『1』

2.8K 114 41
                                    

𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟷 - 𝚃𝚑𝚎 𝚜𝚎𝚌𝚘𝚗𝚍 𝚖𝚎𝚎𝚝

2020,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2020,

Kuala Lumpur.

"Morning, Encik Khaleel."

Sapaan Hatasyah yang bertungkus lumus mengemas reception desk office pada awal pagi itu, mengejutkan langkah gagah seorang pemaju hartanah terkemuka di Malaysia. Yang kini berjaya membina mercu tanda kejayaan syarikat hasil titik peluhnya serta bapanya bersama sama membangunkan projek-projek besar di seluruh Malaysia malah sekarang syarikatnya turut mula melebarkan sayap ke luar negara seperti United Kingdom dan Australia.

Ya, dialah Khaleel Faliq, lelaki yang lengkap memakai emerald green suit jahitan Dries Van Noten yang baru muncul disebalik pintu masuk kaca bangunan Faliq's Properties Berhad.

Khaleel tertunduk sedikit memandang wanita berambut perang separas bahu tersebut sebagai tanda hormat sambil menunjukkan senyuman manis yang tersimpan disebalik wajah tampannya yang serius sejak tadi.

Hatasyah menahan degup kencang jantungnya saat melihat senyuman mesra Khaleel. Bukan kerana gugup dengan darjat lelaki itu tetapi cair menatap raut wajah kacak Khaleel yang tidak sah membuatkan hati perempuannya menggila.

Senyuman itulah juga membuatkan pekerja-pekerjanya berasa senang dan mudah bergaul dengan Khaleel walaupun hakikatnya dalam syarikat itu Khaleel adalah majikan mereka.

Tetapi Khaleel sangat merendah diri. Dia sentiasa berpandangan bahawa pangkat yang dimilikinya bukanlah tiket untuk dia menjadi angkuh dan sombong kepada setiap orang yang tidak setaraf darjat dengannya.

Kerana pada pandangan Khaleel jua, tiada guna kita mendabik dada di dunia ini jikalau disisi-Nya kita tidak punya darjat. Lebih-lebih lagi kalau kita mendabik dada kerana harta. Memang disanjung disini tetapi buruk padahnya disana.

"Assalamualaikum, selamat pagi Hatasyah." Khaleel membalas dengan salam terlebih dahulu membuatkan Hatasyah diserang rasa malu tidak semena mena.

Hatasyah seperti hendak menampar mulutnya ketika itu. Lupa pula bossnya seorang yang alim. Asyik tersasul menyapa tanpa salam.

"Waalaikumussalam Encik Khaleel." Hatasyah sudah ketawa segan mulai menggaru lehernya yang tidak gatal.

Khaleel terus tunduk; menjaga pandangannya tanpa menanggalkan senyuman membawa langkah yang berbaki.

Hatasyah tidak bertudung, jadi tidak manis untuk mereka saling beradu mata lama-lama. Khaleel sangat menghormati wanita, begitu juga Hatasyah.

Tidak lama, seorang lelaki yang hanya berkemeja putih memegang tablet apple pada tangan kanannya, mendekati Khaleel daripada belakang tanpa disedari.

The Lost GirlWhere stories live. Discover now