PROLOGUE

3.2K 114 15
                                    

2015,

Sepang.

Deruan enjin motosikal Kawasaki Ninja 25oR  merah memasuki perkarangan balai polis Sepang, sesekali menangkap perhatian anggota polis yang sedang berkumpul di hadapan lobi balai seperti membuat persiapan untuk operasi gerak gempur malam ini. Tidak lama perhatian mereka beralih menyambung tugas masing-masing seolah olah mereka sudah lama mengenali pemilik motosikal itu.

Perlahan lahan motosikal tersebut memakir berdekatan dengan beberapa buah motosikal dan kereta lain yang bersepah sepah di sekitar situ. Petugas shift malam selalunya sedikit dan sebab itu tempat meletak kenderaan ini kurang sesak berbanding pada waktu paginya.

Khaleel Faliq turun dari motosikal, menanggalkan helmet hitamnya sambil berkerut kerut meliarkan pandangannya ke sekeliling. Matanya nampak sedikit sembam akibat terjaga daripada tidur setelah menerima panggilan untuk bertugas dalam operasi gerak gempur yang dibuat secara mengejut malam ini. Rambut depannya yang sudah panjang mencecah keningnya ditolak kebelakang supaya kelihatan kemas. Sesekali dia berdecit melihat jarum jam tangannya yang menunjukkan sudah pukul 1:15 pagi.

Sebenarnya jarang sekali mereka menerima arahan untuk melakukan operasi gerak gempur last minute begini. Sedangkan plan perancangan operasi perlu dibuat seminggu sebelum operasi dijalankan, bagi memastikan operasi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Namun panggilan tiada aral melintang diterima sebentar tadi, membuatkan Khaleel sendiri berasa hairan.

Khaleel menarik zip jaket hitamnya. Sekaligus menyerlahkan baju t-shirt hitam logo PDRM yang tersarung agak ketat pada badan tegapnya bersama seluar cargo askar bercorak celoreng sepadan dengan spike boot  tentera sememangnya menampakkan aura karisma seorang anggota polis dalam dirinya. Ditambah pula dengan wajah kacaknya yang berdarah Melayu-Jordan, memang cukup pakej lah orang kata.

Setelah tamat SPM, inilah jalan kehidupan yang dipilih sendiri oleh Khaleel tanpa paksaan daripada sesiapa. Semenjak dia kecil lagi, dia sudah bercita-cita ingin menjadi seorang polis kerana amat mengagumi semangat keperwiraan dan uniform polis yang kelihatan gah bagi kanak kanak pada usianya ketika itu. Macam superhero!

"Kenapa tiba-tiba je ni nak buat operasi?" soal Khaleel kearah seorang rakan sekerjanya yang sedang tertunduk-tunduk menyusun sesuatu ke dalam beg.

Azim mendongak kearah suara garau Khaleel sebelum sambung menyusun dan mengeluh kecil. "Entahlah Khaleel...Datuk keluarkan arahan last minute pun katanya tak sempat bincang dengan orang atasan. Macam penting sangat je."

Khaleed memandang air muka tidak tenang Datuk Malik Rashid yang berdiri tidak jauh daripadanya sedang sibuk menjawab panggilan. Dia sudah bekerja dibawah Datuk Malik Rashid iaitu timbalan ketua pengarah operasi balai polis cawangan Sepang itu, hampir tiga tahun sepanjang dia menyandang amanah ini. Tapi tidak pernah Datuk Malik berkelakuan aneh seperti malam ini. Khaleel kenal benar dengan ketuanya itu. Hubungan mereka pun rapat. Macam anak dan bapa. Mustahil lah operasi malam ini tidak menimbulkan tanda tanya kepada semua orang termasuklah Khaleel.

Daripada jauh, bunyi spike boot milik Imran pula berdentum dentum atas jalan tar menghampiri Khaleel dan Azim.

"Fuh nasib baik sempat!" Imran mengelap dahi termengah mengah.

"Ini dah kenapa main terjah je suruh bertugas? Aku baru letak kepala, nasib baru tidur-tidur ayam. Kalau terlelap tadi memang sadaqalhulazim jawabnya!" Wajah Imran yang jelas tidak puas hati tidak disorok langsung. Lelaki sebaya Khaleel itu hanya menggeleng kepala sebelum terus membantu Azim menyusun barang ke dalam beg.

"Kau ingat kau seorang. Aku ini lagilah, baru habis shift pagi. Tahu-tahu kena keluar bertugas lagi untuk shift malam. Rabak mata aku."

Imran menjungkitkan kening kearah Khaleel yang masih kekal merenung Datuk. "Asal?"

The Lost GirlWhere stories live. Discover now