🌻 BabyBoy 12

3.5K 191 1
                                    

ENJIN kereta dimatikan Nayden usai kami tiba di hadapan banglo milik orang tuaku. Tali pinggang dibuka Nayden, lalu dia memboloskan diri, keluar dari kereta menuju ke arah pintu bahagian tempat dudukku. Aku pula, sekadar menanti Nayden untuk melakukan kebiasaannya yang satu itu.

Jangan fikir Nayden tak pandai bawa kereta ya. Selama ini, memang Nayden yang selalu pandu kereta jika kami keluar berdua. Cuma, Nayden yang terlalu pemalas sampai nak keluar rumah sendiri pun jarang.

Katanya, dia suka duduk rumah sebab boleh bermanja denganku. Ceh!

Aku tersenyum apabila Nayden membuka luas pintu kereta kepadaku. Lelaki itu mencapai beg tanganku dengan senyumannya yang comel itu, lalu beg tanganku disangkut ke bahunya. Tanganku ditariknya lembut.

Aku menurut saja. Penat nak bercakap setelah melalui perjalanan yang memakan masa hampir tiga jam itu. Lenguh satu tubuh aku dibuatnya.

Kami berjalan berpimpinan tangan ke arah pintu rumah. Punat loceng berdekatan pintu ditekan Nayden. Tak sampai seminit pun lagi, pintu itu sudah terbuka, menampakkan susuk tubuh ayahku.

"Ayah!" ayah tak sempat nak proses apa-apa, aku sudah mendakapnya erat.

Ayah terkejut, namun tak lama selepas itu dia ketawa halus. Terhibur dengan gelagat keanak-anakanku yang tak pernah luntur walaupun aku sudah berkahwin.

Macam mana nak hilang sifat itu kalau aku ni memang asli anak ayah?

"Ayah! Aisya rindu ayah" aku mengadu manja. Wajah tua ayah aku tatap mengada.

Rindunya pada ayah. Sudah hampir beberapa bulan tak pulang ke kampung. Maklumlah, aku punya tanggungjawab terhadap suami serta kerjaku. Jadi, untuk pulang bertemu orang tuaku memang bergantung kepada jodoh sajalah jawabnya.

"Ayah pun rindu dekat Aisya" ayah menjawab lembut. Tangan tuanya itu mengusap lembut wajahku.

Aku rasa sebak pula. Perilaku ayah sama seperti Nayden. Tapi, rasanya tetap berbeza jika ayah yang memanjakanku begini. Rasa hangat dan sangat disayangi.

Dengan Nayden, aku rasa duniaku selamat. Tapi dengan ayah, aku rasa duniaku cukup sempurna dan tiada cacat cela. Rasa sangat cukup.

Ayah tersenyum saja melihatku, sebelum matanya beralih memandang Nayden yang tersenyum di sisiku. Sedar diri diperhati, Nayden maju menyalam tangan tua ayah.

"Ayah sihat?" soal Nayden. Senyumannya kekal di bibir.

Ayah yang memang memahami bahasa isyarat Nayden mengangguk perlahan bersama senyuman di bibirnya. Ditarik perlahan tubuh Nayden ke dalam pelukan.

"Menantu ayah sihat tak?" lembut ayah menyoal.

Nayden laju saja mengangguk. Pelukan dileraikan, lalu lelaki itu menarik tanganku dan ayah masuk ke dalam rumah.

Masuk saja ruang tamu, aku lihat ibu sedang menuang air ke dalam beberapa gelas di atas meja kecil. Mungkin belum sedar akan kehadiranku dan Nayden di sini.

"Assalamualaikum, ibu" aku bersuara riang.

Terus ibu angkat kepala. Muka dia nampak sangat terkejut, tapi selepas itu ada senyuman terukir pada wajah ibu. Laju dia bergerak mendapatkanku dan Nayden.

"Aisya! Lamanya tak jumpa anak ibu ni!" ibu meriahku dan Nayden serentak ke dalam pelukannya.

Pelukan dileraikan, namun dia berpaut pada lengan Nayden. Tersenyum ibu melihat menantu sulungnya itu.

"Terima kasih, Nayden. Sebab datang jenguk ibu dengan ayah" ujar ibu.

Nayden yang emosional itu memang tak tahan air mata, terus peluk ibu sambil menangis di bahu ibu. Ibu pula ketawa saja melihat gelagat menantu lelakinya yang dia sudah sedia maklum memang seorang yang manja dan cengeng.

Macam dia pula anak ibu.


***


AKU menapak keluar dari ruang dapur. Mata meliar mencari keberadaan Nayden yang hilang bersama ayah sebentar tadi. Cari punya cari, ternampak pula mereka berdua tengah berborak di pangkin rumah.

Niat di hati mahu ajak makan tengah hari, tapi apabila mendengar ayah berkata sesuatu yang kedengaran serius pada Nayden, aku berhenti, tukar fungsi telinga sebagai kuali.

"Ayah tengok, Aisya nampak gembira dengan kamu. Terima kasih sebab dah jaga anak ayah dengan baik" ayah usap bahu Nayden.

Nayden tersenyum nipis "Saya sayang Aisya lebih daripada nyawa saya sendiri, ayah. Saya dah janji nak bahagiakan dia sampai akhir hayat saya. Sebab Aisya seorang je yang tak pandang serong pada saya. Walaupun saya tak sempurna sebagai suami, tapi Aisya tetap setia dengan saya walaupun dia boleh dapat yang lebih baik daripada saya" luah Nayden. Aku nampak dari pandangan matanya, aku nampak kejujuran di situ.

Ayah kulum senyum "Nayden... tak nak buat rawatan fisio?" terdiam Nayden.

"Ayah bukan apa. Ayah tanya sebab ayah tahu, kalau satu hari nanti ditakdirkan kamu berdua ada anak, mesti kamu teringin nak azankan dia, iqamatkan dia, kan?"

Nayden mengangguk perlahan.

"Ayah tahu, sebab ayah pun macam tu bila Aisya lahir dulu. Kasih sayang seorang ayah tu kuat sangat, sampai ayah kalau boleh tak nak Aisya membesar. Tapi tu lah, dah kahwin dah pun anak dara ayah tu" ayah menggeleng perlahan.

Aku kemam bibir, tahan rasa mahu menangis. Kata-kata ayah buat aku terimbau kenangan kecilku dulu. Di mana ayah sentiasa ada di sisiku untuk menyokong setiap pencapaian dan minatku.

"Ayah doakan semoga Nayden dengan Aisya bahagia sampai syurga. Tentang rawatan tu, terpulanglah pada kamu. Ayah yakin, macam mana pun keadaan kamu, Aisya takkan tinggalkan kamu" ayah akhiri nasihatnya dengan tepukan lembut pada bahu Nayden.

Ayah berkata sesuatu yang tidak jelas pada Nayden, sebelum ayah berlalu pergi meninggalkan Nayden yang tersenyum seorang diri. Aku pantas saja mendekati Nayden sebelum melabuhkan duduk di antara kedua-dua kakinya yang terbuka. Pinggangnya aku peluk erat.

"Sayang..." rengekku. Hidungku rasa pedih menahan tangis.

Nayden tertawa halus melihatku begitu. Hidung merahku dikucupnya sekilas.

"Ini mesti awak curi dengar apa yang ayah cakap dekat saya, kan?" tebakan Nayden sangat tepat! Memang Nayden sudah hadam dengan perangaiku yang satu itu.

Aku menggumam manja. Aku sembamkan wajahku pada dadanya, lalu aku gesel perlahan. Lehernya aku paut erat.

"Awak ni, kan? Guna bahasa isyarat pun, boleh lagi awak buat saya terharu macam ni. Sampai hati..." aku muncungkan bibir, saja nak buat Nayden serba salah.

Ceh! Dia lagi gelakkan aku ada lah.

Nayden lingkarkan kakiku di sekeliling pinggangnya. Tubuhku dipegang kejap, lalu dia bangun dari duduknya, mendukungku, membawaku masuk semula ke dalam rumah.

Aku menekapkan telingaku pada dadanya. Laju! Sungguh laju. Tanda cinta Nayden padaku memang benar dan tidak palsu. Aku yakin itu.

"Saya cintakan awak juga" aku cium lehernya sekilas.

Nayden ketawa kecil. Wajahnya meruap merah buatkan aku tersenyum suka. Comel!

- to be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- to be continued

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now