(MRH) 13 ~ MANJA

125 3 0
                                    

Baru sahaja semalam majlis perkahwinan mereka, hari ni mereka berdua balik kerumah Aqayla dahulu. Hanz ikutkan sahaja kehendak Aqayla untuk bermalam dirumahnya dahulu, nanti esok baru kerumahnya pula. Sayang binilah katakan. Dia suka sangat manjakan Aqayla, sebab dia yang mahukan Aqayla bermanja dengannya.

"Hubby kita balik rumah Mama dan Papa dulu tau, nanti esok kita tidur rumah Hubby pulak. Boleh ye suamiku sayang?" Aqayla memujuk dengan muka comelnya. Hanz tidak tahan melihat kecomelan Aqayla disebelahnya. Dia mengiakan sahaja permintaan Aqayla. Dia mengusap kepala Aqayla seperti budak kecil.

"Boleh Bunny. Hubby ikut je. Hubby tak kisah pun nak tidur mana. Tidur luar pun Hubby sanggup. haha." Loyar buruk pulak Hanz ni dengan Aqayla.

"Ish, Hubby ni kan suka main-main tau! Sayang bagi tidur luar betul-betul baru tahu. Tak payah peluk sayang kalau tidur. Peluklah guling tu je."

"Hahaha..Hubby tak kisah pun. Hubby dah biasalah tidur tak ada bantal peluk, bluerk! Tidur luar beratapkan langit pun dah biasa. Hubby takut Sayang je tu tak boleh tidur sebab Sayang tu pantang nampak lengan sado Hubby ni hah. Mesti nak peluk je kerjanya. Tengoklah macam sekarang ni hah, peluk tak mau lepas..hahaha."

Sakan Hanz mengusik Aqayla. Dia suka tengok muka Aqayla yang masam tu dengan mulut kedepan macam itik. Comel dia tengok. Hanz mengusap kepala Aqayla cuba untuk memujuknya kembali. Diambilnya tangan kanan Aqayla digenggamnya erat. Diciumnya banyak kali dan diletakkannya diatas peha kirinya.

Aqayla yang melihat perangai Hanz yang cuba memujuknya rasa seperti ada rama-rama terbang di perutnya sekarang. Aqayla saja buat muka masamnya sebab nak tengok Hanz boleh sabar tak pujuk dirinya. Tapi sebenarnya dalam hati memang dah suka sangat dipujuk oleh suami macam ni.

"Tak payah nak merajuk sangatlah sayang. Hubby gurau je tadi tu. Hubby memang suka gurau kasar, sayang kena biasakan diri lah ye. Lagipun Hubby suka tengok sayang manja dengan Hubby. Tak payah nak jual mahal sangat macam sebelum kita kahwin tu, Hubby cintakan sayang dengan penuh ikhlas dunia hingga ke Jannah. I love you so much Aqayla Qistina."

Aqayla terharu mendengar pujukan dan luahan cinta Hanz kepadanya. Dia rasa air matanya mula mengalir di pipinya. Dia sangat bersyukur dapat suami yang penyayang dan sabar seperti Hanz Ayden ini. Dulu dia tak pandang sangat Hanz disebabkan terlampau miang, tapi bila sudah menjadi suaminya baru dia tahu Hanz memang romantik dan gentleman orangnya.

Hanz menarik Aqayla ke dada kirinya, disebabkan dia tengah memandu sekarang dia tidak dapat memeluk sepenuhnya. Aqayla menyandarkan kepalanya di dada kiri Hanz kerana dia sedang menangis sekarang ini.

Aqayla rasa bertuah sangat dapat bersuamikan Hanz Ayden. "Sayang minta maaf sangat dekat Hubby. Sebelum ni memang Sayang tak sukakan Hubby disebabkan perangai Hubby yang miang tu. Tapi Sayang tidak boleh menidakkan yang hati Sayang memang sudah terpaut dengan kesabaran Hubby melayan karenah Sayang. Sayang sudah mula jatuh cinta dekat Hubby sejak Hubby tinggalkan sayang selama 3 bulan haritu. Sebab Sayang rasa sunyi sangat tak ada orang kacau Sayang macam Hubby selalu buat."

Hanz tersenyum gembira mendengar luahan hati Aqayla dan permintaan maaf darinya. Dia rasa tidak sia-sia dia bersabar melayan karenah Aqayla sebelum ini. Akhirnya cintanya terbalas juga, dia tidak lagi bertepuk sebelah tangan. Hanz mengusap-usap rambut Aqayla, dibelai-belai manja layaknya seperti seorang puteri. "I love to pamper you always Bunny. I want you always seek my attention to pampering you, okay!?"

Aqayla mengangkat kepalanya dan melihat muka Hanz dari tepi. "Baiklah suamiku sayang. Sayang hanya akan manja dengan Hubby sahaja. Sebab dulu tugas Mama dengan Papa, Along dan Kak Ngah. Sekarang Hubby yang ambik tugas dorang pulak."

Hanz mengusap kepala Aqayla seperti biasa. Tetapi matanya menghadap kedepan kerana tengah fokus memandu. Aqayla tersenyum riang bila Hanz usap kepalanya. Dia suka sangat bila Hanz usap rambutnya seperti kanak-kanak.

MY ROYAL HUBBYWhere stories live. Discover now