"Daripada pada mana kau dengar cerita pasal Soojin ni?"
"Daripada sumber yang dipercayai" Balas Ryun sambil mengunyah makanan
Hampir berjam dia duduk di pejabat Sangyeon. Menceritakan tentang segala perkara yang dia tahu tentang Soojin
Termasuk cara pengurusan Soojin sebagai seorang pemilik sebuah bakery
"Dia tak ada family background. Tak pernah dengar langsung pasal family dia" Info seterusnya ditambah Ryun
"Dan kau ambik keputusan untuk berkahwin dengan orang yang kau sendiri tak tahu asal keluarga yang macam mana?" Sangyeon berdecit
"Itu aku boleh selidik sendiri. Mustahil dia tak ada keluarga"
"Entah entah... Keluarga dia buang dia sebab perangai dia--"
"Ryun kau berhenti cakap benda buruk pasal Soojin boleh?" Pintas Sangyeon dengan nada yang serius
"I hate her"
"She's my wife. Tolong hormat sikit" Ryun mencebik
"Fine!" Pasrah Ryun. Tak mahu bergaduh dengan Sangyeon tentang hal kecil itu
"Aku yakin aku boleh ubah dia"
"Good for you. Sental kuat kuat hati dia yang dah hitam tu" Gumam Ryun menyampah hingga mendapat jelingan padu Sangyeon
"Sorry not sorry" Ujar Ryun selamba. Dia benar benar bencikan Soojin sejak dahulu lagi
Kim Soojin memang sudah dikenali sebagai seorang pembuli dan manusia paling menjengkelkan sejak dulu lagi. Ada saja perkara yang dia akan lakukan
Tapi tak ada pula pihak universiti membuat laporan tentang kes yang berkaitan dengan Soojin walaupun kes tersebut layak melibatkan polis
Tiada sesiapa suka akan Soojin disebabkan perangainya itu
Cruella De Vil nama diberi
"Kau nak aku sambung cerita lagi pasal isteri kesayangan kau tu?" Sangyeon tidak memberi jawapan
Daripada duduk, Sangyeon bangkit untuk keluar dari pejabatnya itu
"Daripada aku layan kau punya merapu, baik aku pergi meronda" Balas Sangyeon
Ryun tidak membatu di kerusi yang sama. Pantas bangkit mengejar langkah Sangyeon
Lee Sangyeon, Pengurus Hotel The Castle. Mendiang bapanya yang berikan tanggungjawab besar itu kepada Sangyeon untuk menguruskan hotel itu bersama dua orang lagi adik beradiknya, Lee Jaehyun dan Lee Juyeon
Ryun pula sebagai seorang pembantu peribadi Sangyeon. Kebanyakan pentadbir di hotel itu merupakan ahli keluarga sendiri. Senang untuk dikawal memandangkan bukan orang luar
Sangyeon menuju ke lift. Hendak turun ke lobi
"Psst... Sumpah ini paling last pasal Cruella tu"
"Dia banyak simpan skandal" Sangyeon sudah hilang sabar. Tubuh dipalingkan kearah Ryun
Malang benar nasib Ryun. Mereka berdua sahaja di dalam lift tanpa jalan keluar itu. Sangyeon pula sudah menunjukkan tanda tanda bahawa lava akan meletus
"Kau memang saja nak robohkan rumah tangga aku ke apa?!"
"Tak Sangyeon--"
"Cukup! Aku taknak dengar apa apa pasal Soojin daripada mulut kau! KEEP YOUR MOUTH SHUT! CLEAR?!" Takut takut Ryun mengangguk sambil mengetap bibir
Sampai di tingkat lobi. Ryun menghembus nafas lega. Kalau tidak, pasti suasana di dalam lift itu menjadi kekok yang teramat
Sejejak sahaja langkah mereka keluar, Sangyeon menghentikan langkahnya. Terpaku sambil mata memandang satu tempat dengan wajah berkerut
Ryun yang hairan lantas memandang ke tempat sama
Jelas kelibat Soojin bersama seorang lelaki sedang berjalan sambil memeluk pinggang ramping Soojin. Soojin pula, meletakkan kepala di bahu lelaki itu
Baru sahaja Ryun hendak menutur kata kata. Tetapi setelah perasan tangan Sangyeon sedang mengepal penumbuk, segala niatnya terbatal
"Ehem... A-aku... nak tengok receptionist kejap. D-diorang panggil tadi" Tipu Ryun. Taktik untuk melarikan diri sebelum gunung berapi berdekatannya itu meletus lantas meleburkan bangunan hotel The Castle ini
"Kim Soojin..."
▲▲▲
YOU ARE READING
𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿ
Fanfiction" Each villian has their own story. Why did they become evil? "