BAB 5

51 5 0
                                    

Puteri Nia menghalakan busur tepat pada sasaran. Perlahan-lahan dia menarik tali panahan sambil menyasarkan panah tepat ke tengah sasaran. Masa diambil sedikit panjang supaya panahnya tidak terganggu oleh angin yang bertiup agak kuat.

Aim… Shoot!

Anak panah menuju ke arah yang dia inginkan. Yes! Ke hati awak.

Eh, tiber…..

Tepukan bergema di padang sasar Istana Terra yang terletak di bahagian tenggara. Guru memanah, Cik Qhalisya nampak gembira dengan prestasinya pagi ini. Dayang Maya dan dua dayang lain menemani mereka pada pagi tersebut. Selalunya hanya Dayang Maya. Entah mengapa tiba-tiba ramai dayang ditugaskan untuk menjaganya. Takut dia buat hal lagilah tu.

“Syabas tuan puteri. Prestasi tuan puteri meningkat daripada sesi yang lepas. Nampaknya latihan telah membuahkan hasil.” ujar Cik Qhalisya penuh semangat.

“Itu kerana beta punya guru yang bagus.” Puteri Nia bermanis mulut.

“Tidaklah tuanku. Ini semua berkat usaha tuanku.”

“Kalau begitu, ini adakah atas usaha kita berdua.”

“Baiklah. Ampunkan patik, tuanku. Nampaknya kelas kita tamat di sini. Patik mohon untuk pulang terlebih dahulu dahulu.” Cik Qhalisya meminta kebenaran untuk pulang ke pejabat.

“Baiklah. Dayang Dhuha dan Dayang Amni, iring Cik Qhalisya sehingga ke pintu besar ya.”

“Menjunjung titah, tuanku.”

Setelah kelibat Cik Qhalisya hilang dari pandangan, Puteri Nia terus melepaskan keluhan berat sambil merenggang otot yang sudah tegang akibat memanah selama beberapa pusingan.

“Tuan puteri. Seorang puteri tidak elok duduk terkangkang seperti orang lelaki.” Dayang Maya mengingatkan Puteri Nia yang sudah bertukar karakter. Perubahan karakter ini terjadi seperti suis lampu lagaknya. Sekali petik menyala, sekali lagi petik terus terpadam.

Pandai juga Puteri Nia melakonkan watak sebagai seorang puteri yang lemah lembut, sopan santun dan lembut pertuturannya. Jika orang jumpa Puteri Nia di luar, pasti tidak menyangka watak sebenar Puteri Nia yang sedikit kasar, nakal dan degil. Mungkin sebab Puteri Nia dibesarkan bersama tiga orang abang, oleh itu, perwatakannya hampir menyamai lelaki berbanding perempuan.

“Biarlah beta pause sekejap. Penat la bila terpaksa berpura-pura ini.” Puteri Nia mengetuk perlahan bahu yang sengal. Dayang Maya terus dayang dan mengurut bahu tersebut.

“Untuk kebaikan tuan puteri juga.” tambah Dayang Maya.

“Kenapa? Takut beta tidak kahwin kerana sikap beta yang kasar?” Puteri Nia menjeling manja ke arah Dayang Maya yang tersengih ibarat mengiakan segala yang dipertuturkan tadi.

“Bukan setakat itu. Patik takut bakal suami tuan puteri kecut melihatkan karakter Puteri Nia yang sebenar.” Dayang Maya mengekek. Dia betul-betul teringin melihat situasi berlaku.

“Jangan risau. Beta akan berkahwin jika orang itu terima beta luar dan dalam dengan sebaiknya.”

“Aminn.” Dayang Maya mengaminkan doa Puteri Nia. Aipp, kata-kata itu juga ibarat satu doa.

Pecah ketawa mereka berdua di situ. Perbualan mereka bersambung berkaitan dengan impian seorang wanita yang ingin membina rumah tangga suatu hari nanti. Dayang Maya sememangnya rapat dengan Puteri Nia. Mungkin juga kerana mereka sebaya atau kerana Dayang Maya ialah teman sepermainannya sejak kecil. Dari dulu mereka ibarat seperti kacang dan kulit.

Mereka berdua seronok bercerita sehingga tidak menyedari derap kaki yang menghampiri.

“Amboi, seronoknya bercerita.” Permaisuri Nisrina menegur. Kalut-kalut Dayang Maya merafak sembah. Permaisuri Nisrina mengambil tempat duduk di sebelah Puteri Nia.

Brave Heart Where stories live. Discover now