Studio Penggambaran
Green room Maria
"Kau dah makan sarapan ke belum? Macam tak berusik je aku tengok." Soal Hui sebaik dia kembali dari pantri. Awal pagi lagi Fiffy menelefonnya untuk dia terus ke lokasi studio penggambaran. Jadi Hui memasak dan membawa bekal untuk Maria ke studio ini. Sarapan pagi ini roti wholemeal dengan scrambled egg. Dia turut sediakan green tea untuk Maria.
"Dah." Jawab Maria pendek sambil dia fokus pada skrip di tangannya. Tapi Hui yakin Maria hanya makan setakat satu suap je.
"Cik Maria, I need to do your hair and make up." Panggil Helen.
"Alright." Maria bangun dari sofa dan terus ke kerusi di depan cermin. Hui tinggal sendirian di sofa itu. Dia menutup Tupperware bekal tadi.
"I thought you will quit after what had happened that day." Satu suara lelaki yang menyoal buat Hui menoleh ke kanannya.
"Well... for personal reason, aku masih di sini." Balas Hui dan lelaki itu ketawa.
"Then you are one tough guy. If it was me, memang aku resign on the spot. Lagi-lagi lepas semua cerita yang tersebar tentang aku. By the way, aku San. From Maria's stylist team." San memperkenalkan dirinya kepada Hui.
"Hurul Iman, Hui for short. Dietician." Hui turut memperkenalkan dirinya.
"Tapi cerita apa yang tersebar tentang kau?" soalan Hui buat San tepuk dahi.
"Bukan aku. Tapi kau. Kau seriouslah tak tahu apa yang orang kata tentang kau selama kau kerja dengan Maria?"
Hui menggeleng.
"Uwah patutlah. Meh aku bagitahu. Almost all Fly High worker kata yang kau ni-"
Kata-kata San dipotong dengan pintu bilik yang dibuka. Fiffy masuk ke dalam dan diikuti oleh Daim Khan.
Semua mata terbeliak melihat Daim Khan yang melangkah masuk. Fangirl mood on. Staf Maria sudah berbisik sesama sendiri dan mencuri pandang ke arah Daim yang sepertinya sedang berbincang sesuatu dengan Maria.
"Dia hero cerita ni ke?" soal Hui pada San. San mengangguk.
"Oh ni first time ek kau kat join shooting cerita ni?" soal San dan kali ini Hui mengangguk.
"Then aku nak tanya. Siapa pelakon wanita kegemaran kau?"
"Irana Putri of course!" jawab Hui penuh semangat dan San senyum.
"Jadi siapkan jantung kau. The fairy will ascend later."
+++
Mulut Hui ternganga. Irana Putri yang selama ini hanya dapat dilihat melalui skrin televisyen, kini berada di depan matanya. Irana yang di televisyen dah cantik tapi bila tengok depan-depan berlipat ganda cantiknya. Hui hilang kata-kata.
Dia melihat Maria dan Irana yang sedang melakonkan babak di set penggambaran.
Seriouslah, berapa bajet cerita ni? Semua pelakon A-list dia sapu. Desis Hui.
Babak yang sedang dilakonkan sekarang adalah babak di mana Eva (lakonan Maria) terlantar sakit di katil hospital, di wad kecemasan. Luqman (lakonan Daim) menemani 'Eva' di wad itu, menanti IV drip habis. Dan saat ini Kamelia (lakonan Irana) akan masuk.
Tirai yang menutup katil 'Eva' disentap kuat dan wajah 'Kamelia' muncul di situ. Dari ekspresinya jelas dia sedang marah.
"Eva! Berapa kali aku bagitahu kau. Jangan libatkan Luqman dalam urusan peribadi kau!" kata 'Kamelia' pada 'Eva' yang sedang berbaring di katil. 'Eva' berpaling menjauh dari 'Kamelia'.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Maria Anne ✅
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...
