BAB 59

2.4K 96 15
                                    

"Kau...kau buat apa dekat sini?"tanya Tuan Zamri.

"Ma...maaf,Lia datang sebab Firash"jawab Nurul Camelia dengan tergagap-gagap.

"Betul ayah,Firash yang ajak"kata Tengku Firash yang berada di sebelah Nurul Camelia.

"Kalau korang nak makan,makanlah"kata Tuan Zamri.

"Ayah nak pergi mana?"tanya Marissa.

"Ayah tak ada selera lepas tengok muka budak ni"kata Tuan Zamri lalu beredar daripada situ.

Nurul Camelia hanya menundukkan kepalanya saja.Airmata juga mengalir keluar.Dia sudah agak,semua ini akan terjadi kerana dia tahu ayahnya masih marah akan dirinya walaupun sudah lama kejadian itu berlaku.Kalaulah ayahnya tahu jika kejadian dulu bukanlah berpunca daripada dia,adakah dia akan disayangi oleh Tuan Zamri lagi.

"Sayang,meh duduk dulu"ajak Tengku Firash.Nurul Camelia melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah suaminya.

"Korang makanlah"kata Puan Ridza sambil bangun daripada duduknya.Marissa melihat mamanya dengan pandangan pelik.

"Mama nak pergi mana?"tanya Marissa.

"Mama pun tak ada selera kalau perempuan ni duduk semeja dengan kita"jawab Puan Ridza sambil memandang Nurul Camelia dengan pandangan benci.Baru saja Puan Ridza ingin beredar dari situ,ditahan oleh Marissa.

"Mama duduklah makan sekali,Rissa balik sini sebab nak luangkan masa dengan mama dan ayah"kata Marissa.

"Suami kamu kan ada,kamu makanlah"kata Puan Ridza.Nurul Camelia yang melihat itu melepaskan keluhan kecil.

"Puan duduklah makan,biar saya yang masuk dalam bilik"sampuk Nurul Camelia lalu bangun daripada duduknya.

"Tapi,sayang nanti perut awak masuk angin"kata Tengku Firash sambil memegang lengan isterinya.

"Jangan risau tentang saya,saya tak nak disebabkan saya...semua orang sakit"kata Nurul Camelia sambil melepaskan lengannya lalu dia beredar daripada situ.

"Apa ni mama"marah Marissa.Semuanya hancur begitu saja.Puan Ridza hanya menayang wajah tidak bersalah.

SKIP

POV NURUL CAMELIA ADRIANA

Ketika di dalam bilik,dia membuka jendela kerana mahu mengambil angin malam.Tersenyum Nurul Camelia bila memandang langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang.Dia menutup matanya bagi merasakan keindahan pada malam hari.Sedang dia menikmati,dia ternampak ayahnya yang berada di gazebo tersebut.

"Kalau aku pergi dekat ayah,agak-agak ayah nak ke tak tengok muka aku ni?"soalnya seorang diri.

"Pergi ja lah dan macam mana pun,malam ni kau kena tegur ayah"gumamnya sendiri lalu dia menutup kembali jendela itu.

Dengan bismillah,Nurul Camelia menghampiri ayahnya.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Tuan Zamri.Tuan Zamri tidak perasan akan kehadiran anak perempuannya kerana ralit memandang langit.

"Cantikkan langit tu?"tanya Nurul Camelia sambil memandang langit itu juga.

"Kau nak apa?"tanya Tuan Zamri dengan dingin.

"Lia rindu ayah,Lia nak sangat hubungan kita macam dulu balik"jawab Nurul Camelia lalu dia memandang sisi ayahnya.

"Aku bukan ayah kau"kata Tuan Zamri.Dia langsung tidak memandang Nurul Camelia.

"Ayah tahu,setiap saat Lia doa supaya Allah buka hati ayah untuk terima Lia balik"beritahu Nurul Camelia.

"Lia dah tak ada sesiapa selain ayah dan juga keluarga ni"sambungnya lagi.

1 Bulan Mengejar Cintamu(C)Where stories live. Discover now