10

70 15 3
                                    

' Again, you make me go crazy '

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

"Senyum lagi pompuan. Lepas ni kalau ada orang tegur kau gila, aku malas nak back up dah eh?"

Aku tampar lengan Narae perlahan lepas dia tuturkan kata kata itu

"Hari ni hari aku~"

"Mana ada. Hari ni hari Rabu" Cantas Narae. Dia dengan lawak bodo dia tu, memang tak boleh dipisahkan!

"Tch! Jangan potong boleh?"

"Hm yelah! Silalah sambung dengan angau kau tu. Aku nak pergi makan teokbokki. Hmph!" Narae lajukan langkah dia tinggalkan aku. Berlari anak pergi ke kedai teokbokki di seberang

"Narae jangan tinggalkan akuuu!!" Terus aku buka langkah mengejar Narae yang dah selamat masuk ke dalam kedai itu

Masuk sahaja ke dalam kedai itu, Narae sedang tunduk hormat pada seseorang

"Annyeonghaseyo Hyunjae sunbaenim~"

"Ah, Jihyun pun ada"

Mata aku terbuka melihat Hyunjae di dalam kedai itu

Memang jodoh aku ke dia ni? Auchhhh

"Diorang dua ni memang macam belangkas. Tak pernah berpisah" Kata satu suara

Baru sedar Juyeon pun ada sekali

"Cakap orang. Dia pun sama. Macam gay pun ada" Gumam aku perlahan tapi masih dapat didengari oleh Juyeon

Terus tajam mata dia pandang aku tak puas hati

"Behave sikit. Crush kau depan mata" Aku cakap ikut gerak mulut dengan beberapa isyarat mata

Terus dia jegilkan mata sambil geleng kepala. Takut terkantoi dengan Narae la tuu

"Korang ni berkomunikasi dalam bahasa apa?" Tegur Narae. Tak sedar dia perhatikan kami

"Hehehe tak ada apa apaaa~ Juyeon ni tadi dia cakap nak belanja kau teokbokki tapi malu nak cakap"

"Eh iye?" Mata Narae bersinar sinar pandang Juyeon

Juyeon pula mengangguk dengan pasrahnya

"Kau suka perisa apa?"

"Tapi betul ke kau nak belanja?"

"Betul. Duit habis dekat makanan tak apa. Aku happy kalau orang yang aku belanja tu happy" Tambah Juyeon

"Kalau macam tu, belanja aku sekali" Kata aku langsung tak malu

"Bisinglah nyamuk ni!" Juyeon kusutkan rambut aku yang tak bersalah guna tangan besar dia

Mesti rambut aku yang kemas tadi dah serabut dek kerana Juyeon

"Aishhh!!" Tak sempat aku nak serang, bahu aku dah ditahan Hyunjae

Terus terpaku aku di situ

"Orang pendek ni kalau marah jadi comel. Daripada buat penat. Baik kau duduk diam diam je Jihyun" Katanya sambil tangan dia lincah membetulkan semula bangs aku

Rambut yang terjuntai diselitkan ke belakang telinga dengan begitu lembut. Setiap kali jari dia menyapa kulit wajah aku, bulu roma tegak berdiri seraya dengan degupan jantung yang laju

Senyuman manis dia diukir lembut

Eommaaaa tolongggg (;´༎ຶ益༎ຶ')

"Nak aku belanja?"

"T-takpe lah sunbae"

"Cheese teokbokki?"

"Medium spicy. Thank you sunbae~"

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

𝐄𝐲𝐞𝐬 𝐎𝐧 𝐘𝐨𝐮 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now