Tengku Firash hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik Nurul Camelia daripada tadi.Baju arwah isterinya di bawa ke dalam pelukkannya.Dia merasa seperti Nurul Camelia masih berada di dalam bilik itu.Tengku Firash memandang sekeliling bilik itu.Lalu segala memori-memori dia dengan Nurul Camelia berlayar di ingatannya.
"Hubby janganlah,geli"kata Nurul Camelia sambil menahan tangan Tengku Firash daripada terus menggeletek dirinya.
"Tak nak"kata Tengku Firash lalu kembali menggeletek isterinya.Bilik itu dipenuhi dengan ketawa mereka saja.
"Hubby kena ingat,jangan sesekali ceraikan Marissa kerana Marissa kan cinta mati hubby"kata Nurul Camelia.
"Buat keputusan jangan menggunakan emosi kerana sayang tak nak hubby menyesal di kemudian hari"kata Nurul Camelia ketika di rumah Tuan Zamri.
Terngiang-ngiang segala pesanan Nurul Camelia kepada dirinya sebelum dia pergi menghadap Ilahi.Sedang dia teringat akan arwah,tiba-tiba dia teringat akan surat yang berada di atas meja solek.Tengku Firash bangun menuju ke meja solek lalu mengambil surat itu.Dia kembali duduk di sebelah katil,baju arwah isterinya di letak di atas katil.Dia membuka sampul surat itu lalu membacanya.
"ASSALAMUALAIKUM HUBBY SAYANG,SAYANG HARAP HUBBY KUAT DAN TERUS KUAT UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN HUBBY TANPA SAYANG.HUBBY KAN ADA MARISSA,LEPASNI MARISSA LAH YANG AKAN URUSKAN SEMUANYA UNTUK HUBBY.SAYANG MINTA MAAF KERANA RAHSIAKAN SEMUA NI DEKAT HUBBY.SAYANG DAH TAHU SEMUANYA DARIPADA AWAL TETAPI SAJA SAYANG BUAT-BUAT TAK TAHU.SAYANG DAH LAMA MAAFKAN HUBBY DAN MARISSA.WALAUPUN SAKIT DAN PERIT UNTUK MENERIMA KENYATAAN YANG SAYANG AKAN BERMADU DENGAN ADIK TIRI SENDIRI TETAPI APA YANG SAYANG BOLEH LAKUKAN.SAYANG HANYA MAMPU MENUNGGU HUBBY BALAS CINTA SAYANG WALAUPUN SAYANG TAHU TAK AKAN DAPAT.SAYANG MULA CINTAKAN HUBBY SEJAK AWAL KITA BERJUMPA DULU.SAYANG HAPPY SANGAT BILA DAPAT KAHWIN DENGAN HUBBY WALAUPUN CARA DAN MASA YANG SALAH TETAPI SAYANG TETAP BERSYUKUR.TENGKU FIRASH ZIYAD SENTIASA ADA DALAM HATI SAYANG SAMPAI BILA-BILA.HUBBY,CINTA DAN SAYANGILAH MARISSA SEPENUH HATI HUBBY.JANGAN DISEBABKAN DENDAM HUBBY BUANG PERASAAN TU.JANGAN SIA-SIAKAN CINTA YANG SELAMA INI HUBBY SANGGUP KEJAR.DIA JUGA LAYAK PELUANG KEDUA.JAGA DIRI DAN KESIHATAN HUBBY TAU.JANGAN TAK MAKAN,KALAU HUBBY TAK MAKAN,HUBBY TAK SAYANGKAN SAYANG.BYE HUBBY"
From,
Your Love,Adriana."Hubby minta maaf sayang,hubby bodoh sebab sia-siakan bidadari hubby yang selama ini tunggu cinta hubby"kata Tengku Firash sambil meletakkan surat itu ke dadanya.
"Hubby tak akan lupakan sayang sampai bila-bila,itu janji hubby"kata Tengku Firash.
Airmata lelakinya kembali mengalir buat yang ke sekian kalinya.Ini kali pertama dia menangis kerana seorang perempuan.Penyesalannya sudah pun terlambat kerana bidadarinya sudah pergi yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.Tengku Firash tertidur disitu dengan surat dan baju Nurul Camelia di dalam pelukkannya.
POV TUAN ZAMRI
"Abang"panggil Puan Ridza dengan lembut lalu melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya.
"Abang rindu Lia"kata Tuan Zamri dengan airmata mengalir keluar dengan lebatnya.
"Saya pun rindu dia abang tapi kita kena redha supaya arwah tenang dekat sana"pujuk Puan Ridza.
"Abang dah baca surat Lia tu?"tanya Puan Ridza.Sejak arwah Nurul Camelia sudah tiada,suaminya asyik memeluk saja surat tersebut.
"Belum,abang tak kuat nak baca surat ni"kata Tuan Zamri sambil melihat surat itu.
"Bacalah abang,kita tak tahu apa yang arwah hendak sampaikan kepada abang"kata Puan Ridza.
"Tapi saya nak awak teman saya baca boleh?"tanya Tuan Zamri kerana dia inginkan sedikit kekuatan daripada sang isteri.Puan Ridza hanya menganggukkan kepala saja.
YOU ARE READING
1 Bulan Mengejar Cintamu(C)
RomanceTENGKU FIRASH ZIYAD Seorang lelaki yang kacak dan rupawan tetapi sikapnya yang dingin,hati beku,tegas dan panas barannya membuatkan dia ditakuti ramai orang.Kaya jangan dikatakan dia memang seorang yang sangat kaya dan menjadi kegilaan ramai para pe...