"Alah kau ni, biasa la orang nak privacy. Jangan nak difikirkan sangat la." Fiy mengangkat bahu tanda tidak kesah. Ish dia ni orang serius malah begitu pula reaksi nya.
"Hm, mungkin aku yang terlampau fikir kot." Mereka berdua berjalan pulang kerana rumah yang terlampau dekat dengan sekolah.
"Oloo, Tengku fikir apa tu." Dagu Nadya dicuit manja.
"Dahlah aku nak balik." Balas Nadya menyampah. Dia berjalan laju meninggalkan Fiy di belakang.
"Wehh! Tunggu laa." Berlari anak Fiy mengejar Nadya.
📍 The Height's
"Sampai pun. Huh penat matt." Mengah Fiy mengalahkan anjing. Peluh didahi di lap. Nafas yang masih tercungap cuba diatur pelan.
"Dah-dah gi balik rumah kau tu." Dihalau rakannya itu sejurus tiba di perkarangan rumahnya. Terlihat kelibat beberapa orang maids yang sedang menanti kepulangan dirinya.
"Okay, bye babyy. See you this evening!" Nadya hanya mampu menunduk redha dengan sikap rakannya.Tangan dilambai sebagai balasan.
"Assalamualaikum, Tengku. Mari saya bawa beg nya. Puan sudah tunggu di dapur. Mahu masak katanya. Saya bawa ke atas dulu ya." Maid yang mudah di sapa sebagai Cik Leha bersuara sambil mengambil beg dari bahu Nadya.
"Terima kasih, Cik Leha. Nisa masuk dulu ehh."
"Assalamualaikum, Mummy? Nisa dah balik." Tombol pintu dibuka dan Nadya melangkah masuk.
"Waalaikumsalam, sayang. Mummy kat dapur ni tengah masak kejap lagi daddy nak balik. Kamu pergi mandi dulu lepastu solat ye." Arah Puan Laila dari dapur. Mudah benar menjaga Nadya ni, arah saja terus dia jalankan.
"Okay, mummy." Nadya melangkah memanjat tangga ke biliknya. Penat betul harini mungkin sebab banyak berlari. Sampai saja dibilik terus badannya dibaringkan diatas katil. Tapi tidak lama, dia kemudian bangun dan mengambil tuala lalu mandai dan solat.
*
"Asslamualaikum warahmatullah,Assalamualaikum warahmatullah.Alhamdulillah."
"Ya Allah siapakah hamba yang engkau hantar kepadaku harini ya rabbi.Adakah dia peneman ku sebelum jodohku ya Allah.Hamba memohon petunjuk ya Tuhanku." Benar dia keliru dengan kelibat yang baru dia jumpa dan berkenalan hari ini. Moga cepat lah doanya dimakbulkan.
"Nisa! Jom makan daddy dah balik." Suara yang jelas kedengaran itu segera membangkitkan Nadya dari lamunannya.
"Okay, mummy." Telekung dibuka dan dibaling keatas katil. Nadya berlari anak ke arah daddy nya dan memeluk erat tanda rindu.
"Asslamualaikum, daddy." Tangan dihulur untuk menyalami ayahnya.
"Waalaikumsalam, sayang. How's your school today?" Sudah menjadi tabiat Tengku Iskandar bertanyakan anak tunggalnya itu tentang hari-harinya di sekolah. Nadya hanya mengetap gigi kerana dia berniat untuk menceritakan tentang Izz tetapi risau daddynya itu berubah mood.
"Like always daddy. Just ada seorang murid baru yang masuk." Nadya mengambil pinggan tanpa mengharapkan sesiapa yang ada di situ kerana sudah tahu ayahnya itu pasti akan mengeluarkan soalan yang terlampau protective.
"Sapa nama dia? Lelaki ke perempuan? Kalau lelaki mana tahu boleh jadi menantu mummy." Sampuk Puan Laila melihat kedua kesayangannya itu leka bersembang.
"Eh awak ni. Bagi la Nisa ni habis dulu SPM nye. Apa lah." Dipandang isterinya tidak berperasaan. Berbeza benar prinsip kedua orang tuanya ini. Yang sorang mahukan menantu cepat, berlainan pula dengan seorang lagi.
YOU ARE READING
DIA, NADYA ANNISA [OG]
Narrativa generale[SLOW UPDATE] "What are you talking about, Izz Adry! They're my parents. Jangan mengarut lah!" ~ Tengku Nadya Annisa "I do this because of love, dear. I've loved you since we were kids. They all are bad to you. Please comeback." ~ Tengku Izz Adry "...