6

71 18 2
                                    

"Ada pertandingan violin dekat dewan rooftop. Kalau awak rasa bosan, pergilah sana dulu. Nanti saya datang ambik awak"

Seperti yang dikatakan Sangyeon tadi, ada pertandingan violin diadakan dekat hotel mewah ni. Aku memang suka alat musik okestra ni. Jadi aku kena pergi

Ting!

Sampai di tingkat dewan di bahagian paling atas sekali. Aku terus keluar daripada lift dan berjalan menuju ke tempat pertandingan itu diadakan

"H-hiks hiks e-eomma..."

"Jangan menangis! Cepat berlatih lagi! Kamu kena menang pertandingan ni!"

"J-jari Hyunie dah s-sakit... Boleh tak kalau Hyunie tak masuk--"

"Tarik diri saat saat akhir tu bukan etika keluarga kita! Violin ni penting dalam family kita. Jangan buat hal! Kalau tak, siapa kamu kena dengan eomma!"

Perbualan antara suara budak kecil dan seorang wanita dipercayai ibu kepada budak kecil itu menangkap perhatian aku

Terus aku cari di mana mereka

Dialog tu

Buat aku teringat sesuatu. Sesuatu yang menyebabkan aku jadi seperti yang sekarang

"Appa hantar kamu ke kelas piano! Tapi kamu ponteng! Tangan!"

Pap!

"H-hik hiks... S-saya tak nak main piano--"

"Etika keluarga kita! Semua ahli keluarga kita buat benda yang sama. Kelas piano tu untuk pastikan kamu jadi manusia yang berdisiplin! Tangan!"

"A-appa... sakit..."

"TANGANN!"

Panjang aku mengeluh. Cuba untuk lupakan kenangan silam ketika kecil itu

Langkah diatur menghampiri dua beranak tadi

Tubuh kecil anak lelaki yang sedang menangis teresak esak aku tarik hingga dia berdiri ke belakang aku. Terus terbeliak mata si ibu

"Siapa awak?!" Tengking dia

"None of your business. Aku nak tanya kau ni. Etika keluarga tu lagi penting daripada bahagiakan anak kau sendiri ke?"

"Soalan apa yang awak tanya ni? Etika keluarga tu penting untuk mendisiplinkan anak anak supaya tak jadi kurang ajar macam awak!" Begitu dekat jari telunjuk dia menunding kearah aku

Satu senyuman sinis aku ukir. Pantas aku menepis kuat tangan dia

"Disebabkan etika keluarga yang bodoh tulah aku jadi macam ni. Anak kau masih kecik lagi. Dia perlukan dorongan untuk membesar. Tapi kau pilih untuk penjarakan hidup dia daripada tunjuk pada dia apa itu dunia! Etika bodoh keluarga kau tu akan ubah dia sendiri jadi buas. Ada banyak lagi cara nak didik anak!"

"Awak tak payah nak ajar sayalah! Saya tahu cara nak didik anak. Hyunie. Kkaja" Baru sahaja dia hendak menarik anak dia tu, aku terlebih dahulu menepis tangan dia

"YAHH!!!"

"Hyunie ah... Benda apa yang Hyunie paling tak suka buat?" Soal aku tanpa memandang budak tu

Mengambil masa yang lama untuk dia menjawab

"M-main violin" Katanya perlahan dengan suara takut takut

"Hyunie suka buat apa?"

"M-main dengan kawan kawan Hyunie..." Balas dia dengan intonasi paling perlahan dan ada getaran di dalam suaranya

Nampak sangat dia takut nak cakap sebab perempuan gila ni!

"Mwoya?!"

"Nampak tak?! Kau paksa dia main violin sebab kau nak dia kejar cita cita kau sendiri sedangkan dia terseksa! Dia budak lagi!"

"Tch!" Tubuh aku ditolaknya lalu menarik tangan anak dia

"Kau siapa nak bagi nasihat dekat aku?! Cuma orang tak beradab. Family kau mesti golongan tak ada adab, kan?"

Pang!

"Soojin!"

Laju sahaja penampar aku melekat pada pipi dia. Terteleng ke tepi kepala perempuan gila itu dibuatnya. Seiring dengan itu, suara Sangyeon memanggil

"Watch your mouth. Aku boleh buat lebih daripada tu kalau tak ada budak depan aku. Kesian anak kau dapat mak celaka macam kau!"

"Sudah Soojin!"

Pergelangan tangan aku disambar Sangyeon. Dia heret aku jauh daripada lorong itu

"Awak ni dah hilang akal ke pergi tampar dia?!" Marah Sangyeon

"Ye memang pun!" Aku rentap tangan aku dengan kuat

Terus Sangyeon mencerlung aku dengan mata tajam. Dia kembali genggam tangan aku

Tetapi kini, seperti tidak mahu dilepaskannya. Cengkaman dia begitu kuat hingga sakit tangan aku dibuatnya

"Lepaslah! Sakit tahu tak?!"

"Behave Kim Soojin. Awak dah melampau"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now