BAB 9

44 5 0
                                    

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat negara Terra. Negara Ignis telah membuat kunjungan besar ke negara Terra untuk mengukuhkan hubungan dua hala. Memandangkan pada pertemuan lepas di persidangan antarabangsa ketika Soltis Musim Panas. Raja Haq berharap hubungan dua negara akan pulih dan lebih erat daripada sebelumnya.

Suka atau tidak, negara Ignis ialah rakan dagangan terbesar negara Terra. Kebergantungan mereka terhadap satu sama lain adalah tinggi oleh itu sebaik mungkin hubungan ini harus dijaga. Kunjungan kali ini amat bermakna kerana keluarga Diraja Ignis sendiri yang turun padang, bukan wakil kerajaan seperti kebiasaannya.

“Beta sangat senang dengan kehadiran Raja Baim dan keluarga ke negara tak seberapa beta ini. Selamat datang ke negara Terra.” Raja Haq menyambut tetamunya dengan penuh meriah.

“Terima kasih tuanku. Beta juga amat senang datang ke sini. Kali terakhir berkunjung ke sini rasanya ketika Putera Badzil masih lagi di sekolah menengah rendah. “ Raja Baim membalas.

Bersama-sama dengan Raja Baim, Permaisuri Mia dan Putera Badzil turut hadir. Semestinya bagi putera sulung negara Ignis, Putera Badzil harus bersedia untuk mengambil alih takhta suatu hari nanti. Oleh itu, dia perlu mengetahui banyak perkara tentang hubungan sesama negara serta menyertai kunjungan penting.

“Sunyi saja istana hari ini? Ke mana pergi semua anakanda tuanku?” soal Raja Baim. Sedari tadi, Raja Baim tidak nampak walau satu bayang putera dan puteri negara Terra.

Putera Badzil juga ikut memanjangkan leher mencari kelibat yang disebut oleh Raja Baim. Semestinya dia juga sedang mencari-cari seseorang yang terlalu ingin berjumpa.

“Maafkan beta. Putera-putera sekarang sibuk dengan beberapa hal mustahak negara. Manakala puteri anakanda beta. Haaaa.” satu keluhan terlepas dari bibir Raja Haq membuatkan Raja Baim panasaran.

“Mengapa tuanku?”

“Banyak yang berlaku. Nanti kita ceritakan lebih lanjut. Tuanku pasti penat kerana mengembara jauh. Apa kata jika semua rehat dahulu. Malam ini kita akan adakan jamuan besar-besaran bagi meraikan kedatangan rombongan dari Ignis.” ujar Raja Haq penuh semangat.

Raja Baim, Permaisuri Mia dan Putera Badzil diiringi oleh dayang istana menuju ke kamar mereka. Selepas keluarga Diraja Ignis hilang dari pandangan, Raja Haq bergegas ke kamar Puteri Nia. Ada beberapa perkara yang perlu disampaikan kepada puteri bongsunya.

Di kamar, Puteri Nia sedang melukis di balkoni. Pemandangan Terra dari biliknya sangat cantik jika dipahatkan ke dalam bentuk lukisan. Tetapi kali ini pemandangan yang dia banggakan itu tidak membawa ketenangan pada dirinya.

“Haih.” keluhan entah kali ke berapa terpacul keluar daripada mulut Puteri Nia.

“Ampun tuanku. Sekian kali patik mendengar keluhan berat itu. Ada yang tidak kenakah?” tanya Dayang Maya. Sejak mereka dikenakan hukuman house arrest, Dayang Maya setia menemani Puteri Nia di kamar. Malah, lebih banyak masa menemani berbanding sebelum ini.

“Beta bosan. Bila hukuman kita bakal berakhir? Sudah lama tak jejak tanah luar.” rungut Puteri Nia.

“Oleh itu, patik harap selepas ini tuanku jangan terburu-buru untuk bertindak. Patik faham dengan niat tuanku ke Hutan Dolorem tetapi tuanku perlu ingat akan bahaya yang datang.”

“Kes selesai. Mengapa ayahanda masih tak berpuas hati?”

“Tuanku Raja Haq cuma risaukan tuanku puteri. Bayangkan betapa luluh hati seorang bapa apabila mendengar puteri kesayangan berdepan bahaya seorang diri? Jika tuanku berada di situasi Raja Haq, apa perasaan tuanku?”

“Beta mengerti. Tetapi semuanya baik-baik saja kan?”

“Kita bernasib baik tiada perkara buruk yang terjadi. Kalau tidak?”

Brave Heart Where stories live. Discover now