BAB 56

2.6K 76 8
                                    

SEMINGGU TELAH PUN BERLALU

Nurul Camelia tidak dibenarkan melakukan apa-apa pun kerja atas arahan Tengku Firash.Tengku Firash juga telah mengambil 2 orang pembantu rumah untuk melakukan segala kerja-kerja rumah dan memasak untuk mereka semua.Nurul Camelia hanya dibenarkan keluar untuk ke tasik sahaja.Marissa juga selalu bersama dengan kakaknya.Selama seminggu,mereka melayan Nurul Camelia dengan begitu baik.

"Akak!"sergah Marissa daripada belakang.

"Oh,mak kau pink"melatah Nurul Camelia.Ketawa Marissa dibuatnya.

"Ishh adik ni,terkejut akak tau"marah Nurul Camelia sambil menampar lengan adik tirinya.

"Aduh,sorry la akak"kata Marissa sambil menggosok tempat yang ditampar oleh Nurul Camelia tadi.Marissa melabuhkan punggungnya di sebelah kakak tirinya.

"Akak,abang dah bagitahu akak tak yang hujung minggu ni,kita balik rumah ayah?"tanya Marissa.Nurul Camelia mengangguk kepalanya sahaja.

"Akak tahu tak yang kita orang nak buat..."belum sempat Marissa menghabiskan ayatnya,Nurul Camelia dengan pantas menutup mulut adik tirinya itu.

"Semua akak dah tahu adik,korang nak buat majlis kesyukuran untuk si comel ni dan korang nak buat announcement tentang baby ni kan"kata Nurul Camelia.Tersenyum Marissa bila kakak tirinya sudah tahu.

"Akak tak nak buat rawatan ka?"tanya Marissa dengan hati-hati takut kakaknya terasa.

"Tak ada gunanya kalau akak buat rawatan Marissa....peluang untuk sembuh sangat-sangatlah tipis dan peluang untuk meninggal semakin mudah"jawab Nurul Camelia.

Dia sudah nekad,kalau dia mati...biarlah dia pergi ketika bersama suaminya dan keluarganya.Itulah yang di mahukan.Dia mahu pergi dalam pelukan suaminya dan dia mahu keluarganya bersama dengan dirinya ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya nanti.sedang mereka berbual,tiba-tiba seorang pembantu rumah mereka datang.

"Maaf ganggu Puan berdua tetapi saya nak beritahu ada seorang perempuan nak berjumpa dengan Puan Marissa"beritahu pembantu rumah tersebut.

"Siapa dia Kak Mah?"tanya Marissa.

"Tadi dia bagitahu nama dia Tania,Rania..ha Rania"jawab Kak Mah.

"Oh,terima kasih Kak Mah"ucap Marissa.

"Kenapa Rania nak jumpa Marissa?"tanya Nurul Camelia pula.Marissa hanya menggelelngkan kepalanya sahaja.Dia juga tidak tahu kenapa Rania tiba-tiba mahu jumpa dengan dirinya.

"Well well well,aku tak sangka yang kau masih bertahan lagi duduk dalam rumah ni ea"kata Rania yang baru saja masuk ke dalam rumah.Sudahlah tidak memberi salam lepastu terus well well well.

"Waalaikumusalam Cik Rania"perli Nurul Camelia.Terus berubah riak wajah Rania.

"Kau nak apa datang sini ha perempuan?"tanya Marissa dengan nada marah.

"Salah ka,aku datang nak melawat kau?"kata Rania sambil senyum sinis kepada Marissa.

"Kau jangan nak macam-macam ea,Rania"kata Marissa berbaur amaran.

"Hey,kenapa kau takut sangat ni?aku datang nak melawat kau dengan baby kau"kata Rania.

"Straight to the point ja lah,kau nak apa sebenarnya?"tanya Marissa lagi.Nurul Camelia mengerutkan dahinya kerana dia tidak faham situasi sekarang ini.

"Okaylah,aku bagitahu...sebenarnya aku datang sini..."sengaja Rania menggantungkan ayatnya.

"Kau apa?"tanya Marissa sambil bangun daripada duduknya kerana dia melihat Rania menghampiri dirinya dan Nurul Camelia.

1 Bulan Mengejar Cintamu(C)Where stories live. Discover now