Soojin's Pov
"Dia dah tidur kut"
Akhirnya. Selepas seharian di kedai. Aku dapat pulang ke rumah. Tambahan pula aku saja balik lambat lambat. Untuk pastikan Sangyeon tidur dahulu
Aku taknak kantoi tempat aku bekerja. Sebab ada logo dekat uniform aku
Masuk sahaja rumah, ruang tamu dah gelap gelita. Bertanda Sangyeon dah tidur
Lega aku menghembus nafas. Daripada jalan berjengket, aku terus jalan macam biasa
Ketika aku melintasi sofa, secara tiba tiba lampu ruang tamu terpasang
Plak!
Terang lagi bersuluh susuk Sangyeon disuis sedang bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh
Pantas aku peluk beg menutup logo kedai
"Kenapa awak tak tidur lagi??"
"Kenapa awak baru balik? Bakery awak tu macam kedai mamak ke 24/7? Pukul 4 pagi baru nak balik!" Marah dia
Balik balik kena marah! Asyik asyik nak marah! Aku emo karang, tak pasal pasal perang lagi sekali
"Yang awak nak marah saya ni kenapa? Saya yang penat, awak tak payah nak membebel!" Lawan aku
"Awak peluk beg tu sebab nak sorok logo kedai, kan?" Pantas aku menggeleng kepala
"Mana ada"
Sangyeon menghampiri aku. Beg di dalam peluk dia tarik. Aku eratkan pelukan beg sambil berundur
"Apa awak ni! Tak payahlah tarik tarik!"
"Saya nak tengok logo kedai!"
"No!"
Seperti biasa, aku tak mampu untuk kalahkan tenaga lelaki. Lagi lagi dia kerap ke gym
Sekali rentap sahaja beg aku terlepas daripada pelukan
Laju tangan diletak pada dada. Melindungi logo kedai. Pantas aku jauhkan diri daripada dia
"Kenapa nak rahsia?!"
"Suka hatilah kedai saya!"
"Saya sebagai suami awak, saya kena tahu tempat kerja awak!"
"Pemilik kedai ada hak untuk tak bagitahu!" Lawan aku pula berlari ke belakang sofa. Tangan masih berada di dada. Masih utuh menyorokkan logo
Menyesal aku tak tukar baju tadi!
Baru sahaja aku membuka langkah untuk lari, sepantas kilat Sangyeon tarik bahu aku dengan kuat. Akhirnya, tubuh aku tak boleh seimbang lalu jatuh diatas sofa
Dengan peluang dan ruang yang terbuka, Sangyeon menghempap tubuh aku sambil kedua belah tangan dia tahannya
Kini aku berada di bawah dia sambil kedua belah tangan ditahan. Wajah dia tersangat dekat
Tersentak aku dibuatnya. Tidak pernah seumur hidup ada lelaki berani buat aku macam ni! Sampai aku boleh rasa deruan nafas dia menyapa wajah aku
"Keem Patisseries... Eh? Ini bukan---"
Chup!
Tanpa rasa segan bibir dia aku sambar cepat cepat. Nampak mata dia terkebil. Tetapi beberapa detik kemudian, dia mula hanyut dan membalas
Kedudukan kami sekarang ini memang betul betul bahaya. Tambahan lagi dengan tindakan secara drastik aku. Dengan harapan, dia terlupa apa yang dia baca tadi
Lama kelamaan, aku sendiri hanyut. Pegangan tangan aku dilepaskannya. Tangan dia menukar target iaitu pinggang aku pula. Entah apa yang rasuk aku. Kedua tangan aku singgah pada bahunya. Seolah olah merelakan walaupun ini hanya taktik untuk bagi dia lupa
Selang beberapa saat, aku kembali tersedar pada realiti. Bahu dia ditolak secepat mungkin hingga dia terbangkit. Bila sudah ada ruang, cepat cepat aku lari naik ke tingkat atas
"Sweet. Indeed"
"Fck! SHUT UP!"
▲▲▲
YOU ARE READING
𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿ
Fanfiction" Each villian has their own story. Why did they become evil? "