Part 3
Beberapa tahun kemudian pokok tersebut pun membesar dengan suburnya. Kini Yume telah berusia 20 tahun dan telah berkahwin dengan seorang lelaki dari keluarga yang ternama. Ibunya meninggal dunia dua hari selepas hari perkahwinannya. Selepas kepergian ibunya, dia mengajak ayahnya tingggal bersamanya namun ayahnya menolak alasannya takut menyusahkan dia nanti. Walau pun begitu Yume akan berusaha memujuk ayahnya agar tinggal bersamanya tiap kali dia datang menjenguk ayahnya. Namun pada hari Yume mengandungkan anak pertamanya, dia mendapat tahu dari salah satu pembantunya, yang ayahnya telah meninggal dunia kerana sakit yang amat teruk. Dia terkejut dengan berita itu dan bergegas ke rumahnya untuk melihatnya sendiri. Kerana baru dua hari lepas dia datang ke rumah ayahnya. Namun ibu mentuanya melarangnya pergi kerana cuaca yang amat teruk pada masa itu dan cuaca yang tidak menentu. Beberapa bulan kemudian, pada suatu malam ibu mentuanya menyuruh suami Yume pergi ke hutan untuk memburu. Namun suami Yume menolaknya kerana dia telah berjanji pada Yume akan berada di sisi Yume pada masa Yume melahirkan anak pertama mereka. Tetapi kata maknya "Bukan mak yang nak makan daging buruan, tapi Isteri kamu yang nak makan.". "Mengapa dia tak bagitau saya saja?" Kata anaknya yang kelihatan tidak percaya dengan kata-kata maknya itu. Tetapi maknya berkata lagi "Dia ingin bagitau, tapi dia tak sampai hati... kerana kamu telah berjanji dengannya akan menemani dia pada masa dia melahirkan anak kamu itu.". anaknya berfikir sekejap dan berkata "Baiklah saya akan pergi sekarang. Tapi mak jangan bagitau dia yang saya pergi memburu tau? Saya nak buat kejutan untuk dia nanti hehe.". Dengan gembiranya suami Yume pun pergi tanpa pengetahuian isterinya yang masih tertidur di biliknya. keesokkan harinya Yume mencari suaminya kerana dia tidak melihat suaminya sejak dua hari yang lalu. iaitu pada hari suaminya pergi memburu. Dia cuba mencari ibu mentuanya namun dia tidak menemuinya juga. Beberapa hari kemudian, tibalah masanya Yume melahirkan anaknya. Pada masa itu suaminya belum balik lagi dari pemburuannya. Lalu dia bertanya pada salah satu pembantunya "Adakah tuan muda sudah pulang?". "Belum lagi puan muda." Kata pembantunya. Akhirnya Yume melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisinya.