Amour de mavie

7 4 0
                                    

Yes,
Akhirnya,
sekian lama,

Mata memerhati,
ucapan dalam doa tak henti,
perasaan yang tetap menanti,

akhirnya, Ya akhirnya,
kau yang ku nanti,
telah datang memberi hati,
aku seakan amnesia,

bila atau kapan hatimu terpalit dalam hati ku, aku tak perasaan mungkin juga kerana fokus ku padamu terlalu tinggi. Bahagia bukan? bila dia, Ya dia. Itu dia. Memang dia. Sudah berjaya kau miliki. Yes. Tapi untuk menyangkal segala persalahfahaman, ini bukan contest yang aku cipta dalam ruang tamu mindaku, dan aku tak set seberang setting. Ini perasaan ikhlas, yang tak semua aku beri.
Termasuk mereka pada masa lalu itu. Boleh dikatakan, Dia amour de mavie. Boleh translate, kalau yang dah faham tu. Ya kita geng, Geng pencari kata sweet untuk sang buah hati. Ha ha ha, well effort comes first kan?

Setiap usaha payah ku mendatangkan hasil yang lumayan. Ops sekali lagi ini bukan pasal duit.

Aku dan abang cafe itu brotherhood, Aku selalu mengirimkan pesanan pada abang cafe itu untuk membuatkan kau mocha yang paling sedap dan berkhasiat,  ya mocha kegemaranmu sedangkan aku pula kappucino. Bezanya hanya nama tapi tetap bersifat kafein. 

Selainku titipkan pesanan Membuatkan kau mocha terbaik, aku juga sempat menghadiahkan kau puisi hasil karya yang aku luangkan masa 30minit sehari untukmu yang selalu ada disebelah cawan mocha  milikmu. Meskipun kertasnya tak bernilai apatah lagi isi dalamnya mungkin bagi kau tak sehebat shakespeare ataupun picisan. Namun itulah aku, lelaki yang mengunakan old ways untuk mencuri hatimu.

aku sering mencuri pandangan dan senyuman suka mu disebalik tingkap Cafe itu,

Manis. Itu mendefinisikan kau.

Lihat, hari ini aku bersama si manis. Hai.

usah aku cerita sebanyak mungkin,
cuma sedikit information yang mungkin kamu perlukan.

Dia akhirnya berjaya memberkas ku dalam serbuan bertanya kepada abang cafe itu siapakah dia insan yang selalu memberikan puisi disebalik mocha nya selama 35hari ini.

Sekali lagi aku menekanKan disini, Bahawa, aku sweet. Mana nak cari puisi free sebanyak 35kali disebalik mocha pula tu  dan bukan atas kiriman dari kawan kawan. See? Betapa vintage nya aku. Limited Edition kata omputih, dalam melayu translate nya "jangan lepaskan peluang" .

Dan tanpa segan silu, Abang cafe yang mungkin sudah muak asyik nampak muka alah alah plastic surgery ni datang ke cafe dia pun memberitahu siapa aku dan mengapa aku berbuat sedemikian.

The point is i got Caught. ah!

Bila aku ingin memberikan puisi yang ke36 kali, aku tersentak.
Betul, aku tersentak. Ini bukan masa free time dia, selalunya dia ke economic class dan jika tiada pun, dia akan tetap di asrama dan hanya akan keluar pada waktu 4pm.

Aku pura pura tidak memandangnya. Hm

Tapi aku dapat lihat dari tepian mataku, sekujur tubuh datang dan menyapa. "Hai con amour " kerana di setiap akhir ayat dipuisi itu aku selitkan con amour yang bermaksud "with love" menjadi nama sapaan terhadapku.

Aku gelisah.
apa nak dibicarakan?
aku hanya berani melalui pena,
bukan dari pertuturan.
Tolong aku.

"hai katanya lagi"
dan untuk itu, aku tak boleh membiarkan Hai tak berjawab itu. Kasihan dia, dia kan cinta hati.

"Hai"
Dushhhh! Komunikasi terjalin,
aku memberitahunya segala hal.
Aku ingat dia akan menolak, tapi rupanya disebalik muka "no" terdapat "yes" juga diakhirnya.

Setiap sabtu aku akan ke cafe berssamanya, Macam biasa aku Mocha dan dia Kappucino. Eh? Ya. kami berganti, Dia ni salah satu masterpiece yang sweet lah boleh dikatakan. Kerana acara minuman terganti ini semua idea milik ibu pejabat mindanya. Dialah,

Yes, dia yang mengatur semua janji temu kami. Dari Cafe ke taman bunga, ke jogging, dan pada musim cuti, Kadang aku dijemput bermakan malam bersama keluarganya dan terkadang juga aku membalas balik membawanya makan malam bersama big familyku. Yes direstui.

Sudah 452Hari bersama si comel ni, ku gelar dia, kerana Comel sekali lagi mendefinisikan dia.
Keriangan terus menyebelahi hubungan kami, dan doaku supaya dia selalu dibawah lindungan Allah juga tak putus putus. Pernah sekali dia sakit, tak masuk U balik selepas cuti seminggu dan ambil masa seminggu untuk recovery sebab demam dia naik. Aku susah hati, kenapa dia. Tapi macam aku selalu katakan, dia masterpiece terunggul. Tetap dengan muka kurang maya itu, memberikan ku nafas lega. Katanya "Demam ni sebab kena jaga orang besar macam you"
Hahaha, mungkin lega sedikit tapi masih terselindung resah didada.

Hai yang dah lama pergi,
hari ini aku ceritakan kembali,
Saat kita dulu,
yang ceritanya kau tak habis mainkan wataknya sampai habis.

Maksudku, kau dulu pergi dariku, tanpa menghabiskan jalan cerita yang kita imaginasikan untuk dijalani . Aku fikir Kesembuhan kau selapas satu minggu itu sudah beransur pulih dan akan kembali bermanja di ruang waktu bersamaku.

Sekejap saja kau ceria, ketawa, memujiku, menyakatku dan meneguk 3kali cawan mocha dan 3kali meneguk kappucino tapi pada kali terakhir, kau malah pinta Latte, kafein yang rendah tapi yang paling terbaik diantara semua. Aku hairan, kenapa bukan kappucino atau Mocha? kau kata "aku ingin mencuba yang baru, sebelum aku pergi" aku tersentak mendengar jawapan darimu. Aku hanya ingin mendengarkan cuba yang baru dan selainya aku tak mahu menghiraukanya . Dan untuk itu, aku patuh dan berfikir secara positif sahaja.

Sekejap saja, sedikit waktu yang terbina, secebis kenangan saja yang baru kita ciptakan.

Jujur aku rindu.
Tak sempat aku melafazkan "aku terima nikahnya" tak sempat aku berkeluarga bersamamu, yang akan selalu ada disebelahmu, bila kau ingin tidur pada waktu malam dan buka mata bila waktu pagi sudah menjelang.

Aku ikhas menerima mu dalam hidupku, dan aku juga akan redha melepaskanmu.
Hari ini masuk ke 200hari kau berada disana.
Al-fatihah

Aku rindu.

unspoked storyWhere stories live. Discover now