DNA 1

121 11 1
                                    

Aku Nadya Annisa Iskandar,pelajar tingkatan 5 bio. Aku mempunyai rakan karib, Ameena Sofea. Aku bersyukur dengan segalanya yang ada disisiku. Aku berjawatan pengawas sekolah dan aku juga pelajar terpilih. Hidupku sangat bahagia. Inilah kisahku .....

Setahun sebelumnya*

"Wei Fiy. Kau rasa kan tahun ni ada budak baru tak masuk? Kalau ada kan, aku nak cop dulu ."

"Ewahhh. Sesuka hati je. Tapi, firasat aku kata ada. Kau nak ke ? "Disenggol bahu rakannya. Kening diangkat tanda mengusik .

"Dahlah, jom masuk kelas. " Tangan Fiy ditarik dan digenggam kemas. Mereka berjalan dari koridor bangunan hingga sampai ke dalam kelas.

Kelas 5 Bio*

"Assalamualaikum, murid-murid. Harini kamu kedatangan rakan baharu, Izz, meh masuk. Kenalkan diri, lepastu kamu duduk la mana kamu nak duduk. "Terlopong mulut Nadya melihat kehenseman budak baru si Izz itu.

"Assalamualaikum semua. Nama saya Izz Adry, boleh panggil Izz. Harap semua dapat bantu saya. "Izz tunduk seraya tanda hormat.

"Hye Izz. Meh la duduk sebelah saya. "Burung murai dah berbunyi dah.Hanya senyuman dibalas.

"Ehm takpe la " Izz bergerak mendekati meja yang terletak di sebelah Nadya dan duduk.

"Hye, Nad. Ingat aku? Your childhood friend." Tegur Izz. Senyuman manis dihadiahkan.

"WHY DOES HE LOOK SO FAMILIAR? CHILDHOOD FRIEND? WHO?" Nadya bercakap sendiri.

"Erm, my primary school classmate? " Nadya meneka. Entah betul entah tidak tekaan dia itu.

"Yeah. Glad you still remember me. "Izz berpaling dan tersengih seorang. Itu je yang kau ingat pasal aku Nadya?

"Aku nak rehat dengan korang japgi boleh? Lagipun aku takde kawan lagi. "Muka seposen dibuat minta dikasihani. Maklumlah masih baru ni tidak biasa dengan kawasan persekitaran.

"Ermm. Tak ko-t.."Belum sempat Nadya habiskan ayatnya Fiy yang sejak tadi diam menyampuk.

"Boleh je takde masalah! Lagipun kau still tak tahu selok belok sekolah ni. Boleh je." Sampuk Fiy yang berada di belakang Nurin.

"Ehem! Yang belakang tu dah habis ke belum? Tengok depan. "Berpaling terus ketiga-tiga mereka ke arah Cikgu Ros.

RINGGGG*
Loceng berbunyi menandakan rehat telah tiba. Selalunya pelajar lain akan turun terlebih dahulu barulah mereka pula kerana mahu mengelakkan kesesakan di kantin.

"Terima kasih, cikgu. "

"Jom, Izz. Kitaorang selalu lepak sana. Meja hujung tu. Kau pergi la beli apa-apa dulu lepastu duduk sana tau. "Fiy menunjuk ke arah meja yang terletak agak tersembunyi itu. Tidak sangka apa yang dikatakan dengan Nadya tahun lepas menjadi kenyataan.

"Oh okay." Balas Izz pendek.

"Okay. Jom makan. Eh Nad asal senyap semacam je? Kau marah aku ke sebab ajak Izz rehat sekali? " Fiy menegur rakannya yang diam sejak dalam kelas lagi. Risau kalau perbuatannya mengajak Izz rehat sekali menyinggung perasaan sahabatnya.

"Nadya? Kau marah ke sebab aku rehat dengan korang? "Kini giliran Izz pula menegur Nurin, tetapi Nadya tetap diam. Berkerut dahi Fiy dan Izz memikir kesalahan mereka.

"Takpa Izz makan je. Nanti okay lah minah ni. "

RINGGG*
Loceng yang menandakan rehat telah habis pun berbunyi. Fiy meminta Izz berjalan dahulu dengan Nadya memandangkan perutnya membuat masalah.

DIA, NADYA ANNISA [OG]Where stories live. Discover now