Chapter 2

48 10 4
                                    

Iruka tidur dengan nyenyak di antara dua batu yang terdapat di gua itu. Selalunya dia akan tidur di bawah air. Tetapi malam itu bulan purnama, cahaya terang memenuhi ruang gelap gua itu.

Dia bersenandung irama yang hanya dia sendiri tahu apa maksudnya. Suaranya tidak terlalu kuat untuk menarik perhatian hanya untuk kedengaran telinganya sendiri, Dia langsung tidak sedar apabila tidak jauh dibelakangnya, seseorang telah menunggu dengan sabar untuk dia leka dalam tidurnya

Orang itu dengan perlahan mendekati siren yang tertidur itu. Ekornya seolah bercahaya apabila disinari cahaya bulan. Sangat cantik. Berbeza dengan cerita yang digembar-gemburkan

Iruka tidak tahu apa yang berlaku apabila tubuhnya tiba-tiba saja kaku tidak boleh bergerak. Dan pandangan terakhir sebelum kegelapan mengambilnya adalah dia melihat seekor ular yang sangat besar sedang tersenyum pemangsa kepadanya.

.........

Pagi itu, Akademi sihir bercuti jadi Naruto mengambil keputusan untuk bertemu dengan Iruka lebih awal. Jadi setelah dia memaksa ibunya untuk membekalkan makanan kepadanya. Dia berlari keluar. Mencuri pergi ketika tiada siapa melihatnya.

Kushina semakin risau dengan gelagat anak tunggalnya. Kemudian melangkah masuk ke dalam bilik anaknya mencari sesuatu jika ada sebarang bukti yang menunjukkan apa yang sedang berlaku kepada anaknya.

Sehinggalah dia terganggu dengan suara memanggil nama anaknya. Kushina berpaling. Jelas anaknya tidak keluar bermain dengan teman-temannya seperti yang diberitahu. Mengapa anaknya berbohong?. Hati ibunya semakin risau. Sehinggalah dia menangkap satu kilauan berada dihujung bawah bantal anaknya.

Mengabaikan anak-anak di luar untuk disapa oleh Minato. Kushina mengangkat bantal itu. Di bawah itu terdapat tujuh butir permata. Kushina mengambilnya. Menyentuhnya.

Mutiara asli, yang lebih parahnya mutiara itu adalah mutiara yang jarang ditemui, mutiara langka yang sangat dicari-cari oleh pengumpul mutiara. Tangannya menggigil sebelum berlari mendapatkan suaminya yang sedang berbual-bual dengan beberapa teman Naruto. Dan kebetulan Kakashi, Obito dan Rin turut berada.

"Sayang!" Kushina hampir menjerit, berlari ke arah suaminya. Tidak menghiraukan pandangan mereka yang risau melihat dia melangkaui tangga untuk turun.

"Lihat" Kushina membuka tangannya menunjukkan mutiara yang dijumpainya di bawah bantal Naruto.

"Mutiara? di mana awak mendapatkannya?" Soal Minato acuh tak acuh, kemungkinan belum perasaan dengan mutiara yang dibawa oleh isterinya. Akan tetapi kemudiannya Rin mengambil sebutir mutiara itu seolah-olah perasan dengan apa yang digusarkan Kushina.

"Mutiara langka, hanya terdapat di dasar lautan yang dalam" Kata Kakashi tiba-tiba. Kemudian, Obito seperti teringat sesuatu.

"Ini mutiara yang sama kita temui di gua hujung sana kan, Kakashi" Kata Obito. Kakashi berkerut dahi. Sejujurnya dia tidak melihat secara jelas mutiara yang terdapat disana. Dia berfikir mungkin itu mutiara tiruan yang dibuang.

"Benarkah?" Kushina Menyoal. Obito mengangguk. "Kemungkinan Naruto mengambilnya dari sana. Minato-kun, Saya tidak enak. Naruto seperti ada sesuatu yang disembunyikan daripada kita. Dia selalu meminta saya untuk membuat bento tambahan" luah Kushina.

"Naruto juga enggan bermain dengan kita lagi, dia selalu hilang sebaik tamat waktu pembelajaran" Kiba mencelah dan dipersetujui temannya yang lain.

"Dia juga ada bercakap tentang, kita semua ditipu, siren sebenarnya tidak kejam, mereka baik dan cantik, suara mereka juga bagus" Choji membuka cerita. Membuatkan orang-orang dewasa berkerut dahi dan memandang sesama sendiri.

"Anak-anak, baiklah, saya rasa awak boleh pergi bermain di taman. Bagaimana bunyinya?" Rin cuba mengalihkan perhatian anak-anak itu. Mereka tersenyum, mengangguk langsung berlari pergi.

"Jadi bagaimana sensei? Adakah suara yang pernah didengari itu sebenarnya.." Obito tidak menghabiskan kata-katanya apabila Naruto muncul dalam tangisan.

"Sayang? Kenapa?" Kushina terus mendapatkan anaknya dan menenangkannya. Dia masih teresak-esak dalam pelukan ibunya.

"Mereka mengambilnya, mereka cederakan Iruka" Naruto meraung.

"Siapa mereka? Siapa Iruka?" Minato menyoal anaknya. Naruto tiba-tiba terdiam. Membenamkan wajah ke bahu ibunya

"Naruto sayang, jawab Otou san" Kushina membujuk.

"Dia.. dia.. kawan Naruto.. dia ikan.." Naruto hampir membisik

"Ikan! Awak berkawan dengan ikan, Naruto-kun?" Obito seperti mengejek pantas disiku Rin.

"Dia bukan ikan biasa!" Naruto membentak Obito. "Dia.. dia.. Siren!"

Masing-masing kaku mendengar kata-kata Naruto.

"Naruto awak sedar tak apa awak cakapkan, Siren tak wujud. Jika ya, mereka mahkluk yang kejam" Minato menarik Naruto supaya memandangnya.

"Tidak! Iruka tak jahat, dia tak kejam! Iruka baik. Dia.." Naruto gagap tidak tahu mahu berkata apa lagi.

"Naruto, awak cakap mereka mengambilnya, siapa mereka?" Kakashi menyoal. Anak itu menggeleng kepala. Tidak tahu.

"Tak tahu, tapi ada banyak darah di sana. Itu bau Iruka.. kemudian, kemudian ada bau ular"

Kakashi berlutut untuk melihat wajah anak itu. "Dengar jika Iruka ini dalam bahaya saya akan cari dia, sekarang saya mahu awak bertenang dan beritahu saya di mana tempat itu"

"Kakashi!" Kushina berdesis. Kakashi menggeleng kepalanya

"Jika Iruka ini jahat, kita sudah lama kehilangan Naruto bukan, lagipun kita tidak tahu sama ada dia benar-benar Siren atau tidak. Untuk kepastian kita perlu mencarinya"

"Saya bersetuju dengan Kakashi" Kata Rin. Obito hanya mengangguk.

"Baiklah saya serahkan kes ini kepada awak. Ingat jika terlalu bahaya. Jangan libatkan diri lebih jauh" Minato memberi amaran.

"Jadi Naruto-kun, di mana awak bertemu dengannya dan berapa lama sudah?"

________________________

Iruka bangun terkurung dalam sebuah tangki yang yang lebih besar beberapa inci daripada tubuhnya. Luka di seluruh tubuhnya akibat pergelutan tidak terawat dengan baik kerana kuasa penyembuhannya tidak bekerja jika tidak terendam di dalam air laut. Iruka membenci ini. Mereka tidak meletakkannya di dalam air laut. Hanya air biasa. Kemungkinan air sungai.

Iruka bergelut untuk melepaskan diri. Memukul ekornya ke dinding kaca. Malangnya tiada apa yang berubah. Air yang tadi keruh kini hampir berubah merah pekat kerana darahnya yang terus mengalir.

"Hei, hentikan, awak hanya mencederakan diri awak" Satu suara menegur. Iruka berundur. Tapi terhalang dengan dinding kaca dibelakangnya. Menghempaskan ekornya membuatkan air yang separuh pinggangnya berkocak hebat.

Dia berdesis menunjukkan gigi tajamnya kepada lelaki di hadapannya. Entah kenapa dia dapat melihat wajah lelaki seolah-olah memandangnya kasihan dan permintaan maaf secara diam.

Iruka mencondongkan kepalanya, matanya mengikut sosok tubuh itu bergerak dari pintu ke sebuah meja yang Iruka sendiri tidak tahu apakah perkara yang terdapat di atasnya. Dia melihat lelaki itu seolah menulis sesuatu. Kemudian dia menoleh melihat Iruka. Dan mendekati tangki itu.

Lagi sekali Iruka berundur. Menunjukkan gigi-giginya dan satu bunyi nyaring yang hampir membingitkan telinga. Lelaki itu seolah-olah tidak terganggu dengan bunyi itu. Kemudian sebelah telapak tangannya diletakkan di dada kaca itu. Sebelah lagi ke dalam poket baju putih labuh yang dipakainya.

"Jika saya tidak melihat ini, saya tidak akan pernah percaya bahawa kaum awak sebenarnya wujud. Agak menyakitkan melihat keadaan awak seperti ini" Dia mendengus perlahan.

Iruka hanya merenung, lelaki ini tidak kejam seperti lelaki yang menangkapnya. Tetapi dia tahu dia tetap perlu berjaga-jaga. Kemungkinan dia hanya berpura-pura.

"Adakah awak terkesan dan lagu penggoda siren itu?" Satu suara menegur dihadapan pintu. Membuat Iruka tegang. Lelaki itu tersenyum mangsa kepada Iruka.

"Orochimaru-sama, gembira awak sudah pulang"

BERSAMBUNG...

Mahō no SekaiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang