Bab 5

442 20 0
                                    

USAI sembahyang subuh, Datin Ida mula mengemas katilnya. Walaupun dia ada orang gaji namun dia lebih selesa buat sendiri. Pintu bilik tidur dibuka secara tiba-tiba. Datin Ida mengurut dada kerana terkejut. Hampir nak gugur jantungnya. Tajam renungan Datin Ida ke arah Aziz.

"Mummy! Aziz tak setuju dengan keputusan mummy nak lantik Diana tu jadi PA Aziz." Aziz menerjah masuk ke dalam bilik tidur ibunya. Semalaman dia tak tidur semata-mata fikir pasal Diana. Dengan rambut berserabut, Aziz bertentang mata dengan Datin Ida.

PA! Diana nak jadi PA dia? Langkah mayat dia dulu. Lebih-lebih lagi apabila dia bayangkan Diana yang dingin dan muka ketat itu ikut dia ke mana-mana. Takkan 24 jam nak hadap muka Diana tu? Nanti tak pasal-pasal dia yang jadi gila.

"Aziz! You need Diana whether you like it or not! She's a good PA. Trust me!"

"Trust you? Really?"

Datin Ida mengetap bibir apabila Aziz ejek cakapnya.

"Aziz! Diana akan jadi PA dan mentor hang. Diana tahu selok-belok pasal AB Group. She will guide and teach you everything," tegas Datin Ida. Dia yakin dengan keputusannya.

Apa yang dia buat ini terbaik untuk Aziz. Dia tahu, hari pertama Aziz jejakkan kaki di AB Group, Aziz akan jadi buruan.

"Aziz tak suka dia, mummy! Muka dia pun, Aziz meluat nak tengok. Inikan pula nak hadap hari-hari! Lagi stres tahu tak! Kalau mummy nak Aziz kerja kat AB Group, mummy tukar orang lain jadi PA Aziz!" ugut Aziz. Apa-apa pun dia menentang keras pasal hal ini. Direnung wajah Datin Ida dengan serius.

Datin Ida mendengus kuat.

"Hang tak layak nak negotiate dengan mummy! Kali ini giliran hang ikut cakap mummy, Aziz! Hang kena ingat hang pewaris tunggal AB Group. Itu dah jadi tanggungjawab hang ambil alih AB Group."

"Tak habis-habis cakap benda yang sama! Pewaris! Tak habis-habis dengan pewaris. Telinga ni dah tak larat nak dengar. Ini salah mummy dengan daddy! Patutnya mummy dengan daddy usaha lebih sikit supaya ada anak ramai. Dah jadi macam ni, semua benda nak letak kat kepala Aziz. It's not fair for me!" Nada Aziz tinggi. Dia sudah hilang sabar. Tanpa buang masa, Aziz terus menapak keluar dari bilik ibunya dengan wajah bengang.

"Aziz!" jerit Datin Ida begitu kuat sekali. Dia terkejut apabila Aziz cakap macam itu. Menggelegak darahnya.

"Budak bertuah ni! Dia salahkan kita pulak! Umur dah 30 tapi fikiran tak matang langsung!"

Datin Ida mencekak pinggang. Terasa bahang di wajahnya. Agaknya kalau badannya boleh keluarkan api, dah terbakar bilik ini dibuatnya. Perangai Aziz betul-betul menguji kesabaran.

PAGI-PAGI lagi, Aziz melangkah laju masuk ke ruang dapur. Tiba-tiba tekak rasa dahaga selepas bertikam lidah dengan ibunya. Langkahnya terhenti. Mak Eton dan Diana ada di dapur. Bertambah masam wajah Aziz dengan kehadiran Diana di situ.

"Kat sini pun dia ada jugak! Menyampah betul!" Aziz bersuara.

Mak Eton yang sedang basuh sayur sawi di singki menoleh.

"Aziz cakap apa tadi? Mak Eton tak dengaq. Awai hang bangun. Nak Mak Eton bancuh kopi ka? Panas, kan?" Mak Eton bersuara.

"Tak apa, Mak Eton. Aziz nak minum air masak ja," jawab Aziz.

Aziz melihat ke arah Diana yang sedang mengupas bawang merah di meja makan dapur tanpa mempedulikan kehadirannya di situ.

Aziz dekati peti sejuk dan membawa keluar jag air sejuk. Dia sengaja letak jag air sejuk di atas meja dengan kuat.

Ekor mata Mak Eton melihat ke arah Aziz dan Diana. Dia mula tak sedap hati. Apa la Aziz cuba buat itu? Tengok cara Aziz macam nak cari pasal dengan Diana ja!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 24, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PA Aku Ratu Sejuk BekuWhere stories live. Discover now