O N E

57 3 4
                                    

* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *

"Asahi hyung! Jeongwoo hyung! Jaehyuk hyung! Teman hwan keluar! Dah dah lah tu tengok Going Seventeen tu"

Kedengaran suara junghwan bergema dalam dorm mereka. Junghwan sudah pun bersiap dengan baju sejuk dan pelitup muka sebagai disguised.

Haruto yang berada di sebelah Junghwan menggulingkan matanya. Sudah masak dengan perangai mereka yang bukan reti nak teman orang

"Daripada tunggu diaorang, kau pergi ngan aku jelah hwan. Buat bazir masa je tunggu. Lagipun kita nak pergi beli barang dapur je kan?" Haruto bersuara sambil memakai kasutnya.

"Ah yelah. Kejap hwan call hyunsuk hyung. Nak bagitahu dia kita pergi beli barang dapur. Malas pulak hwan nak singgah dorm diaorang"

Mereka mempunyai dua dorm. Hyung line dengan maknae line.

Junghwan mengambil telefonnya di poket lantas menekan butang call pada nama "hyunsuk hyung"

Sementara junghwan menunggu panggilannya di angkat, doyoung tiba di hadapan pintu keluar.

"Eh korang nak pergi keluar beli barang dapur ke?" Tanya Doyoung kepada mereka.

"Haah, kalau dobby hyung nak ikut pun boleh. Tapi baik hyung tengokkan tiga ekor tu ha. Tengok GoSe tak ingat dunia" kata Haruto. Dia juga minat seventeen sunbae seperti yang lain . Tapi benda tu boleh pause tau. Sambunglah dah balik nanti.

"Ha iyelah, dah bagitahu eomma ke belum?" Tanya Doyoung

"Hwan tengah call" Haruto menjawab sambil menunjukkan jarinya ke arah maknaenya yang sedang berada dalam call dengan "eomma" kesayangan mereka.

Junghwan mengakhiri panggilannya.

"Hyung kata boleh. Tapi yedam hyung kirim suruh beli syampu. Katanya dah habis" Kata junghwan.

"Ha okay. Dah dah jom. Nanti lagi lambat pulak" kata haruto lantas membuka pintu dan keluar.

"Uh. Doy hyung nanti kunci tau. Bye!" Junghwan menutup pintu dorm lalu berjalan kaki ke kedai runcit terdekat bersama haruto.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

"Hwan kau tunggu luar jap. Hyung nak bayar barang yang kita beli ni. Dah cukup kan?"

Junghwan mengangguk. Haruto terus membawa barang yang berada di dalam bakul itu ke kaunter bayaran. Junghwan pula berjalan menuju ke luar kedai tersebut.

Sementara junghwan menunggu haruto membayar, ada seorang budak perempuan berpakaian putih dan berkasut merah menuju ke arah junghwan.

Semakin dekat dia datang. Junghwan terperasan yang tangannya terluka. Mungkin akibat terjatuh.

"Abang. Boleh tolong saya balut luka ni tak?" Tanyanya gadis itu sambil menghulurkan handyplus kepada junghwan.

Junghwan dengan baik hatinya mengangguk. Dia mengambil handyplus itu daripada tangan budak perempuan itu dan menyangkung.

"Adik camne boleh terluka ni?" Tanya junghwan sambil menampal handyplus itu ke tangan gadis  yang luka itu.

"Oh ni? Saya terjatuh tadi bila bermain" kata gadis itu.

Aduh. Comel je junghwan tengok gelagat perempuan kecil ini.

Dia bangun selepas selesai menampal handyplus.

"Ohhh. Ha dah siap! Lain kali hati hati ye? Mana eomma appa kamu?" Tanya junghwan. Agak hairan kenapa gadis kecil ini berseorangan tanpa orang dewasa.

"Saya datang berseorangan" katanya sambil menundukkan pandangan.

Junghwan mengeluh " budak kecil macam awak ni mana boleh keluar sorang sorang. Mesti eomma appa kamu risau" kata junghwan panjang lebar. Gadis itu mengangguk.

"Nak abang call ke?" Tanya junghwan.

"Takpe abang nanti saya baliklah" jawab gadis kecil itu. Kemudian dia pandang ke arah langit.

Junghwan turut pandang bersamanya. Langit kelihatan jingga dan biru. Dan ternyata ada satu bintang yang sangat menyerlah.

"Abang buatlah hajat" kata gadis itu.

"Abang berharap, hyung-hyung abang tu boleh tolong abang buat kerja. Tak salah layan GoSe tu. Tapi tolonglah. Penat pulak kengkadang. Dahlah tengok tanpa hwan. Karang jadi anggota baru seventeen sunbae, memang abang tak tahu" kata junghwan sambil menjuih bibirnya. Meluahkan segala perasaan.

Gadis itu tergelak kecil melihat gelagat junghwan.

"Bang nah ambik ni"

Junghwan memandang budak itu dengan penuh soal. Dia menadahkan tangannya dan budak itu memberikannya satu gelang yang mempunyai batu permata seperti bentuk diamond. Tapi tak un. Sebab dia punya bentuk macam. Separuh?

Junghwan ingin memberikannya semula. Tetapi budak tu nampak desperate sangat jadi dia pun tak fikir panjang ambik jelah.

"Terima kasih"

"Abang kalau ada benda pelik pelik terjadi. Jangan panik tau?" Kata gadis itu.

Junghwan mengangguk dengan penuh rasa hairan. Apa maksud dia dengan pelik?

Tiba tiba ada seseorang memukul bahu junghwan menyebabkan dia terkejut.

"Ish kau ni hyung. Terkejut aku" katanya selepas melihat bahawa Haruto yang mengurnya dari belakang. Dia tersenyum sumbing sambil memegang bag plastik.

"Kau tadi cakap dengan sape? Ko main rancak lagi" tanya Haruto kepadanya.

"Oh aku tengah cakap dengan budak kecil ni—" dia menoleh ingin menunjuk gadis yang dia baru sahaja berbual bersama tetapi dia sudah tidak berada di sini lagi.

"Eh? Dah hilang?" Soal junghwan pelik.

"Entah entah kau cakap ngan hantu junghwan. Dahlah dah nak malam." Kata haruto selamba.

Junghwan memukul lengan haruto. "Bukan hantu lah. Hyung jangan cakap benda bukan bukan boleh tak"

Haruto tergelak kecil. "Iye iye. Dah tolong aku angkat ni semua bawak naik dorm. Susah hidup aku nak bawak semua benda ni sorang sorang"

Junghwan menggulingkan matanya sebelum mengambil sayu beg plastik daripada haruto dan beredar dari sana.

* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *

A/n: how was it? Okay ak? Yg ni inshallah habis ye cerita😭 sorry for everything🫶

Switch?! - Svt & trsr -Where stories live. Discover now