Pertemuan Anak Pokok Dan Yume.

25 0 0
                                    

Part 1

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah kampung terpencil diberi nama Heiwa. Penduduknya majoriti hidup serba sederhana, tetapi di hujung kampung terdapat sebuah keluarga yang sangat miskin. Di situlah seorang budak perempuan bernama Yume tinggal bersama keluarganya. Mereka bahagia walaupun hidup serba kekurangan.

Pada suatu malam, Yume didatangi sebuah mimpi yang pelik, dimana dalam mimpi tersebut ada satu suara menyuruhnya menjaga sebuah anak pokok. Suara tersebut berkata bahawa Yume akan menjumpai anak pokok tersebut esok dan memintanya supaya melindunginya dari sebarang bahaya. Yume bertanya kepada suara misteri itu, bagaimanakah dia akan bertemu dengan pokok yang dimaksudkan? Suara tersebut memberitahu akan ada rama-rama yang tidak pernah dilihat sebelum ini mengelilingi anak pokok tersebut berulang kali. Suara tersebut berkata lagi.

"Jagalah pokok itu dengan baik kerana ia akan membantu awak suatu hari nanti". Selepas sahaja suara tersebut habis berbicara, Yume pun terjaga dari tidurnya dan mula termenung mengingati akan mimpi tersebut.

Keesokkan harinya, Yume mengikuti ayahnya ke hutan untuk mencari kayu api. Semasa ayahnya sedang sibuk mengumpul kayu api, Yume pergi mencari anak pokok seperti yang suruh oleh suara dalam mimpi.

Jauh telah Yume berjalan, dia tidak sedar tempat ayahnya berada telah hilang dari pandangan mata. Yume mula berputus asa.

Tiba-tiba muncul seekor rama-rama di depan mata. Tidak pernah dia lihat rama-rama tersebut sebelum ini. Rama-rama aneh itu terbang ke satu arah, seolah-olah cuba memberi satu penunjuk. Yume mengekori rama-rama itu sehingga menjumpai sepohon anak pokok. Yume yakin itulah anak pokok yang dicari apabila Yume melihat rama-rama aneh terbang mengelilingi anak pokok itu berulang kali.

Yume mendekati anak pokok itu. Rama-rama yang mengelilingi tadi lenyap secara tiba-tiba dari pandangan mata. Yume terkejut lalu cuba mengundur diri selangkah demi selangkah. Belum sempat langkah keduanya jejak ke belakang, dia terdengar suara seseorang memanggil-manggil namanya. Yume terus menoleh ke semua arah, namun tiada sesiapa yang dia nampak. Yume menoleh semula ke arah anak pokok.

"Adakah awak yang memanggil nama saya tadi?" tanya Yume kepada anak pokok tersebut, namun tiada tindak balas darinya.

"Mustahil anak pokok ini boleh bercakap" Yume menidakkan kata hatinya.

"Siapa kata pokok tak boleh bercakap? Cuma manusia saja yang tak dapat mendengar suara kami" akhirnya anak pokok bersuara. Yume terkejut lalu menjerit sekuat hati.

Burung berkicau terbang ke sana sini, Yume kembali tenang berbual dengan anak pokok.

"Aku adalah semangat yang sembunyi didalam anak pokok ini"

"Suara yang muncul dalam mimpi saya semalam... adakah ianya awak?"

"Ya, itu adalah suara saya... Akhirnya saya dapat bersua dengan awak, saya berharap awak sudi menjaga saya sampai saya besar nanti..."

Yume berdiri sambil senyum dan berkata "Saya pasti akan menjaga awak walau apa pun terjadi". Yume ketawa kecil.

"Jadi siapakah nama awak wahai pokok?"

"Saya tidak bernama"

"Emmm..." Yume berfikir sebentar.

"Apa kata saya panggil awak Majikkutsuri sebab awak pokok yang boleh bercakap jadi rasanya nama itu sesuai sangat dengan awak."

"Majikkutsuri? Nama yang bagus!" Anak pokok setuju dengan nama tersebut.

"Baiklah, mulai dari sekarang nama awak ialah Majikkutsuri!" Yume berkata dengan penuh gembira.

Pokok AjaibWhere stories live. Discover now