PANDANGAN Aziz menghala ke luar rumah. Dia tersengih melihat Azhar yang sedang menyapu sampah di halaman rumah awal-awal pagi. Tanpa membuang masa, dia terus menyarung selipar lantas langkah diatur menghampiri Azhar.
"Morning," ucap Aziz.
"Morning, Abang Aziz. Dah breakfast ka?" tanya Azhar. Dia tersengih.
"Dah."
"Ooo... Mak Cik Ida dah pi keja baru Abang Aziz keluaq bilik. Pandai betul Abang Aziz mengelak."
"Bukan mengelak tapi nak selamatkan telinga ni dari dengar mummy berleter. Makin tua makin menjadi-jadi. Asyik pot pet pot pet ja, mengalahkan machine gun. Malam tadi masa dinner, asyik cakap benda yang sama saja sampai nak telan nasi pun rasa terlekat." Aziz mengadu.
Azhar tersengih.
Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu pagar utama terbuka. Sebuah kereta Honda HRV bergerak masuk dan parkir di anjung kereta.
Aziz panjangkan leher melihat siapa yang datang. Dahinya berkerut.
"Kenapa PA mummy datang sini? Mummy dah pi kerja, kan?" tanya Aziz.
"Laaa... Abang Aziz tak tau ka?"
"Tak tau apa?"
"Kak Diana memang tinggal sini. Bilik Kak Diana berhadapan bilik Abang Aziz."
"Apa?!"
"Malam tadi Kak Diana tak balik, mesti kerja banyak kat ofis tu. Ini mesti Kak Diana balik sebab nak salin baju."
Semakin berkerut dahi Aziz perhatikan gerak-geri Diana sehinggalah Diana masuk ke dalam rumah.
SESEKALI Aziz mendongak ke tingkat atas. Sudah hampir 20 minit dia menunggu Diana turun. Dia terus duduk di anak tangga.
"Apalah yang lama sangat dia buat kat atas tu? Bersiap lama gila." Aziz mengeluh. Ada hal dia nak cakap dengan Diana.
Bunyi tapak kaki menuruni anak tangga buatkan Aziz terus bangun. Matanya tepat ke arah Diana. Kemudian tangannya menghalang langkah Diana.
Anak mata Diana bergerak merenung Aziz. Wajahnya begitu serius.
"Saya nak barang saya balik. Phone saya! Laptop saya! Wallet saya! Yang penting sekali kamera saya. Saya nak awak pulangkan balik!" Aziz bersuara.
"Larikan diri takkan dapat selesaikan masalah. You should know that. Nak buat sesuatu pun fikir dengan otak bukan dengan emosi." Akhirnya Diana bersuara. Diari yang ada di tangannya digunakan untuk pukul tangan Aziz yang menghalang langkahnya.
Aziz mengerang kesakitan. Sakitnya seperti tulang patah pun ada. Ganas betul minah ni!
Diana ambil kesempatan yang ada untuk loloskan diri. Namun Aziz segera pintas. Dia masih tak putus asa hingga dia dapat semula barang-barang miliknya.
Diana pandang Aziz dengan wajah kelat.
"Barang-barang saya! Saya nak balik. Pulangkan!" tegas Aziz dengan wajah serius.
"You tahu apa auntie nak, kan? Tepilah!" Diana terus tolak tubuh Aziz dengan kuat.
Aziz hampir saja jatuh terlentang ke belakang. Mujurlah Azhar ada di belakang dan sempat menahan badan Aziz. Manakala Diana sudah keluar tinggalkan Aziz.
"Wah! Dia tu lembu ke kerbau, hah?!" marah Aziz dengan mata terbuka luas. Kuat betul Diana tolak dia tadi.
"Sabaq, Abang Aziz. Jangan lupa barang-barang Abang Aziz ada kat Kak Diana. Kalau gaduh macam ni, jangan haraplah Abang Aziz nak dapat balik barang-barang Abang Aziz tu." Azhar bersuara.
YOU ARE READING
PA Aku Ratu Sejuk Beku
Humor"Aura dinginnya mampu menggoncang jiwa!" KERANA impiannya sendiri, Aziz sanggup memungkiri perjanjian antara ibunya, Datin Ida. Bertahun-tahun Aziz melancong ke serata dunia. Suatu hari, Aziz pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan sesiapa. Niatnya kal...