' The way I was hoping it is from you. Not from other '
*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*
"Ambiklah korang. Aku belanja"
Beberapa snek diletakkan hadapan aku memandangkan aku duduk di tengah tengah
Terus aku dan ahli jawatan kuasa tegakkan tubuh. Daripada mengantuk sebab dah petang, auto segar mata tengok snek yang Hyunjae letakkan atas meja
Serentak kami pandang Hyunjae tak percaya
"Sunbae belanja?" Soal Ryun
Terus Hyunjae mengangguk sebelum mengambil tempat dia iaitu hadapan kami
Kiranya, kami sedang menghadap dia soranglah sekarang ni
"Aigoo sunbaenim~ Gumawoyeo~" Ucap Beomgyu lalu mencapai plastik snek itu
Bila dia dah bertindak, maka semuanya jadi macam pirana berebut nak ambik snek yang ada. Aku di tengah tengah rasa terkepit
Tapi biarlah diorang. Masing masing dah mengantuk tadi
Bila aku ternampak Hana keluarkan chocopie daripada plastik, terus mata aku terbuka
"Omo chocopie?" Gumam aku perlahan lalu menarik plastik yang sudah lunyai
Tinggal kotak kosong dan plastik kosong je dekat dalam
Hmmmm...
"Alamak Jihyun tak dapat ke? Kau la ni Changmin! Ambik banyak banyak!"
"Aku pulak?!"
"Yah yah tak payah gaduh!" Cantas Hyunjae menghentikan pergaduhan
"Tak apa. Saya taknak pun-"
"Nah" dua paket chocopie selamat mendarat di hadapan aku
Daripada siapa? Aku toleh ke sebelah
Melihat Juyeon wajah mendatar pandang aku
"Kaukan suka chocopie?" Katanya sambil mengunyah
"Seriuslah kau bagi aku ni?" Juyeon mengangguk
Tersengih aku sambil mengambil dua paket snek kegemaran aku tu
"Gumawo Juyeon ah~~" Ucap aku dengan nada meleret terselit aegyo
"Ehem..." Suara Hyunjae berderhem menarik perhatian kami
"Jihyun kenapa kau duduk situ? Kau naib pengerusi. Kena duduk sebelah aku. Sini" Ruang kosong di sebelahnya dia tepuk
Aku geleng kepala
"Tak apa. Saya nak duduk sini" Kata aku sedikit mendatar tak pandang dia
"Macam mana kau nak tahu siapa yang bagi cadangan kalau kau duduk dekat situ?" Soal dia macam nak jugak aku duduk sebelah dia
Tanpa memanjangkan sesi perdebatan, aku bangkit dan duduk bersebelahan Hyunjae tetapi masih mengekalkan jarak beberapa jengkal daripada dia
" Okay, kita mulakan discussion"
*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*