungwon yang berlari seperti flash untuk bermain dengan mainannya.
Minghao mengerutkan dahinya apabila teringat yang sesuatu.
"Mana Hansol? Tadi kata nak buat teh untuk aku, tiba-tiba hilang." Soalnya pada Joshua yang sedang menahan dirinya dari mencarut.
"Dia tengah gelak macam langsuir." Jawab Joshua lalu melabuhkan dirinya ke atas sofa empuk milik Hansol. Kenapa milik Hansol? Sebab ni rumah dia.
"Aik- tadi bukan kau tengah -" kata-kata Minghao terputus apabila melihat pandangan tajam dari Joshua.
"Ni apahal kau cari Hansol pendek tu?" Soal Joshua sambil menggaru kepalanya.
"Tadi ada yang call aku, tapi aku cakap yang aku kat tandas. Aku nak tahu lah kalau dia ada hubungi Hansol." Jawab Minghao tak panjang tak lebar.
"Kenapa kau tak bagitahu aku? " Soal Joshua bersama muka yang tertanya-tanya.
"Sebab nanti kau scam orang tu suruh belikan kau skincare mahal." Sampuk Hansol yang kebetulan mendengar percakapan mereka.
"AKU BUKAN MACAM TU LAH!" Jerit Joshua namun diabaikan oleh mereka.
Kesian abe Josh kena palau.
TBC
YOU ARE READING
OG | Faenliyu Kindergarten
Fanfic" they said ;Tough life issa living." - faenliyu's teacher collab w : @bebanjun_ and @chwkai