' Fake hope :) '
*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*
"Narae, aku nak pergi jumpa Hyunjae sunbae. Teman aku jom?"
"Kena ke teman kau? Aku taknak jadi thirdwheeler--"
Pergelangan tangan Narae terus ditarik mengheret gadis itu keluar daripada kelas dengan cara paksaan
"Eh eh kau ni! Pergila jumpa dia sorang"
"Taknak aku tak berani" Balas Jihyun sambil tersengih
"Elelele mengada ngada je kau"
Mereka mengorak langkah menuju ke bangunan senior iaitu tempat kelas Hyunjae berada
Sampai sahaja di sana, Jihyun dan Narae mengintai di tingkap. Terbantut niat Jihyun hendak mengetuk pintu setelah melihat Hyunjae dan juga seorang perempuan di dalam
"Tu... Bukan Yeuni sunbae?" Bisik Jihyun lalu Narae mengangguk
Yeuni berdiri sambil tunduk ke bawah di hadapan Hyunjae yang sedang duduk diatas meja. Hyunjae pula hanya tenung Yeuni menanti gadis itu mengeluarkan kata kata
"Kau nak cakap apa Yeuni?"
"Hyunjae sebenarnya... Saya dah lama suka dekat awak"
Jantung Jihyun bagaikan terhenti buat sesaat sebelum sambung beroperasi dengan kadar degupan yang lebih laju. Terlalu terkejut mendengar luahan Yeuni hingga terundur selangkah ke belakang
Cepat cepat Narae merangkul bahu Jihyun. Memberi sokongan agar dia terus berdiri
Kedua duanya tidak mahu berganjak. Mahu mendengar sambungan luahan Yeuni
"Saya nak awak jadi namchin saya"
"Ah... tak tahu malunya saya ni sebab confess dekat awak. Yang pasti, saya akan rasa lega kalau saya cakap terus terang. Saya tak peduli akibatnya... Kalau awak nak reject, terserah" Sambung Yeuni lagi
Jihyun yang diluar sudah mula berkaca mata
Lebih lagi bila terlihat Hyunjae sedang tersenyum
"Yeuni..." Panggil Hyunjae perlahan. Lambat lambat lelaki itu mengangguk bersama satu senyuman yang sukar untuk ditafsirkan
"D-dia... dia accept?!" Narae separa tidak percaya
Dengan itu, rangkulan bahu Narae ditepis Jihyun. Fail yang hendak diberikan pada Hyunjae dipeluk erat
"Aku nak balik kelas" Pantas Jihyun membuka langkah meninggalkan kawasan itu
"Jihyun tunggu!" Bila dengar suara teriakan Narae, empangan air mata Jihyun terus pecah. Mengalir deras air matanya
Laju dia berlari di kawasan koridor itu. Tidak pedulikan pasangan mata yang sedang melihat dia
"Jihyun..."
*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*