『16』

691 45 1
                                    

𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟷𝟼: 𝙼𝚢 𝚏𝚎𝚎𝚕𝚒𝚗𝚐𝚜 𝚊𝚛𝚎 𝚠𝚛𝚒𝚝𝚝𝚎𝚗 𝚏𝚘𝚛 𝚑𝚎𝚛.

-

"Kak Ainul okay?" Soal Qaisarah lirih diselebungi nada sebak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kak Ainul okay?" Soal Qaisarah lirih diselebungi nada sebak. Itu saja yang mampu meluncur dari mulut Qaisarah apabila dia diberitahu oleh Ummi akan kedatangan Ainul secara tiba-tiba petang tadi.

Kelam kabut dia ke dapur mencari Ainul. Walaupun entah kenapa Ummi asyik menegahnya dari bertemu dengan Ainul tadi.

Dia datang kemari pun tidak memandu kereta kepunyaannya. Sebaliknya menggunakan grab. Itupun menjadi tanda tanya. Sayangnya, pertanyaan yang timbul di buah fikiran tidak dapat disimpulkan pada lidah.

Kedinginan hubungan mereka selama beberapa hari ini tanpa aral melintang menyebabkan Qaisarah tersepit di tengah-tengah.

Meninggalkan Qaisarah dalam keadaan serba salah, kebingungan. Mana tahu tanpa disedari, dia sudah menyakiti Ainul.

Tapi kesalahan apa yang dibuat pun tidak diteka. Kebelakangan ini dia kerap keluar rumah. Tidak selalu bertembung dengan Ainul walaupun serumah. Sama ada ke tempat kerja ataupun dibawa lari oleh Khaleel pergi ke mana mana untuk menenangkan jiwanya yang sering gusar memendam seribu satu kesedihan atas nasib yang menimpa hidupnya.

Disebabkan itu, Qaisarah gagal mengesan mana salah silapnya sampai sedemikian Ainul bermasam muka dengannya.

Mata Qaisarah setia memandang belakang tubuh tinggi kurus Ainul. Tegak membelakanginya. Bahunya nampak tegang. Seolah-olah menahan diri ataupun emosinya dari meledak saat mendengar sapaan Qaisarah dari belakang. Tapi tangannya masih bergerak, menyusun buah-buahan yang dibeli dari kedai sekitar kampus sebelum singgah ke yayasan budi.

Hampir 10 saat berdiri menanti respon dari bibir Ainul. Akhirnya dia mengalah. Ainul masih mendiamkan diri. Kekal dalam posisi yang sama. Cuma buah-buahan yang disusun mula dihentak setiap kali di masukkan ke dalam bekas.

Pergerakan tangannya pun laju cuba beredar dari situ dengan segera. Atau dengan kata lainnya, dia sedang marah dan tidak suka akan kedatangan Qaisarah di dapur itu.

Qaisarah menekur ke bawah. Nafas ditarik dalam seperti mana dalamnya kesedihan yang dirasai menjalar sekujur tubuh. Dia faham akan bahasa tubuh Ainul itu. Orang tidak suka buat apa tercegat di situ lagi kan?

Perlahan-lahan dia menarik tapak ke belakang, memberi ruang kepada Ainul meneruskan apa yang sedang dia lakukan. Kewujudan dia hanya menganggu tumpuan Ainul saja.

Qaisarah mengemam bibirnya apabila rasa ingin menangis itu semakin kuat mahu menurunkan cecair dari tubir mata. Terkebil-kebil dia cuba menghalang air mata dari jatuh.

Baru saja tubuh dipusingkan, matanya dijamah sehelai baju t-shirt hitam yang berdiri beberapa tapak dari tempatnya. Andai dia melangkah dulu sebelum memutarkan badan, memang confirm mukanya tercium dada lelaki ini.

The Lost GirlWhere stories live. Discover now