BAB 8

59 10 6
                                    

APA salah aku? Selama ni dia bukan main nak sangat dekat dengan aku. Tapi malam ni... kenapa tengok aku pun lari? Aku tak habis fikir tentang perubahan pada diri Daliya dengan mendadak begitu.

Aku melabuh duduk di birai katil selepas balik dari majlis di hotel tadi. Aku garu kulit pipi, tercari-cari di mana silapku hingga menjadi penyebab Daliya meninggalkan majlis begitu saja.

Tengah ralit melayan tanda tanya di fikiran, aku diganggu dengan ketukan pintu bilik. Pandanganku menyuluh ke arah itu. Kepala Elma terjengul dari sebalik daun pintu dengan sengihan comelnya.

"Dato' Laith... boleh i masuk?" Dia kelip-kelipkan mata.

Mendelik mataku dengan ayatnya. Sudah berapa kali diingatkan, dia tetap juga buat lagi benda yang sama. Tak kira di mana-mana pun. Tsk, peninglah aku kalau macam ni!

"Berapa kali along nak cakap, jangan panggil along dato' kalau dekat rumah atau di mana mana pun. Dan jangan bahasakan diri i you i you dengan along. Nanti orang salah faham." Aku melarangnya tegas.

Elma melangkah masuk mendekatiku dengan sengihan masih kekal di bibir. Dia mengambil tempat di sebelahku.

"Siapalah yang nak salah faham? Daliya?" Terkelu aku mendengar nama Daliya disebut.

"Tak kiralah siapa tapi jangan buat macam tu. Along tak suka, faham?" Aku cuba mengelak dari menyentuh kisah Daliya di hadapan adikku sorang ni. Dia ni bukan boleh harap. Nanti pergi buka mulut dekat mummy dan daddy pasal Daliya habislah aku dibahankan.

Dia mengeleweh bibir. "Eleh, tak suka sebab nak jaga hati Daliya la tu kan?"

"Kau jangan macam-macam dik. Tak terliur along dengan minah gedik macam kangkung tu!" Aku menafikan tebakan Elma.

"Tak terliur konon. Jangan nak berlagak long, takut esok-esok yang tak terliur tu jugak yang along cari. Yelah, mana tahukan tetiba Daliya yang along panggil si gedik macam kangkung tu dah takde. Hah, masa tu baru along nak cari, baru tahu nak tergila bayang." Makin galak si Elma ni sakat aku. Lagi dibiarkan makin mengarut jadinya. Baik aku hentikan dan suruh dia keluar dari bilik ni secepat mungkin. Malas dah aku nak dengar pasal Daliya. Jelek!

"Tak pernah termimpi nak tergila bayang dengan minah mental tu. Along cuma pelik kenapa dia lari lepas tengok along masa kat hotel tadi? Apa, dia ingat along ni hantu ke?"

"Hantu tak tau, kalau raja singa ya!" Kurang ais batu betul budak ni. Dia sama je dengan staf aku dekat ofis tu. Gelar aku singa kelaparan bagai. Ingat aku tak tahu ke gelaran terunggul tu yang paling prek aku rasa dalam hidup aku. Terutama Daliya Clemira!

Sebelum bantal panjangku singgah ke muka Elma, dia lebih pantas keluar dari bilikku ini. Tahu pun takut.

"Along! Adik tahu kenapa Daliya lari. Mesti dia malu lepas apa yang adik bongkarkan pasal kita dekat dia. Bukan kata dia, adik rasa beruk dalam hutan tu pun tahu rasa malu." Beliak mataku dengan kemunculan mengejut adikku di muka pintu.

Ditambah dengan pengakuannya punca Daliya pergi terburu-buru tanpa pamitan.

"Apa yang kau cakap dekat dia sampai dia lari tinggalkan majlis tadi?" Elma terangkan apa yang dia beritahu pada Daliya dan pergi buat aku termenung sejenak.

DATO' LAITH QAISER : JEJAKA IDAMAN(EBOOK JUN 2023) Where stories live. Discover now