Keesokkan paginya...
Mereka berempat memandang pelik ke arah lebih 20 orang maid mereka masuk ke dalam bilik bersalin sambil membawa 40 Dress yang berbagai warna.
Estella menelan air liur.
Pahal aku rasa tak sedap hati " kata Estella. Raini , Hazel dan Roselle mengangguk setuju dengan kata Estella.
Duke berdiri dihadapan pintu sebelum tersenyum.
Ayah apa semua ini?" Tanya Estella. Duke tersengih sebelum mengosok kepala Estella.
Ayah nak Putri-putri ayah di majlis nanti cantik jadi ayah nak kamu semua cuba semua dress ini cari mana yang sesuai untuk kamu dan untuk makeup pun sama " kata Duke sambil tersenyum puas . Keempat mereka membulat mata. Alex hanya mengeleng. Dia berdiri agak jauh dari putri dan duke memandang kan Duke sendiri menyuruh nya berdiri jauh dari putrinya disebabkan hal hari itu.
Ayah gurau je kan?" Tanya Hazel. Gila kau nak cuba 40 dress?? Masukkan 2-3 dress pun dah penat.
Duke Eddie tersenyum manis lalu mengeleng.
Goodluck!" Kata Duke Eddie lalu menutup pintu.
Putri" dan mula lah para maid mengelilingi mereka berempat.
Argh!
Dan jeritan terakhir mereka sebelum ditarik oleh para maid untuk mencuba 40 dress
_______
Duke Eddie menghirup air kopi dibilik minum petang. Dia menunggu jam untuk dirinya dan Putri-Putrinya untuk turun ke majlis di istana nanti.
Dia sudah bersiap awal dari tadi sekarang dia hanya menunggu putrinya.
Duke. Kereta kuda sudah sedia" kata Alex yang datang dari luar . Duke Eddie hanya mengangguk. Dia mengemas kotnya sebelum berjalan keluar dari bilik. Kakinya diarahkan ke luar pintu dimana kereta kuda menunggu .
Putri mana ?" Tanya Duke Eddie pada Alex.
Mereka sudah siap. Nanti mereka turun " kata Alex lagi. Duke Eddie tersenyum sebelum mengangguk.
_______
Estella menghempaskan punggungnya atas katil miliknya. Dia mengeluh . Akhirnya mencuba 40 dress sudah selesai dan mereka sudah memilih mana satu diguna.
Dia masih memandang ke arah Hazel dan Raini dimakeup oleh para maid . Manakala Roselle pula sedang melihat penampilannya dihadapan cermin.
Estella mengetuk dagunya. Dia seakan lupa sesuatu perkara yang paling penting .
Matanya memandang ke arah meja kecil ditepi katilnya. Dia membuka laci meja tersebut sebelum menjumpai dua pasang pisau belati. Dia memegang ukiran dipisau belati tersebut. Cantik.
Maybe ini kepunyaan Estella yang sebenar. 'bisiknya perlahan.
Dia memandang sahabatnya yang masih busy. Sebelum memandang ke arah pisau belati sekali lagi.
Dia terus mengikat kedua dua pisau belati tersebut dipaha dan disembunyikan disebalik dressnya.
Sediakan payung sebelum hujan' bisiknya sambil senyum.
Es. Jom" sampuk Roselle. Estella memandang ke arah Hazel dan Raini yang sudah bersiap. Estella mengangguk sebelum mereka berempat berjalan ke arah Duke Eddie yang menunggu mereka.
Duke Eddie yang perasaan akan kehadiran para putrinya tersenyum. Begitu juga Alex.
Macam mana?" Kata Hazel sengih. Duke Eddie terus mengangkat ibu jarinya.
Cantik putri-putri ayah!" Kata Duke Eddie dengan ikhlas. Mereka berempat hanya ketawa kecil.
Tuan putri naik kereta kuda yang putih itu manakala saya dan duke akan naik yang hitam " kata Alex. Estella mengangguk sebelum mereka berempat berjalan ke arah kereta kuda ditunjuk oleh Alex.
Masuk je ke dalam kereta kuda mereka terus bergerak.
Oi aku nervous " kata Hazel. Roselle mengangguk tanda setuju.
Semua orang nervous ! Ini pertama kali kita pergi majlis macam ini!" Kata Raini pula. Estella tersengih sebelum dia termenung sekali lagi.
Kenapa ?" Tanya Roselle pada Estella. Estella memandang ke arah sahabatnya.
Aku rasa macam aku lupa something. Tapi aku tak tahu apa benda itu. Aku rasa macam benda itu penting sangat" kata Estella serius. Mereka tiga hanya diam.
Jangan banyak pikir sangat Es. Perlahan-lahan. Harini kita dapat lihat babak dimana heroin dan hero berjumpa!" Kata Hazel yang cuba untuk mengembirakan hati Estella. Estella yang mendengar tersenyum.
Alright!! Akhirnya kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri" kata Estella pula. Mereka terus ketawa kecil.
Wei wei tengok! Cantik nya istana!" Kata Raini sambil dia melihat dari tingkap kereta kuda.
Wow" serentak mereka berempat cakap.
Sampai dihadapan pintu istana ,Raini terus membuka pintu kereta istana . Kelihatan Duke Eddit dan Alex sudah menunggu mereka berempat dihadapan sambil menghulurkan tangan.
Mereka berempat tersengih melihat .
__________
Ivan menyandarkan belakangnya di dinding. Tanganya pula dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Matanya pula mula memandang sekelilingnya.
Dia melihat ke arah kawannya yang sibuk bercakap antara satu sama lain .
Ivan nah" Ryder memberikan segelas wain pada Ivan. Ivan mengangguk sebelum mengambil.
Kenapa? Kau cari Putri Duke ke?" Tanya Ryder sengih. Ivan hanya membuat muka.
Tak. Aku tengah berjaga " kata Ivan sambil menghirup wain.
Hmm yelah " sengih Ryder.
Oh Knight !" Mereka berempat memandang ke arah suara yang memanggil mereka. Kelihatan seorang lelaki berusia dan seorang gadis dibelakangnya berjalan ke arah mereka.
Sir Jayden " Felix membalas senyuman Sir Jayden.
Kamu empat je ke ? Para Knight yang lain mana?" Kata Sir Jayden. Ivan membuat muka apabila melihat gadis dibelakang Sir Jayden malu malu memandang mereka.
Menyampah' bisik Ivan sebelum kembali menghirup wain. Rayder yang mendengar terus membulat mata manakala Felix mengigit bibir menahan ketawa.
Ehem ye kami berempat je masuk dalam dewan sini. Knight yang lain berjaga ditempat lain" kata Kai. Dia juga cuba untuk kawal ketawa namun bila memikirkan Sir Jayden ditahan jelah.
Ahh saya lupa nak perkenalkan . Ini satu-satunya anak gadis saya "Kata Sir Jayden sambil menunjuk ke arah seorang gadis yang berambut pink. Dia tersenyum malu apabila ayahnya memperkenalkan dirinya dihadapan Knight.
Em hai saya Lily Sandra " kata Lily . Matanya menjeling ke arah Ivan yang bersantai langsung tidak tergugat akan kecantikkannya
Oh em hai " kata Ryder senyum terpaksa. Kai dan Felix juga begitu. Manakala Ivan hanya buat tidak tahu.
Belum sempat Lily nak buka mulut percakapannya dipotong oleh suara pengawal penjaga pintu.
Dipersilakan Duke Eddie Silver dan Putri-Putrinya nya !" Kedengaran suara penjaga pintu dewan istana bercakap.
Ivan dapat lihat dengan jelas muka Lily apabila melihat para putri Duke Eddie keluar.
Kecantikkan mereka menyebabkan orang ramai didalam dewan tersebut memuji kecantikkan mereka . Begitu juga Ivan dan sahabtnya . Namun tidak bagi lily . Mukanya terkejut habis . Ivan yang melihat hanya pelik.
________
Abaikan Kesalahan ejaa 😔✊
YOU ARE READING
B4: Second Life at Fantasy world
Fantasy" My beloved princess" merupakan sebuah novel yang sangat terkenal. Kemunculan watak utama iaitu Putri Lily Sandra dari kerajaan Fairies dan Putra Tyler Scott dari kerajaan Wonderland. Namun, sudah tentu dalam novel tersebut akan ada watak jahat iai...