『17』

636 37 0
                                    

𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟷𝟽: 𝙴𝚗𝚍𝚒𝚗𝚐 𝚝𝚘 𝚎𝚟𝚎𝚛𝚢 𝚋𝚎𝚐𝚒𝚗𝚗𝚒𝚗𝚐.

Datuk Majid Harith mundar-mandir dalam persalinan santai dipakai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Datuk Majid Harith mundar-mandir dalam persalinan santai dipakai. Berseluar slack, baju polo. Hari ini sepatutnya dia tidak masuk ke pejabat kerana perlu menemani isterinya ke hospital tapi oleh kerana kekalutan yang berlaku depan bangunan syarikat miliknya terpaksa berpatah balik dan membiarkan Datin Fauziyah pergi seorang diri.

Pasti isterinya merajuk nanti. Tapi itu tidak menjadi masalah baginya.

Apabila dapat saja panggilan dari orang atasan yang sedang panik berhadapan dengan situasi yang baru bagi mereka, terpaksa Datuk Majid datang ke pejabat dan melihat sendiri keadaan.

Pada mulanya Datuk Majid sangka syarikatnya terpalit dengan mana-mana kes melibatkan anggota polis, rupanya kerana khabar anaknya yang diingatkan sudah reda.

Datuk Majid menyilang tangan ke dada. Raut wajahnya tenang, merenung permandangan kota Kuala Lumpur dari tingkat 25 ini. Apa terjadi sebenarnya tidaklah menganggu fikirannya pun.

Tetapi persoalan demi persoalan yang muncul membuatkan dia berkira-kira hendak buka mulut.

"Just explain to me Khaleel. Siapa dia sebenarnya?" Soal Datuk Majid terus. Tiada belok belok. Kejadian dia dan Datin Fauziyah berhadapan dengan gadis itu tempoh hari, cukup membuatkan dia mengesahkan hubungan yang terjalin antara gadis bernama Qaisarah itu dan anaknya.

Khaleel masih menekur. Digali nafas yang semakin sesak. Entah kenapa dia rasa tidak cukup kuat lagi menerangkan segala-galanya. Cukuplah apa yang terjadi tadi, antara dia dan Ainul...

Dia masih dihurung serba salah yang teruk.

"She's my personal maid and someone..."

"Someone that you secretly love."

Terus tautan pandangan mereka bersatu. Datuk Majid sudah menjungkitkan kening apabila anaknya hilang kata.

Sah!

Khaleel pinjam mata erat. Nafas berat dihela. "Please pa. Tolong jangan... apa-apakan dia - just don't touch her. I beg you. She's under my responsible and I will clean it up this issues-"

"Kamu ingat papa marahkan kamu ke?"

Datuk Majid simpul senyuman sengit.

Khaleel naik hairan. Kenapa aneh betul kelakuan papanya hari ini?

"Well-"

"Well i'm not. But mama, probably... But as long as papa tak bising. Dia pun tak akan lebih-lebih. I know how to handle her."

Segala kerutan pada wajah Khaleel kendur serta merta mendengar kata-kata papanya. Dia salah dengar ke? Bunyi seperti papanya baru merestui-

"So taknak kenalkan dia dekat papa?"

The Lost GirlWhere stories live. Discover now