Chapter 3

48 6 2
                                        

Kakashi, Obito dan Rin terus meneruskan pencarian mereka. Mereka masih tertanya-tanya benarkah Iruka yang dimaksudkan Naruto itu adalah manusia separuh ikan.

Sudah dua minggu pencarian mereka. Bukti kehilangan Iruka yang dimaksudkan terhenti sehingga di luar gua. Seolah dia hilang tiba-tiba.

Naruto masih menunggu dan terus mendesak Kakashi untuk menemui Iruka. Serigala itu mencuba sedaya upaya untuk mencari kawan yang dimaksudkan Naruto itu.

Mereka di dalam hutan manakala Rin yang sedang berterbangan di udara telah melihat satu kilauan dari celah rimbun hutan. Dia telah menjerit kepada Obito. Lelaki itu terus berlari ke arah yang ditunjukkan Rin.

Di sana mereka melihat terdapat tiga keping sisik ikan bersaiz agak besar tidak seperti mereka melihat di ikan. Sisik itu agak aneh berwarna emas berkilau. Dia menyerah kepada Kakashi. Lelaki itu menarik topengnya untuk menghidu.

"Bau yang sama terdapat di gua" Kakashi berkerut. Obito mengangguk. Bukti semakin hampir menunjukkan kewujudan siren yang diperkatakan oleh Naruto.

"Obi-kun, Kashi-kun" Rin mendarat di belakang mereka sayap putih indah itu kembali tertutup. "Tidak jauh dari sini saya melihat ada sebuah bangunan" Rin berkata. Kemudian mereka mengangguk dan segera berlari ke arah yang diberitahu oleh wanita burung itu.

.....................

laboratorium itu meletup dengan pertarungan antara ular dan serigala. Cakaran dan patokan bersilih-ganti. Serigala itu mengeram melihat ular itu terus menyerangnya.

"Sakumo, Sakumo awak benar-benar mengkhianati saya!" Ular itu geram. Lidahnya berdesis di luar bibir.

"Lepaskan dia Orochimaru. Dia juga berhak hidup bebas. Berhenti seksanya lagi. Dia hampir mati" Sakumo sudah tidak kisah jika dia hilang pekerjaannya asalkan makhluk malang yang terbaring lemah diatas meja ujian itu bebas.

Selama dua minggu ini, dia ditugaskan untuk menjaga ikan itu. Siren muda itu terus merenungnya dengan mata besar dan merayu untuk lepaskannya. Mereka juga mengada sedikit perbualan. Dan siren itu memberitahu bahawa dia mengenali Naruto seekor anak musang. Sakumo hanya memejamkan matanya, sedih dengan kerinduan siren kepada teman barunya.

Pertempuran terus berlalu. Sakumo dan Orochimaru sama terluka. Seketika mereka telah mengambil tubuh manusia mereka.

"Awak tahu awak tak akan menang menentang saya" Orochimaru ketawa besar

................

Kakashi, Obito dan Rin terkejut apabila mereka mendengar bunyi pergaduhan. Kakashi mula menghidu udara tiba-tiba matanya membulat.

"Otou-san!" Kakashi menjerit dia terus berubah menjadi serigala dan melompat masuk ke dalam makmal itu. Agak terkejut apabila tempat itu kosong. Tetapi apabila dia berlari lebih dalam terdapat beberapa lelaki berpakaian makmal terbaring tidak sedarkan diri.

Sehingga dia tiba di sebuah ruangan yang dan mendapat jejak bau Sakumo lebih pekat dia berubah menjadi manusia semula dan menendang pintu.

Di seberang pintu dia melihat Orochimaru menyerang bapanya. Dia dan Obito terus menyerangnya lelaki ular itu dan menjatuhkannya.

"Otou-san awak okey? Apa yang berlaku? Sudah dua minggu awak tak pulang! Awak buat saya risau" Kakashi mendapatkan ayahnya yang cedera.

"Selamatkan dia Kashi-kun" Sakumo memohon sambil menahan luka yang diberikan Orochimaru di perutnya. "Selamat dia" pintanya lagi

Kakashi ingin bertanya siapa yang dimaksudkan bapanya tetapi dihalang suara Rin menjerit nama mereka. Sakumo terus merangkak untuk bangun sambil dibantu anaknya.

Mahō no SekaiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang