Chapter 4

48 9 4
                                        

Kakashi terjaga dengan gangguan suara Obito. Ketika dia membuka mata, pekara pertama yang dia sedar adalah betapa sakitnya tubuhnya kerana tertidur di atas tanah berumput. Rasa lenguh itu menjalar di seluruh badannya, membuatkan dia mengerutkan dahi seketika.

Pekara kedua yang dia perasan adalah Iruka telah menjauhkan diri ke hujung kolam. Manusia ikan itu kelihatan resah, pandangan matanya tajam seperti sedang berjaga-jaga. Akhirnya, Kakashi melihat sosok-sosok yang tidak asing berdiri di sekelilingnya ayahnya, Obito, Rin, Minato, dan Kushina. Mereka berdiri dengan tenang, namun jelas terdapat satu aura tegang di antara mereka. 

Kakashi menelan air liur. Tujuan mereka di sini tidak sukar untuk diteka. Hokage itu, bersama yang lain, jelas ingin melihat Iruka, makhluk legenda yang hanya diceritakan dalam kisah-kisah dongeng.

Kakashi perlahan-lahan bangun sambil mengerutkan dahi, menahan rasa sakit yang menjalar di seluruh tubuhnya. Dia meraba lehernya yang kaku, cuba mengurangkan rasa lenguh yang masih terasa. Matanya memandang ke arah Obito yang berdiri tidak jauh darinya, dengan wajah yang sedikit marah dan hairan.

"Obito, kenapa awak bising sangat pagi-pagi ni?" tanya Kakashi dengan nada malas sambil mengusap lehernya. Suaranya masih serak, kesan baru bangun tidur. Dia mengangkat sebelah kening, menunggu jawapan dari sahabatnya yang selalu penuh dengan kejutan.

"Kakashi, awak nampaknya sangat selesa tidur di sana," sebaliknya Minato bersuara dengan senyuman lembut, namun disertai sedikit usikan. Suara Hokage itu mempunyai nada tenang yang biasa, namun Kakashi dapat merasakan sesuatu yang lebih serius di sebalik kata-katanya.

Kakashi tersenyum tipis mendengar usikan gurunya, namun senyuman itu segera pudar apabila Minato menyambung, "Tetapi sebelum itu, saya ingin memberi amaran tentang anak musang yang terus mengamuk apabila dia tahu kawannya sudah dijumpai."

Kakashi terdiam sejenak, menatap wajah Minato dengan penuh perhatian. "Anak musang?" tanya Kakashi, cuba mengingat-ingat sesuatu. Fikirannya segera tertuju kepada Naruto, dan kebimbangan mula timbul dalam dirinya.

"Ya, Naruto," Minato mengangguk, suaranya kini lebih serius. "Dia tidak dapat dikawal sejak mengetahui bahawa Iruka, kawan yang dia percayai dan sayangi telah dijumpai, tetapi bukan dalam keadaan yang dia bayangkan."

Mereka masing-masing perasan siren itu sedikit tersentak apabila Minato menyebut tentang anak musang. Gerakan halus telinganya yang tajam menangkap setiap perkataan yang diucapkan oleh Hokage. Telinga siren itu bergerak-gerak, menunjukkan minat yang jelas terhadap apa yang dikatakan oleh Minato tentang 'anak musang.'

Kakashi segera menangkap perubahan halus itu, matanya kembali memerhatikan siren yang bertenggek dengan anggun di hujung kolam. Iruka atau makhluk yang selama ini disangka sebagai mitos kelihatan lebih waspada sekarang. Mata emasnya yang dalam seolah-olah bersinar sedikit lebih terang, menambah rasa misteri di sekelilingnya.

Perasaan bimbang kian mencengkamnya. "Bagaimana kita boleh menenangkannya, sensei?" tanya Kakashi

Minato menarik nafas panjang sebelum menjawab, "Itulah sebabnya kami semua ada di sini. Naruto mungkin memerlukan lebih daripada sekadar kata-kata untuk menenangkan hatinya."

"Di mana anak nakal itu sekarang?" soal Kakashi dengan nada malas, sambil meluruskan badannya yang masih terasa lenguh. Dia cuba menampakkan dirinya tenang.

Minato menghela nafas panjang sebelum menjawab, "Dia berada di luar, menunggu di ruang tamu." Ada nada keletihan dalam suaranya, seolah-olah sudah beberapa kali dia berusaha menenangkan Naruto namun tidak berhasil. "Naruto sangat bimbang tentang Iruka. Dia tak mahu meninggalkannya sendirian walaupun sekejap."

Kakashi mengangguk perlahan, membayangkan keadaan Naruto di luar sana resah, gelisah, dan tak mampu duduk diam.

Iruka yang masih berada di tepi kolam memandang ke arah mereka dengan penuh perhatian. Dia mendengar nama 'Naruto' disebut berkali-kali, dan jelas dia semakin tertarik dengan anak musang yang dimaksudkan itu. Telinganya masih bergerak-gerak, tanda dia benar-benar ingin tahu.

Mahō no SekaiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang