Ia adalah sebuah dunia sihir yang dihuni oleh manusia yang mampu menggunakan sihir dalam kehidupan seharian mereka.
Selain itu, penghuni lain dunia ini ialah, Puak Vampire, Puak Elf dan Puak Haiwan Buas, yang mana puak ini terdiri daripada separuh manusia separuh haiwan.
Kemudian terdapat satu legenda yang menjadi cerita seram untuk menakutkan anak-anak ketika mereka bertindak nakal dan enggan mendengar kata orang tua.
Orang-orang tua ini telah menyampaikan dari generasi ke generasi tentang Puak Manusia Ikan pemakan manusia. Manusia ikan ini digambarkan akan menggoda pelaut dengan suara merdu milik mereka lalu menculik dan memakan mereka.
Ada juga pendapat mengatakan manusia ikan ini atau nama lainnya adalah siren atau duyung yang lebih berkuasa sehingga dapat menukar ekor mereka dengan sepasang kaki akan naik ke darat menculik anak-anak di persisiran pantai.
Tetapi kebanyakan mereka hanya menganggap itu adalah mitos semata-mata. Kerana tiada apa-apa menunjukkan bukti keberadaan mereka.
Kemudian, terdapat cerita lainnya di mana sisik siren mampu memberi kekayaan yang luar biasa kepada siapa yang memilikinya.
Oleh itu, terdapat sekumpulan campur manusia dan syaitan membuat pencarian mencari makhluk legenda itu. Malangnya tiada siapa yang berjaya sehingga ke hari ini. Ada diantara mereka mula berputus-asa ada yang masih giat berusaha.
Sejak beratus-ratus tahun tiada bukti kewujudan puak ini. Ada yang menganggap puak ini musnah atau pupus ketika berlakunya Tsunami yang dahsyat pada lima ratus tahun silam.
Tetapi tidak beberapa tahun yang lalu apabila terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa puak ini benar-benar wujud. Dan ada pihak tertentu menutup bukti itu kepada alam sejagat tentang makhluk itu dan mengekalkan pendapat mereka tentang kepupusan makhluk siren.
Sepuluh tahun selepas khabar angin tentang bukti saintifik itu terjadinya tsunami yang mengakibatkan beribu-ribu kematian di seluruh dunia sihir. Hi no Kuni juga antara yang terjejas dengan bencana alam seperti negara lainnya.
Kemudian, satu kejadian aneh berlaku di mana, Konohagakure satu-satunya ibu negara Hi no Kuni digemparkan dengan satu nyanyian syahdu di malam hari sekitar laut Konoha. Tetapi tiada sesiapa pun faham dengan bait-bait nyanyian itu
Ramai membuat spekulasi sendiri, ada diantara mereka berfikir itu adalah roh laut yang terpisah dengan keluarganya akibat bencana alam yang berlaku.
Ada juga yang mengatakan, itu adalah suara siren yang memanggil mangsanya. Jadi, untuk menghindari masalah Konoha menetapkan peraturan baru bahawa tiada siapa yang boleh berlegar-legar di sekitar pantai setelah matahari terbenam dan menghantar pasukan untuk menyiasat.
Di satu gua pinggir laut Konohagakure, terdapat seseorang yang terbaring dan terluka. Luka lama itu hampir sahaja sembuh walaupun tanpa rawatan yang benar. Sejak dia terperangkap di dalam gua itu, dia telah mengheret tubuh lemahnya bersembunyi di sebalik batu.
Setiap malam dia hanya mampu merintih merindukan keluarganya yang dia sendiri tidak tahu di mana mereka berada. Dia benar-benar terpisah saat kejadian tsunami itu berlaku dua tahu lalu.
"Sayang, jangan keluar. Permaisuri telah mendapat ramalan akan berlakunya Tsunami"
"Kaa-sama, saya hanya pergi sebentar" Dia dengan kedegilan mengingkari arahan ibunya mengakibatkan dia terdampar di tempat asing. Tanpa keluarga dan menangkap ikan-ikan kecil di sekitar sebagai makan untuk terus bertahan.
......
"NARUTOOOO!!" Kushina menjerit memanggil anak tunggalnya. Geram dengan kedegilan anak itu dia hampir sahaja bertukar kepada musang sepenuhnya apabila suaminya datang memeluk untuk menenangkannya
"Maã, Biarkan dia tenang seketika" Minato mencium lembut pipi isterinya. Kushina mendengus geram. Kemudian melarikan diri dari pelukan suaminya kembali untuk melakukan kerja memasak yang tergendala.
"Anak itu semakin nakal! Sensei di akademi hampir setiap hari merungut tentang gurauan yang sering dia lakukan! Awak tahu dia telah mewarnai rambut Kakashi-kun menjadi hijau" Kushina mendengus sambil memotong sayuran.
Minato yang melihat kelajuan memotong isterinya hanya berdoa agar tidak memotong jari sendiri.
"Ya, Obito dan Rin datang ke pejabat memberitahu bahawa Kakashi sedang mengurung diri, tidak mahu keluar. Sakumo juga sudah puas memujuk" bicara Minato sambil mengambil tempat disisinya.
____________________
Naruto berlari ke arah pantai sambil tersengih, dia baru sahaja melakukan gurauan kepada Ebisu, manusia separuh kucing yang juga guru di akademinya.
Hari semakin senja apabila dia tiba di sebuah gua di pinggir pantai. Gua yang dulunya menjadi tumpuan pengunjung kini sunyi kerana kemunculan suara misteri.
Naruto terus meneroka kedalaman gua apabila dia terdengar suara seseorang mengerang. Naruto melompat ke atas batu dan terkejut apabila melihat seseorang sedang duduk disana dan ikan mentah di mulutnya.
"Siapa awak? Kenapa awak ada ekor ikan?" Naruto menyoal polos. Matanya membulat teruja. Kali pertama melihat seorang manusia memiliki ekor ikan yang cantik. Naruto ingin menghampiri apabila seseorang itu kelihatan ketakutan dan mengheret badannya untuk menjauhinya.
"Hei, jangan takut" Naruto melompat ke sisi.
"Pergi! Jangan ganggu saya!"
BERSAMBUNG....
KAMU SEDANG MEMBACA
Mahō no Sekai
Fanfic📝-Dimana dunia Naruto bukan lagi Shinobi tapi Dunia Sihir. Dunia dimana Manusia dan syaitan hidup bersama. Adakalanya sekutu adakalanya seteru. 👫-Character sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto. ✍️-Typo itu pasti