Studio Penggambaran
"That's how much I love you, Luqman. And yet-"
Air mata yang menitik dan mengalir di pipi Maria saat dia mengucapkan kata-kata itu membuatkan dada Hui terasa sempit. Emosi di balik suara yang bergetar namun tenang mengusik hatinya.
"I was there by your side first. I met you first. I know you first. I love you first... But I still lose to your first love huh?"
Kali ini Hui terasa mahu menangis. Wajah tersenyum 'Eva' dengan air mata yang masih mengalir membuatkan Hui sebak. Kesakitan 'Eva' melihat orang yang dicintainya memilih orang lain selepas apa yang dia korbankan untuknya membuatkan Hui menarik nafas dalam. Kesakitannya sampai ke lubuk hatinya.
Fuh I almost cry. bisik Hui. Dia melihat keliling dan beberapa kru penggambaran sudah ada yang mengesat air mata.
"Hui, watch properly later. The reason why I'm at the top of this chain, even higher than your beloved Irana."
Dia tak cakap kosong bila dia cakap macam tu. Hui memandang ke arah set penggambaran. Pengarah sudah melaungkan 'cut' dan penggambaran sudah tamat namun tiada pergerakan dari mereka di set. Maria masih menangis dan Daim memandang Maria, tidak tahu mahu buat apa.
Tiba-tiba seorang lelaki bersut hitam berjalan masuk ke set bersama sehelai sapu tangan, dan terus menuju ke arah Maria.
"What a cruel scene. Does it remind you of the old time, my dear? Should I change it for you?"
Kata lelaki itu sambil menghulurkan sapu tangan yang dibawanya. Maria mencapai sapu tangan tersebut dan mengesat air matanya.
"Stop acting nice, Louis Aryan. It's sickening." Kata Maria separa berbisik dan mengembalikan sapu tangan yang telah digunakan.
Louis ketawa sambil memasukkan sapu tangan itu ke dalam poket sutnya.
"You never disappoint me." balas Louis dan tawanya mati.
Maria keluar dari set dan terus menuju ke green room tanpa mengendahkan staf dan kru penggambaran. Fiffy laju mengekori Maria namun Hui masih statik di tempat dia berdiri, memandang ke arah Louis yang menarik seluruh perhatian di studio itu kepadanya.
"Sir Louis! Saya tak expect sir datang melawat hari ni. Kalau saya tahu sir nak datang, I will prepare a banquet for you." kata pengarah teruja.
Kata-kata pengarah langsung tidak terdaftar di telinga dan matanya mengekori belakang Maria yang menjauh sehingga ianya hilang di balik pintu. Selepas pintu ditutup barulah dia memandang pengarah di depannya ini.
"Siapa scriptwriter cerita ni?" soalan Louis buat pengarah terkebil-kebil. Louis langsung tidak mengendahkan kata-katanya dan terus bertanya tentang scriptwriter.
"Is there any problem with the rating sir?" soalan Louis dibalas dengan soalan oleh pengarah. Babak yang dilakonkan tadi adalah untuk drama yang sedang ditayangkan di televisyen dan juga online streaming platform.
Drama yang bertajuk; 'Saat Cinta Hadir' atau 'When Loves Come' lakonan Irana Putri, Daim Khan dan Maria Anne mendapat sambutan hangat tidak hanya di dalam negara malah di luar negara. Rating drama mencanak-canak naik di setiap minggu penayangannya dan sentiasa trending di sosial media.
Jadi kenapa sir tanya tentang scriptwriter? Desis pengarah. Dia memandang Louis yang juga merupakan investor utama dalam drama ini.
"No. The rating was superb but I have a little problem with the scene just now." Jeda seketika sebelum Louis menyambung;
"So...who wrote that?" soal Louis dengan nada tenang dan senyuman namun matanya tajam mencari scriptwriter dari kalangan kru yang berdiri di belakang pengarah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Maria Anne ✅
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...
