F I V E

30 3 1
                                    

* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *

"Sunbaenim, kitorang tengah dalam minggu berehat. Company bagi. Jadi kitorang selalu duduk je dekat dorm tu."

Jadi itulah apa yang vernon buat. Dia sekarang sedang berada di dalam bilik, baring sambil mendengar lagu. Dia sumpah tak tahu nak buat apa. Yang junghwan kata buatlah apa apa kecuali masak. Dia tak reti masak, katanya hampir terbakar dapur.

Tu yang dia dalam bilik je ni.

Dia baru sahaja ingin melihat jam di phone nya. Tibe tibe sahaja dia terdengar suara seseorang memanggil nama nya. Well nama 'junghwan'.

"Hwan! keluarlah dari bilik tu. Moh ler kita tengok gose sambil makan tengah hari ni."

Terkejut vernon bila dengar yang diaorang nak tengok gose. Going Seventeen. Seventeen punya show. Tapi tiba tiba dia teringat yang Treasure ni memang peminat tegar seventeen.

Dia tak sangka. Jauh betul mereka sekarang. Dari berlatih di basement dan perform didepan beberapa belas orang sahaja. Sekarang mereka mempunyai beribu ribu peminat, bukan di dalam negara malah seluruh dunia. Lagu mereka didengari oleh berribu orang.

Tiba-tiba bunyi pintu bilik dibuka. Tumpuan vernon terus berada di pintu.

"Hwan, kitorang nak makan tengah hari ni. Ko nak ikut tak?" Ajak jeongwoo.

Vernon pun mengagguk lalu meletakkan headphone nya di atas meja cermin dan terus bergerak menuju ke ruang tamu.

Nampaknya dia kena tengok muka dia dan member dia di skrin tv harini.

* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *

"Junghwan-ah cepatlah! Kalau tak hyung main je video ni dulu!". Jerit jaehyun? Jaewoo? Jaehyuk? Ha gitulah namanya.

"Iyee non— junghwan datang. Sabarlah sikit" ucap vernon.

Heol.

Camne dia nak survive ni? Untung dia tukar badan dengan junghwan. Bayangkan tertukar badan dengan dino? Woah mahu mati mental dia nak bertahan.

#DinoMaknaeTersakiti

Dia mengambil sandwich yang dibuat oleh jihoon lalu duduk di atas sofa di antara haruto dan doyoung.

Oh semua member ada dekat dorm maknae. Punya terkejut Vernon tadi tengok. Dahlah mamat ni belum sempat buat research pasal treasure. Kalau ingat pun maybe yang dalam dorm ni je.

"Hyung kau nak bukak episode mana ni?" Tanya haruto kepada asahi? Hah ye asahi.

"Aku nak rewatch balik don't lie 2. Korang okay?" Tanya asahi pula kepada member yang lain.

Semua mengangguk.

Dan mereka semua mengambil makanan dan bersedia. Lalu video pun mula dimainkan.

Tapi mata vernon langsung tak fokus kepada video yang dimainkan.

Kedua matanya fokus melihat member treasure yang khusyuk menonton GoSe.

Dia rasa sangat terharu. Dia tahu yang memang carat ada. Tapi melihat satu group junior merupakan carat is another level of terharu.

Switch?! - Svt & trsr -Where stories live. Discover now