SS #1 - The Plan

258 19 0
                                        

 "Maka dengan ini, cadangan kau nak bubarkan SHADOW, ditolak mentah-mentah. We will always be your SHADOW, Maria Anne."

+++

SHADOW Villa

Selepas Maria pulang, mereka berlima masih kekal duduk di ruang tamu. Masing-masing menghadam realiti yang akan mereka hadapi - cuti rehat. Selama lima tahun, ada sahaja perkara yang mereka buat untuk Maria dan beberapa bulan kelakangan ini adalah kemuncaknya. Jadi apabila mereka diberi cuti, masing-masing sejujurnya tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan.

"Sedar tak sedar, dah lima tahun ya kita kerja dengan Maria." Rex memecah sepi antara mereka.

Freya mengangguk setuju. "Aku rasa kekok bila dia kata kita diberi cuti panjang." Dia kemudian ketawa kecil.

"Tapi aku still nak request untuk kekal sebagai bodyguard Maria. Lagipun, aku tak rasa aku boleh buat benda lain selain dari itu." Jiro berbunyi sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Well for me, yang terdekat is that Hafiy ajak aku keluar dengan dia. Dia kata dia ada sesuatu nak bincang dengan aku." kata Theo dan dia menyandar di sofa. Sejak dia dan Hafiy bekerjasama dalam operasi menyelamatkan Maria, sesekali mereka keluar makan bersama Naim dan juga Henry. Ada masanya dia menjadi teman sparring Hafiy.

"Looks like everyone dah ada plan masing-masing." Sambung Freya. Dia kemudian menoleh ke arah Brian yang diam dari tadi.

"Kau, Brian. Apa plan kau lepas ni?" soal Freya. Brian memandang semua yang ada disitu sebaik namanya diseru.

"Erm... kalau aku bagitahu, korang jangan gelak tau." Brian yang selalunya confident kini kelihatan teragak-agak.

First time tengok Brian macam ni! bisik hati kecil Freya.

"Come on! Spill it! Kami janji, kami tak akan gelak." Rex memberi galakan. Semua mata sudah tertumpu pada Brian.

"Aku nak sambung belajar. Medic." Luah Brian.

"Bro!" Rex menepuk bahu Brian. "Aku support kau 100%!"

"Aku pun! Kali ni, habiskan study dan graduate as a real doctor." Tambah Freya.

Theo memandang Brian dan senyum sinis. "Selagi kau tak jadi doktor, aku banned kau dari semua misi SHADOW."

"Mana boleh macam tu!" Brian melawan.

"Brian, fighting!" giliran Jiro pula memberi semangat.

Brian kemudian ketawa sendiri. Dia kira mereka akan pertikaikan keputusannya tetapi dia silap.

"Thanks guys. Then, apa plan kau Freya?" soal Brian dan perhatian kini tertumpu pada Freya.

"Aku plan nak travel." Jawab Freya.

"Ke mana?" laju Theo membalas.

"Not sure yet. Aku tengah suvey tiket flight."

Theo mengangguk faham dengan balasan Freya.

"Rex, kau pula nak buat apa lepas ni?" Brian menyoal Rex.

TING!

Baru Rex mahu membuka mulut, mesej masuk di whatsApp nya. Dia membaca mesej tersebut dan senyum segarit. Dia menaip sesuatu dan menekan butang hantar. Dia kembali memandang mereka yang didepannya.

"No plan. Just follow the flow."

"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Love, Maria Anne ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang