di mulakan dgn bismillahirrahmanirrahim
pov: Liana
"huarghh" aku menguap selepas sahaja bangun dari tidur kerana mendengar bunyi alarm yang sudah ditetapkan semalam, aku melihat jam di telefon terpapang jelas masih pukul 5:00.tanpa membuang masa aku terus bangun dan berjalan ke pintu bilik untuk mengejutkan Elieya, Elisya, dan Lydina. tentu sahaja hari ini hari termalas kami, hari ini sahaja hari pertama kami memasuki semester kedua di universiti kami, dan alhamdulillah kami masih bersama sama.
aku berjalan ke bilik Elisya dahulu, ya tentu sahaja kerana hanya aku dan Elisya sahaja yang selalu membangunkan dua anak dara itu. ternyata dugaan aku benar Elisya sudah bangun dari tidurnya dan sekarang Elisya sedang mengejutkan Elieya, dan sekarang tugas aku hanyalah mengejutkan si Lydina.
pov Liana end.
"dina sayang, bangunn" kejut Liana sehabis sahaja membuka pintu bilik Lydina
tampak Lydina seperti tersenyum di tidurnya, entah apa yang dimimpikannya kali ini Liana jugak tidak paham dengan budak satu ni.
"WOII ANAK SAMAD BANGUN" jerit Elieya lalu terus menghempaskan badannya ke katil Lydina.
"YAYAAA, KENAPA KAU KACAU AKU MIMPI JAY HA?!" Kata Lydina selepas sahaja Elieya menterjah nya begitu sahaja.
"aku kan baik, nak la jugak kejut kan kau sekali sekala" jawab Elieya dengan muka tidak berdosa nya.
"SINI KAU YAYA!" Lydina terus mengejar Elieya, sungguh rasanya nanti mesti akan ada berita seorang wanita baru sahaja membunuh rakan karib nya sendiri.
Liana hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah dua sahabat nya ini, mereka selalu sahaja terlihat seperti tom and jerry. Liana terus berjalan keluar ke ruang tamu.
"woii dah dah la tu kejar kejar pagi pagi buta ni" ujar Elisya sehabis sahaja berjalan ke arah Liana yang sedang mendudukkan diri di sofa.
"dah la korang, aku rasa lama lama nanti boleh jadi tua aku dgn cha nak layan perangai korang ni kalah budak tadika" kata Liana pula.
"betul betul, kanak kanak rebina agaknya" ujar Elisya sedikit menyindir.
"ishh tahu lah aku pendek, nk kata budak budak la konon yaya ni tinggi je lebih perangai dia pun macam budak budak" jawab Lydina yang baru sahaja mencubit lengan Elieya.
"aduhh, yela kalau kitorang macam budak budak korang pulak macam orang tua" sempat Elieya meringis kesakitan akibat cubitan maut sahabatnya, lengan Elieya tampak agak memerah akibat di cubit Lydina, sungguh cubitan Lydina sakitnya memang tiada tandingan.
"yela anak anak syurga sekalian, hari ni kita masuk kolej balik so rajin rajin kan lah bangun awal ye lagi lagi kau ye yaya" ujar Liana lalu terus pergi ke dapur untuk membuat sarapan anak anak syurga itu.
"alaaa korang kan kawan baik aku, apa salahnya kejutkan member sendiri" ucap Elieya dengan tersenyum polos.
"memang lah tak salah tapi ni selalu ye kejutkan kau yang pemalas ni" cibir Elisya ke Elieya.
"entah, apa lah anak dara tidur orang kena kejutkan" sambung Lydina pula.
uish double kill ya Elieya kena setepek dengan dorang. Elieya terus melarikan diri ke Liana untuk meminta bantuan.
"Lianaa kau tengok dorang ni, tolong kejutkan aku pun tak nak, kawan yang tidak berguna" ujar Elieya sambil berdiri tepat di belakang Liana.
Lydina dan Elisya hanya menggeleng, malas ingin melayan perangai Elieya ini.
"Elieya sayang, awak memang tak salah tapi sekali sekala jangan lah menyusahkan kitorang, aku boleh je tolong kejutkan kau tapi jangan lah selalu, cuba kau usaha kan bangun sendiri" jawab Liana sambil tangannya sebuk mengupas kulit pisang untuk membuat cekodok.
YOU ARE READING
Mr. Arrogant
Romance📝first story Liana merupakan pelajar uni biasa yang tinggal bersama kawan-kawan nya, di kerana kan assignment project nya dia di kenal kan dengan lelaki yang di anggap bala untuk nya iaitu Adam, lelaki yang sombong dan kasar. ayah Adam merupakan le...