Soojin's Pov
"Ehem, baby. I nak pergi toilet kejap"
Satu kilas senyuman diukir sambil mengangguk
Apabila dia bangkit dan baru hendak membuka langkah, pergelangan tangan dia aku capai sebelum tarik dia hingga dia tertunduk hadapan aku
Satu kucupan di pipi aku hadiahkan pada dia
"Cepat sikit tau? Nanti I rindu~" Kata aku dengan suara manja seraya mengelus pipi dia
Jelas senyuman nakal diukir di bibir lelaki itu
"Okay sweetheart" Katanya menghadiahkan satu kucupan yang laju di bibir aku
Kemudian, dia beredar ke tandas
Senyuman sinis aku ukirkan sebelum menghalakan pandangan ke bahagian luar restoran hotel
Tempat di mana pengurus hotel ini sedang tercegat memandang aku dengan mata yang berapi. Satu lambaian kecil aku berikan pada dia
Saja aku buat keputusan untuk datang ke hotel ini. Taktik untuk buat Sangyeon benci aku dan tinggalkan aku
Tak sangka pula dia akan nampak dengan mata kepala sendiri apa yang aku buat. Aku ingat, cuma nak sebarkan berita pasal aku je dekat hotel ni. Isteri Pengurus Hotel berfoya foya dengan lelaki lain dekat hotel suami sendiri. Macam tu
Well, this is Kim Soojin's daily life. Keluar dengan lelaki kaya yang aku tak kenal sebab nak kikis duit dia
Kalau dah cantik. Semua benda boleh buat
Dan ya. Aku tak sedar Sangyeon sedang berjalan menghampiri aku
Berdiri di sampai meja makan sambil tangan berada di dalam poket. Aku buat buat terkejut. Konon aku tak sedar kehadiran dia dan konon aku tertangkap
"Omo omo~? Kenapa awak ada dekat sini?"
"Awak nampak bodoh buat macam tu. Tak payah menyindir" Pedas ayat dia berikan pada aku
"Then? What can I help you, mr manager?"
"Nothing... I'm just waiting for someone..." Katanya sambil memandang ke kiri dan kanan. Bila target dia sudah masuk ke dalam kornea mata, satu senyuman halus diukirnya
Entah siapa dia cari
Selang beberapa saat, orang kaya yang bersama aku tu kembali ke meja
"Sorry, kenapa awak berdiri dekat sini ya?"
"You. Dia kacau I!" Aku mengadu pada dia
"Ah jangan salah faham. Saya tak kacau dia. Saya cuma nak bagitahu awak sesuatu" Kata Sangyeon
Aku pula yang jadi curiga dan tertanya tanya apa maksud 'sesuatu' yang dia ingin beritahu
"Perempuan ni, ada HIV" Terus terbeliak mata aku mendengarnya
"Itu saja. Have a nice date" Sempat Sangyeon senyuman pada kami sebelum beredar
"No no. Dia tipu. You, I--"
"Erm... I'm so sorry but I think... I have to go" Telefon yang berskrin gelap ditatalnya konon sibuk
Dia senyum paksa pada aku lalu berlalu pergi tinggalkan aku seorang diri
"Aishhh!"
Buk!
Meja ditepuk geram. Hingga tersentak orang sekeliling gara gara aku
Geram! Bukan sebab orang kaya tu. Aku memang tak peduli pasal dia
Tapi Lee Sangyeon!
"Ahhhh tak guna!"
▲▲▲
"Saya tak semudah tu untuk dipermainkan. Awak dating dengan lelaki dekat hotel saya sendiri. Perlu ke saya cakap sebab apa awak buat semua tu?"
"Apa?! Awak ingat saya saja nak buat awak cemburu?" Sangyeon menghentikan tindakan dia menyelak fail. Wajah diangkat memandang Soojin yang sedang memeluk tubuh. Sekilas tawa kecil dihambur
"Childish behaviour" Gumam Sangyeon
"Tolonglah eh! Tak ada maknanya saya nak buat awak cemburu"
"Okay" Balas Sangyeon ringkas seperti acuh tidak acuh. Sibuk menyemak fail kerja
"Kenapa awak cakap saya ada HIV?!"
"Kenapa? Scandal awak tu lari ke bila saya cakap awak ada HIV?" Soal Sangyeon masih tidak memandang kearah Soojin
"Itu bukan jawapan yang saya nak" Kata Soojin mahu mengelak soalan tersebut
Sangyeon menarik nafas panjang. Fail yang sedang disemak diletakkan atas meja. Kini perhatian dia 100% tertumpu pada Soojin sahaja
"Easy. Kalau orang ingat awak ada HIV, takkan ada seorang lelaki pun akan dekat dengan awak" Jawab Sangyeon bersahaja
"Bila tak ada sesiapa nak dekat awak, saya dah tak ada pesaing" Sambung Sangyeon buatkan Soojin tergelak sinis
"Macam mana awak tahu saya tak ada HIV?"
"Nak check? Jom. Kalau dalam beberapa bulan saya ada simptom aids maknanya awak--"
"PERVERTT!!!" Lantang suara Soojin menjerit sambil mencampakkan beg berjenama Chanel dia pada Sangyeon
"HAHAHAHAHA!" Tawa Sangyeon terhambur riang
"Kita pernah buat ujian HIV sebelum kawin. Kita berdua bebas HIV" Soojin merengus geram
"This your first and last warning. Saya taknak awak keluar dengan mana mana lelaki dah lepas ni"
"Kalau saya nak jugak?"
"Oh, you dont wanna know what happen next..." Ujarnya dengan suara menggoda dan sekilas senyuman misteri
Tertelan air liur Soojin dibuatnya melihat panahan mata Sangyeon itu. Tersembunyi seribu satu makna yang tidak boleh ditafsirkan secara lisan. Tetapi cepat saja Soojin memahami apa yang dikatakan Sangyeon
"Pervert" Kata Soojin. Dia tidak menunggu lama di pejabat itu
Terus mengambil semula beg yang dicampak tadi di atas meja Sangyeon secara kasar. Sempat dia menjeling Sangyeon sebelum beredar
Apabila kelibat Soojin menghilang, Sangyeon mengukir senyuman sambil menggeleng kepala
Tetapi tidak sampai beberapa saat, pintu pejabat itu terbuka semula
Berkerut dahi Sangyeon melihat Soojin masuk ke dalam pejabatnya. Meluru ke sofa dan mengambil tempat di situ
"Kenapa masuk balik?"
"No transport. Awak kena hantar saya balik. Sekarang!" Kata Soojin lebih kepada arahan
"Saya tunggu awak siap. 5 minit. Kalau tak, saya curi black card awak"
Senyuman Sangyeon makin melebar
"Comel"
▲▲▲
YOU ARE READING
𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿ
Fanfiction" Each villian has their own story. Why did they become evil? "