(MRH) 1 ~ PENGENALAN

192 5 2
                                    

Suasana dipagi itu sungguh menyenangkan, dengan kicauan burung-burung yang menceriakan dan disusuli dengan cahaya matahari yang membiaskan cahayanya keseluruh alam. Namun tidak bagi seorang yang bernama Aqayla Qistina. Bunyi penggera dari fonnya mengganggu tidur lenanya.

"Adoi, bisinglah fon aku ni! Time aku nak mimpi indah je, disitu juga dia nak melalak. Tak boleh ke bagi mimpi aku tu habis dulu!? Dahlah susah nak sambung balik mimpi tu." Amboi membebel macam mak nenek. Bukan Aqayla kalau tak merungut pagi-pagi *Author rolled eyes*

Dengan terpaksa, dia tetap mengagahkan diri untuk mencapai fonnya dan terus mematikan penggera. "Haaa, barulah tenang sikit rasanya. Nak sambung tidurlah! Mana tahu boleh mimpi bertemu dengan Kerabat DiRaja ke? Hehehe" Ingat mimpi ni macam request makanan ke Aqayla oi!?

"Diamlah author! Sibuk je." - Aqayla

"Ampunkan patik Tuan puteri!" *Author rolled eyes*









JAM 12.30 TENGAHARI

"Aqayla Qistina, bangun! Anak dara apa bangun lewat tengahari ni? Macam mana rezeki tu nak ada kalau bangun tu matahari pun dah tegak atas kepala." Puan Sri Lara dah terpekik memanggil anak daranya yang manja tu.

"Ya ma, Qayla bangun dah ni, lipat selimut jap!" Padahal masih duduk dengan mata terpejam. Mamai tak hilang lagi Budak ni. Dengan rambut yang serabai dah macam Hantu Kak Limah dah rupa. Hahaha

"Kamu jangan nak tipu Mama ya, Qayla. Mama tau kamu masih duduk terpejam mata kat atas katil tu." Puan Sri Lara kenal sangat dengan perangai Qayla yang tak pandai berubah tu. Al-maklumlah anak bongsu la katakan. Semua perangai Qayla yang tak semengah tu Puan Sri Lara tau. Perangai anak sendirikan, mestilah tau. Macam manalah bakal suami Aqayla ni nak hadap perangainya nanti ya.

Seusai selepas Puan Sri Lara menjerit tdi, Aqayla bangun dan terus pergi ke bilik mandi membersihkan diri. Selepas itu dia pun turun pergi ke tingkat bawah untuk makan. Pembantu rumah mereka iaitu Mbak Lasti dan ada lagi 3 orang perempuan muda yang bertanggungjawab untuk bahagian dapur. Manakala, untuk bahagian pembersihan rumah ada 4 orang juga. Di bahagian laman dan luar pun sama juga ada 4 orang pembantu yang ditugaskan. Fuh, tengok bertapa kayanya keluarga Aqayla ni ya. Pembantu rumah sahaja dah ada 12 orang. Lahir didunia memang di dalam dulang emas la kau Aqayla. *Jom nangis bersama Author*

Aqayla mempunyai seorang Abang dan kakak, kiranya dia ni anak bongsulah. Sebab tu terlebih manja dan gedik.*Author rolled eyes*

"Amboi Author, suka hati je cakap Aqayla gedik." - Menyampah dengan Author

"Ada saya kisah ke?"*Evil laugh* - Author

Abang Aqayla sedang bekerja di syarikat Papanya sebagai CEO untuk bahagian Marketing & Investment. Manakala, kakaknya pula bekerja sebagai pereka fesyen yang terkenal di Malaysia mahupun luar negara. Kakak Aqayla mempunyai butik sendiri yang diusahakannya dan mempunyai cawangan diseluruh negara.

Nama abang Aqayla ialah Syed Hayder Umar Dzulkarnain, manakala kakaknya bernama Sharifah Aqayra Jane. Papa mereka pula, bernama Tan Sri Syed Mustafa Malique. Dorang ni ada keturunan Arab dan Turki. Tidak hairanlah kalau mereka ni ada hidung yang mancung, putih, kacak lepastu tinggi pulak tu. *yang pendek bolehlah menangis*








KEDIAMAN KELUARGA HANZ AYDEN

Suasana pada petang itu sungguh riuh rendah disebabkan Hanz akan balik dari luar negara pada petang itu juga. Keluarga Kerabat DiRaja sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut pulang anak kesayangan mereka yang telah lama duduk diluar negara oleh kerana sedang menjalani latihan ketenteraan yang dikhaskan untuk Kerabat DiRaja sahaja.

"Hmmm, tak sabarnya nak jumpa Ayahanda dan Bonda bila sampai Malaysia nanti." Gumam sendiri Hanz

Itulah perkara yang setiap hari difikirkannya jika berada diluar negara, dia akan memikirkan Ayahanda dan Bondanya dahulu baru adik-beradiknya yang lain serta keluarga kerabatnya.

Hanz yang berada di dalam jet peribadinya sendiri sedang sibuk mengamati fonnya. Perjalanan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke Tanah Air sendiri. Hanz binggung memikirkan hal yang diberitahu oleh abangnya sendiri semasa mereka berbual dalam fon.

"Kenapa aku yang kena tanggung semua wasiat keluarga?"- Bisik hati Hanz tidak puas.

"Aku pun nak ada pilihan aku sendiri, tetapi takpalah demi Ayah dan Bonda Hanz turuti kehendak Ayah dan Bonda. Ayah dan Bonda syurga Hanz dunia akhirat." - Hanz pasrah dan berserah kepada-Nya.

Jet peribadi Hanz telah selamat sampai di Tanah Air. Hanz mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan keluarganya di Malaysia.

Hanz berada diluar negara dalam tempoh yang agak lama kerana dia menyambung pelajarannya disana. Dia dapat balik pun dalam berapa bulan sahaja, selepas itu kena balik ke luar negara semula. Begitulah kehidupan Hanz Ayden yang selalu terpisah jauh dari keluarga besarnya di Malaysia. Selepas dia tamat pelajarannya dalam bidang Master of Science Psychology, dia diarahkan oleh Ayahandanya untuk mengikuti latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, England (RMAS). 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

















Agak-agak korang berapa umur Hanz eh? Dalam bab ni hanya pengenalan sahaja. Bab seterusnya baru ada best sedikit. Jangan lupa vote,dan komen ya guys. Tq, sbb sudi baca cerita saya ni ;)

MY ROYAL HUBBYWhere stories live. Discover now