DNA 4

37 6 0
                                    

"Saya nak buat pengecaman mayat."

"Eh Tengku? Tengku nak buat pengecaman mayat siapa?"

"Mak dan ayah angkat saya. Boleh masuk kan?" Izz menjawab dingin.

"Oh aa boleh."

Izz berjalan dan dapat dilihat banyak tubuh yang tidak bernyawa lagi tersusun sebelah menyebelah. Dia berjalan sambil diiringi seorang jururawat lelaki.

"Betul ke ni, Tengku? Kalau betul boleh saya dapatkan nama keduanya untuk pengesahan?"

"Betul. Yang wanita tu, Siti Laila binti Mad Abdullah. Dan yang lelaki Tengku Iskandar Tengku Putera." Izz berjalan keluar. Dia menyeka air mata yang mengalir keluar.

"Uncle dengan aunty tipu Ad. Mummy dengan daddy pun tinggalkan Ad. Kenapa sekarang uncle dengan aunty nak buat benda sama? Ad akan jaga Nadya. Tu janji Ad. I will make she happy as she was before." Izz berbisik di dalam hati. Dia berjalan ke khemah yang menempatkan Nadya. Dia duduk di pinggir katil.

"Now its just us, penguin."

Jam kini menunjukkan tepat pukul 5.30 pagi. Nadya masih tidak sedarkan diri. Izz kembali bangun dan meninggalkan Nadya dibawah jagaan bodyguard nya. Dia berjalan di kawasan kejadian. Terimbau kembali kenangan dirinya bersama ibu bapanya. Dia kini lebih banyak berdiam diri. Oleh kerana apa yang menimpanya saat dia berumur 8 tahun, dia terpaksa dewasa sebelum umur. Pada umur 17 ini sepatutnya dia fokus belajar. Tapi tidak dia sudah memegang syarikat ayahnya. Lelah? Itu sudah semestinya.

"Aduh. Mana Izz?" Nadya yang baru sedar mencari kelibat Izz dahulu.

"Asal cari aku? Rindu?"

"Tak rajin. Mummy dengan daddy?"

"Yang itu kau tak payah risau, aku dah tolong uruskan. Now, tengah tunggu surat kebenaran nak tanam je. Kau okay kan?" Izz mengambil duduk di samping katil.

"Insya Allah."

"Nad? Allahuakbar sayangku. Sabar tau." Fiy yang datang entah dari mana terus memeluk Nadya. Tidak dapat ditahan lagi air matanya saat dipeluk. Tersembur keluar tangisannya.

"Fiy. Kau urus la Nadya dulu. Jap lagi datang kat aku kejap." Izz bangun dan berjalan hingga ke penghujung khemah.

"Jap eh. Kau duduk sini kejap tau." Bahu disapu perlahan sebelum bangun.

"Kau nak cakap apa?"

"Aku rasa aku nak bawak Nad keluar dari Malaysia if can lepas SPM. Biar dia lupakan apa yang jadi. Kau okay ke?"

"Aku okay je. Lagipun sebelum benda ni jadi kau dengan uncle.." Izz membuat tanda diam sebelum Fiy dapat menghabiskan ayatnya.

"Yang tu nanti kita cakap dekat tempat private sikit. Aku tak nak Nadya tahu lagi."

"Ha yela. You know better."

"Aku nak pergi uruskan hal yang patut kau bawak la Nad balik dulu. I'll call you later."

"Okay."

"Fiy, semalam aku mimpi mummy datang jumpa aku. Dia suruh aku jaga diri."

"Shuhh dah sekarang kau makan dulu. Izz bagitahu kau tak makan dari semalam lagi."

Nasi sup ayam disuap ke dalam mulut. Tiada kata yang boleh diungkapkan. Kehilangan ibu bapanya dalam satu malam. Terlalu pantas. Entah bagaimana dia hendak hidup tanpa ketiadaan penguatnya. Rasa seperti ingin menghilang dari dunia ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DIA, NADYA ANNISA [OG]Where stories live. Discover now