' Jealousy are dangerous '
*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*
"Erm... Hyunjae sunbae, sunbae boleh tak jadi tutor saya untuk subjek sastera? Saya tak retilah..."
"Boleh. Bila bila free kau call aku. Jumpa aku dekat library. Okay?"
"Serius ke sunbae boleh tolong?"
"Iya. Aku tutor yang paling meyakinkan. Jangan risau, kau akan score subjek sastera"
"Yey! Thanks sunbae!"
Tingkap dibuat daripada kayu dan cermin ditarik Jihyun dengan pantas hingga terhasil bunyi hentakan yang agak kuat namun masih terkawal
Tiada sesiapa yang perasan akan bunyi tingkap tersebut memandangkan kelas itu sedang bingit dengan suara pelajar sedang bersembang
Kecuali Narae
Sedar akan kehadiran Hyunjae, matanya laju menoleh kearah Jihyun hendak melihat reaksi gadis itu
Jihyun mengeluh kecil
"Kenapa dia friendly sangat eh?" Soal Jihyun berbaur cemburu
Entah kenapa hatinya rasa sesuatu. Perasaan cemburu buatkan hatinya terasa sakit
Panjang nafas ditarik. Cuba menenangkan diri. Perasaan itu tidak sepatutnya muncul. Terlalu awal untuk dia terasa sakit hati terhadap Hyunjae
"Biasalah. Dia extrovert"
"Tapi tak boleh ke dia jadi macam Juyeon?" Bibir Jihyun dijuih kearah tingkap kelas yang menghadap padang
Juyeon berada di mejanya seorang diri. Menyibukkan diri dengan membaca buku
"Pendiam dan tak banyak cakap. Tak ramai perempuan nak dekat dengan dia sebab dia memang tak suka sangat layan perempuan gedik gedik ni. Kontra betul dengan Hyunjae sunbae. Yang peliknya, diorang kawan. Juyeon pun extrovert jugak" Ujar Jihyun sebelum meletakkan kepala atas meja
"Broken la ni?"
"Diam ah..." Dingin Jihyun membalas namun Narae hanya tertawa
"Kau bila jealous sumpah scary. Tapi takpe Jihyun. Hyunjae sunbae tu single lagi. Dia yang cakap sendiri. Itu maksudnya, dia layan semua orang sama rata"
"Yakin je kau dia single. Entah entah sebenarnya dia dah ada girlfriend? Manalah tahu. Dia saja nak sorok" Fikir Jihyun
"Nak aku tanya Juyeon? Diakan geng dengan Hyunjae sunbae" Jihyun menggeleng kepala
"Tak payahlah... Aku takut sakit hati pulak kalau aku dapat jawapan yang aku taknak. Haih... Dahla petang ni aku kena jumpa dia untuk discussion. Kau wakil boleh?" Laju Narae menggeleng kepala tidak mahu
"Aku nak balik awal! Taknak aku terperap lama lama dalam bilik tu!" Jihyun berdecit
"Tak supportive la kau ni..."
*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*