Yume membawah Anak Pokok Ke Rumah.

15 0 0
                                    

Part 2

Tiba-tiba terdengar suara seseorang sedang memanggil Yume. Apabila Yume menoleh ke belakang, dia terlihat ayahnya sedang mencari dia. "Nampaknya ayah awak dah datang..." kata anak pokok tersebut. "Eh? Macam mana ayah saya boleh sampai ke sini?" Kata Yume yang kehairanan. "Saya yang bawah ayah awak ke sini. Kerana dari awak pergi mencari saya, ayah awak dah pun tersedar yang awak tiada bersamanya." Kata anak pokok tersebut. "Ohya ke? terima kasih kerana bawah ayah saya ke sini. Nampaknya saya kena pergi sekarang. Esok saya akan datang lagi dan pindahkan awak ke tempat yang lebih selesa." Kata Yume kerana tempat anak pokok itu hidup banyak sangat serangga yang tinggal di dalam hutan itu merosakkan tumbuhan yang ada di situ. "Yume! Mari balik nanti mak kamu risau kalau kita lambat balik pula." Ayahnya memanggil Yume selepas sahaja dia ternampak Yume. "Ayah! baiklah saya datang ni!" Yume menyahut panggilan ayahnya.

"Jumpa lagi, Majikkutsuri!" kata Yume dalam hatinya. Dia pun pergi kepada ayahnya dan mereka pun beredar dari situ.

Keesokkan harinya, Yume pergi ke hutan untuk mengambil anak pokok tersebut. Dia membawah ke rumah dan menanamnya di belakang rumahnya. Setiap hari Yume akan bangun awal pagi untuk menyiram anak pokok tersebut dan berbual dengannya. Ibu dan ayahnya mula merasa hairan dengan kelakuan anak mereka. Ketika mereka sekeluarga makan malam bersama, ibunya bertanya "Yume...kamu suka sangat ye dengan anak pokok yang kamu tanam di belakang rumah tu?". Dengan gembira Yume menjawap "Ye! Suka sangat!". "Anak Pokok itu boleh bercakap dengan kamu ye? Sebab ayah tengok sejak kebelakangan ni kamu selalu sangat bercakap dengan Anak Pokok itu?" ayahnya bertanya sambil mengusap kepala anak kesayangannya itu. Yume memandang muka ayahnya dan berkata "Nama dia Majikkutsuri. Yume yang bagi nama tu pada dia. sebab dia tiada nama. Hm... majikkutsuri hanya boleh bercakap dengan yume saja." Katanya sambil tersenyum. "Kamu berikan nama pada pokok itu? Hm, jadi maksud kamu, hanya kamu saja yang boleh dengar suara pokok tu ye?" Kata ayahnya sambil mengusap kepala anaknya lagi.

"Ah, ya! Majikkutsuri kata saya seorang yang istimewa sebab tu hanya saya saja yang dapat mendengar suara dia." Kata Yume dengan penuh gembiranya. "Oh begitu ke... kalau macam tu, Yume kena jaga pokok tu...tak, maksud ayah Majikkutsuri tu dengan baik tau." Kata ayahnya. "Ayah percaya apa yang yume beritahu pada ayah...?" kata Yume kerana hairan dengan ayahnya yang percayakan kata-katanya begitu saja.

"Ayah dan mak tau bila kamu berbohong." Kata ayahnya. "Ohya ke...? Hehe..." kata Yume sambil menggaru kepalanya. "Dah, makanlah makanan tu nanti sejuk tak sedap pula." Kata ibunya pada mereka berdua dan sambil mencubit manja pipi anaknya.

Pokok AjaibWhere stories live. Discover now