Studio
Irana scroll Twitter dan melihat hashtag yang trending hari ini. Dia baru selesai penggambaran dan sedang menanti pembantunya untuk selesai mengemas untuk pulang.
Trending in Malaysia -
#MariaNoticeMeToo (96 k tweets)
#THAT_SHOULD_BE_ME (50.7 k tweets)
Trending in Entertainment -
#Lucky_Her (16.3 k twees)
Maria Anne trending? Apa yang si witch tu buat sampai trending? Another scandal? Irana ketawa sendiri kemudian dia menekan hashtag untuk membaca tweet yang berkaitan dengan hashtag tersebut.
Saat dia menekan hashtag - #MariaNoticeMeToo ianya membawa Irana kepada satu thread panjang, reply kepada satu tweet dari akaun official Maria Anne.
Tweet yang berbunyi:
"Meet this sweet fan while eating. Thank you for supporting me, Aini. *emoji love*" - @MariaAnneOfficial
Bersama tweet itu disertakan gambar Maria dan Aini yang diambil di restoran tempoh hari. Tweet yang mendapat like berpuluh ribu, reply hampir ratus ribu dalam pelbagai bahasa serta retweet dan quote tweet yang sedang mencanak naik bilangannya.
Tweet yang baru dimuat naik 20 minit yang lalu sudah mendapat reaksi sebegini. Irana membaca pula reply dari tweet itu;
"THE MARIA ANNE remember your name? How lucky! #MariaNoticeMeToo #THAT_SHOULD_BE_ME" - @foreverFamiliar
"Aku nak menangis kat bucu katillah macam ni. Huhu. #THAT_SHOULD_BE_ME" - @darliiiii07
"ラッキー!! (Lucky!!)" - @kirakira
"언니 너무 예쁘다~ ㅠㅠ (Sis, you're so pretty~)" - @ye0nnie
" *google* "How to be notice by Maria" " - @zaiyanxx
Membaca balasan tweet itu buat Irana memegang telefonnya erat.
"Hey, kat luar ada Faeries yang masih menunggu ke? They supposedly tahu kan yang I ada shooting kat sini?" soal Irana pada pembantunya, Haida. 'Faeries' adalah nama kelab peminat Irana.
Haida mengangguk sambil menggalas dua beg di bahunya. Beg yang berisi barang peribadi Irana dan baju-baju milik Irana.
"Great." Balas Irana dan dia bangun dari kerusinya. Dia melihat bayangnya di cermin dan dia tersenyum.
This would do.
+++
Sebaik Irana melangkah keluar dari pintu studio, flash camera dan sorakan serta teriakan kedengaran. Inilah situasi yang sentiasa menyapa pandangan Irana setiap kali dia keluar dari bangunan. Perhatian yang dia dapat dan bunyi shutter kamera ditekan membuatkan dia rasa hidup.
Irana melambai dan makin kuat sorakan mereka. Haida yang turut keluar dari studio cepat-cepat berjalan ke tepi, menjauh dari Irana. Dia tidak mahu berada di dalam kamera peminat Irana.
"Mana Irana?" soal driver van peribadi Irana sebaik pintu dibuka dan hanya Haida di situ.
"Tu. Tengah layan peminat." Kata Haida sambil bibirnya menjuih kearah Irana yang sedang rancak bergambar bersama peminatnya dengan dipisahkan oleh pagar besi. Pagar besi yang pihak sekuriti pasang bagi mengelakkan Faeries menyerbu Irana saat dia keluar dari studio.
"Eh? Tak pernah hayat aku tengok dia ambil gambar dengan peminat. Dia mimpi apa hari ni?" soal pemandu itu kemudian dia ketawa. Haida juga turut ketawa. Biasanya Irana hanya melambai kearah peminatnya dan terus ke van setiap kali dia selesai kerja.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Maria Anne ✅
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...
