BAB 9

88 11 5
                                    

SUDAH dua tiga hari Daliya tak masuk kerja. Langsung tiada khabar berita dari perempuan tu. Semua tugasan Daliya digantikan Aiyana untuk sementara waktu.

Kalau dah orang lain yang ganti, huru-haralah jadinya. Serba-serbi tak kena. Lain yang disuruh, lain pula yang jadi. Ish, runsing kepala aku! Semua ni jadi sebab minah kangkung tu. Bukan sekadar menyusahkan hati aku sekali dengan kerja-kerja aku tanggung akibatnya.

Aku memicit pelipis dahi. Janji temu dengan klien pun dah lintang-pukang. Sudah beberapa kali perjumpaan dengan klien terpaksa dibatalkan akibat tersalah menghitung hari dan selebihnya aku sendiri yang lupa.

Kebiasaannya Daliya akan mengingatkan aku tentang perjumpaan dengan siapa di mana waktu bila. Sekarang ni masalahnya, semua perkara aku kena ingatkan diri aku sendiri. Nak harapkan Pinat? Hmpf, lagi hawau jadinya!

Aku akui, segedik-gedik Daliya, dia tak pernah mengecewakan aku dalam hal-hal yang melibatkan perkara penting syarikat.

"Dato'!" Ternanap aku dikejutkan dengan suara Pinat yang tergesa-gesa masuk menemui aku tanpa mengetuk pintu bilik pejabat terlebih dahulu.

"Apa hal kau ni dah macam dikejar samseng kota?" tanyaku.

"Dato', saya ada berita baik. Setelah menyiasat, saya dah tahu tempat persembunyian Daliya yang sekarang." Apa yang dikhabari Pinat membangkitkan aku dari terus bersandar di kerusi kerja.

"Good job! Bawak aku jumpa dia."

"Sekarang ke?" Berkerut dahi Pinat dengan arahan aku tu.

Masa ni jugalah si Pinat ni nak buat blur dia. Hisy, sekali aku hempuk putus nyawa karang! Meringis aku menahan amarah.

"Taklah, tahun depan!" Aku tengok lagi teruk kerut yang muncul di dahi Pinat apabila mendengar jawapanku.

"Eh takkan tahun depan, dato'? Lambat sangat tu. Jangan lambat-lambat sangat dato'. Nanti melepas, dato' yang melopong."

Hah! Sudah. Kecil besar, kecil besar saja aku lihat si Pinat butter ni. Sesuailah dengan si Aiyana. Sama sama blur! Sama-sama wayar tak bersambung.

Aku cakap lain dia fahamkan lain. Dah tak tahu nak beza yang mana perli yang mana sunguh-sungguh agaknya. Aku bedal sekali jadi lepat basi baru tahu. Bikin hati muda gua panas betul si mat ni!

"Hergh! Apa yang kau merepek tu setan? Maksud aku, sekaranglah!" Aku mengeluarkan baranku mengecutkan dia.

Pantas Pinat membukakan pintu membawa aku keluar tanpa banyak tanya lagi. Jangan cari padah dengan aku. Tak ke longkang, ke kubur tempat kau nanti Pinat kalau hari hari aku tarpaksa melayan blur kau! Hairan aku, orang macam ni pun boleh sekolah tinggi.

🌺🌺

Kampung Melayu Senai, Kulai Johor

AKU suruh dia siasat fasal Daliya. Bukan suruh pergi kutip hutang, hergh! Tidak betah menunggu lama, aku keluar dari perut kereta mencari orang kepercayaan aku tu.

Dia ni aku bukan minta buat kerja percuma. Aku bayar. Bukan sikit, banyak. Upah mengalahkan penyiasat persendirian. Dah tu ada bonus tambahan dapat separuh dari projek untuk dia uruskan.

Gaji pun besar sampai boleh beli apartmen. Apa lagi yang tak cukup? Lambat betul buat kerja. Benda kecil macam ni je pun. Nak juga aku yang turun padang, haisy! Aku merengus-rengus naik angin dek berjam-jam menunggu dalam kereta sendirian.

DATO' LAITH QAISER : JEJAKA IDAMAN(EBOOK JUN 2023) Where stories live. Discover now