Yey akhirnya!

8 4 0
                                    

Oh iya, ini aku perkenalkan.
Mari aku tunjuk,

Si gadis chuck taylor.
Ya, bukan juga jutawan,
Tapi bukan juga si pemakan kais pagi dan kais malam,
Ya, ini dia.

Nakal namun pendiam.
Baik namun tegas.
Gadis lucu namun pandai.
Dia, Gadis Abnormal.

Gadis seperti dia,
Memang rare,
Bukan hanya pada sikapnya yang imut dan comel itu,
Tapi juga hatinya,.
Untuk satu dekad yang lalu,
Dia kehancuran hati.
Hancur. Parah. Pedih.

Ditipu dan ditinggalkan tanpa sebab.
Rupanya? Kerana orang ketiga.
Biarkanlah. Dia malas untuk membahaskan sisa hidup yang terbuang dan tidak berguna itu bersama si lelaki durjana.

"Jika kau tidak mampu menambahkan kebahagiaannya, kenapa harus kau adds up some derita dalam hidupnya?" This not fair!

Baginya,
Cinta itu ada,
Dan masih innocent,
Cuma,
Ya seperti yang kau lihat di kaca televisyen kini, tidak semua para hati patah itu mampu bercinta lagi. Mungkin fobia atau serik. Bak kata lagu Maya karin "Serik dengan Cinta, ku tak mahu cinta, lagi"

Mempunyai kawan dan keluarga apatah lagi makanan boleh membuatkan perkataan "teman lelaki" itu halimunan bahkan ada yang sampai melupakan.
Wauh, hebat sekali.

Namun dalam tak sedar,
Hati mulai bertaut pada yang tidak menyedari. Ya, dia.
Dia yang meminati si gadis Chuck taylor itu. Aku meminatinya sejak kali pertama aku melihatnya kira kira 4tahun yang lepas. Dan mulai berteman mesra denganya pada 2tahun ini. Ops, hanya kawan biasa. Maksud aku, aku adalah diantara 6 sahabat karibnya, ya aku. Hai,

Aku ada dikala dia suka&duka, berketawa bersamanya, menangis teresak bersama. Mungkin mereka yang lain tidak merasakan apa apa getaran di hati, kerana selain kami berdua, semuanya sudah berpunya.
Tapi aku different, aku meminatinya juga mencintainya dalam diam. Semua itu aku buktikan, dengan sentiasa berada disana bila dia memerlukan, sentiasa ada tanpa perlu dia ucap "tolong?" Tak usah. Aku akan ada. Disini tepat dimatamu.

Selama itu aku menyimpan perasaan, tiada sedikitpun keberanianku untuk mengungkapkan rasa.
Wuh, aku bukan sahaja takut tak diterima, tetapi sebagai insan yang rapat denganya aku dapat tahu masih ada sejarah hitam itu menghantuinya, Hm.

Apa yang lebih teruk sebenarnya,
Suatu hari aku digemparkan berita,

"Buddyz! Akhirnya, aku mula jatuh cinta lagi"

Tersentak aku mendengarnya. Ah? Aku pura pura bertanya soalan bonus yang sudah pastinya tiada Rm1 atau 2 mahupun 5 yang akan diberi.

"Siapa? Aku ?"

Gugup sebenarnya. Gulp!

"Ye"

Mataku membulat? Hah?! Serious?
Seakan dia dapat meneka dari riak wajah ku yang terkejut. Dia melanjutkan jawapanya,

"Kau tak perlu jadi yang special. Kerana kamu berenam sudah lama menjadi special dihatiku. Lelaki yang dulu juga."

Hm. Jawapannya masih sebagai teman . Lagi aku susah untuk berterus terang. Its sooooo okay.

"Lekaki mana?"

Aku pada mulanya marah apabila dia memberitahu siapa nama lelaki itu dan siapa dia! Ya dia, lelaki itu yang membuatkan hatinya hancur hari hari yang kelmarin itu.
Asbabnya dia menerima lelaki itu untuk kali kedua, kerana dia dapat lihat jauh disudut hatinya dia masih sayang terhadap si dia dan menyakini bahawa lelaki itu sudah berubah.

Hati kalau already sayang,
Apa dia buat,
Kejam atau baik,
Kau tetap akan terima.
Itulah mengapa cinta itu buta,
Selepas sudah sayang,
Kamu akan buta.
Buta mata, buta telinga.

Aku pada hari itu langsung tak bermaya. Terasa jauh disudut hatiku, terdapat sakit yang teramat.
Aku akhirnya pulang, sebagai lelaki. Aku tidak mahu menunjukkan riak sedih, malah apabila wajah ku ketat aku hanya mengatakan kepada dia,

"Tak lama lagi exam. Need to focus on my study"

Ya, aku tau dia mungkin terkedu. Selama ini akulah orang yang menjadi pendengar setianya. Hm

Setibanya aku dirumahku syurgaku. Aku terus masuk ke kamar mandi, makan sesuap seduasuap setigasuap. Habis.

Aku terus berlari kebilik kerana sakit yang teramat dihatiku. Dush!
Aku menghumbankan diriku dikatil serba empuk itu,
Air mata yang aku tahan dari siang tadi akhirnya jatuh juga.
Aduh sakit buanget.

Aku terfikir satu solusi untuk sakit yang tak terluah itu, aku set kan alarm ku pada jam 3pagi, dan terus tidur dalam tangisan yang memenatkan itu.

Sebangunnya aku pada pagi itu,
Aku berdoa dan meluah pada yang Esa, Allah yang satu. Aku meluah bermacam macam, menangis sepuas ku, sampai pada akhirnya aku ketiduran ditikar sembahyang itu. Doaku,

jika ini yang terbaik buat dirinya. Aku akan gembira dan menerima semua ini dengan hati yang terbuka. Andai tiada jodoh, pasti ada hikmahnya yang indah disebalik sakit ini. Amin

Paginya aku seakan bukan si lelaki yang kelmarin kali ini, aku lebih ceria pada kawan kawan ku termasuk si dia. Ya, kini aku redha dan persahabatan akan tetap berlangsung seperti biasa! Yeah hehehe terima kasih ya Allah.

Selepas itu, hanya aku yang tidak berpunya. Aku juga senang melihat si dia tersenyum kembali dan aku tahu disebalik senyuman setiap waktu itu kerana kami berlima dan lelaki itu dihatinya. Hehehe

Semoga kelima lima kawan ku ini, menikmati zaman percintaan mereka dengan diakhiri duduk dipelamin bersama suatu hari nanti, Amin.

Aku hanya menanti jodohku.
Hm, apa yang sedang dia lakukan?
Apa makanan kegemarannya? Hmm. Sabar ya, mungkin kau?
Yang tengah membaca ini? Tapi maaf kalau anda lelaki. Minta maaf. Ladies? Hehehe

Bye Assalammualaikum.

unspoked storyWhere stories live. Discover now