KEDIAMAN RUMAH AQAYLA QISTINA
Orang yang Aqayla Qistina benci dan meluat nak tengok akhirnya jadi tunangnya juga. Dia begitu tak menyangka yang Hanz Ayden akan menjadi tunangnya.
Walaupun Aqayla tidak berapa suka dengan perangai Hanz yang semakin gatal dengannya, dia terpaksa juga hadapi demi keluarganya. Dia tak mahu kerana keterpaksaannya terhadap pertunangan ini, dia tidak mahu berkahwin dengan Hanz nanti.
Setelah genap seminggu hari pertunangan mereka berdua, Hanz cuba untuk mengajak Aqayla pergi bersiar-siar dengannya. Tetapi Aqayla cuba untuk mengelak dari Hanz kerana dia masih tidak boleh menerima Hanz yang jadi tunangnya.
Aqayla yang termenung di halaman taman rumahnya, tiba-tiba dikejut oleh seseorang.
"Baaa!"
"Arrgghh! Ish, awak ni kan buat saya terkejut la!" Terkejut sambil merengus marah Aqayla.
Hanz yang dari tadi melihat Aqayla termenung saja menyakatnya. Sebab, sejenak dia datang kerumah Aqayla, Aqayla tidak perasan pun kedatangannya.
"Alololo, kesiannya dia terkejut. Merah dah muka tu, eee, geramnya saya tengok. hahaha." Seloroh Hanz dengan nada mengusik.
Aqayla yang mendengar kata-kata Hanz itu segera memberikan penumbuk padu.
"Aduh, Sakitnya! Itu tangan ke batu?" Hanz mengadu sakit kepada Aqayla.
"Padan muka! Kacaulah lagi, kalau nak kena penumbuk saya!?" Jawab Aqayla dengan tegas sambil acah bagi penumbuknya yang tak seberapa tu.
"Eleh penumbuk awak tu kecik je dari saya. Orang gurau sikit pun tak boleh. Garang betul."
Aqayla hanya membiarkan sahaja Hanz bercakap sendirian. Malas dia mahu melayan perangai tunangnya yang tak berapa betul tu.
"Aqayla..." Panggil Hanz kepada Aqayla.
"Apa dia? Nak penumbuk lagi ke?" Jawab Aqayla dengan ugutannya.
Hanz yang mendengar jawapan Aqayla hanya ketawa geli hati. Garang betul tunangnya ni. Auummm.
"Janganlah garang-garang sayang. Gigit nanti baru tahu, auummm!" Sekali lagi Hanz mengusik Aqayla.
Aqayla dengan pantasnya menampar pipi Hanz.
PANG!
Hanz yang terkena tamparan Aqayla terkejut terpaku. Apa tidak terkejut, Aqayla tampar dia kuat pulak tu. Merah dah pipinya disebabkan dia memang berkulit putih sama seperti Aqayla.
Hanz mengusap pipinya yang kemerahan akibat kesan tamparan dari Aqayla. Aqayla masih marah dengan Hanz sambil dia menggenggam penumbuknya.
"Kenapa awak ni miang sangat ye dengan saya, Hanz!?"
"Kenapa tak boleh ke saya ni miang dengan awak, tunang saya sendiri?" Sambil Hanz mendekatkan mukanya kepada Aqayla. Tinggal berapa cm lagi muka dorang berlaga.
"Saya tak suka dengan perangai awak yang awal-awal lagi dah miang ni. saya tak selesa. Saya bukan perempuan jalang yang senang-senang awak nak main-mainkan." Terang Aqayla kepada Hanz dengan nada tegas.
Hanz hanya mampu berdiam diri sahaja selepas mendengar percakapan Aqayla itu. Dia cukup sabar dengan perangai Aqayla yang selalu sahaja naik tangan kepadanya.
Lagipun Hanz tidak kisah dengan perangai Aqayla yang garang ni, dia sanggup walaupun Aqayla pijak dia sekalipun. Sayanglah katakan.
Tiba-tiba Hanz tersengih seperti seorang psiko.
Aqayla yang melihat perubahan wajah Hanz, tiba-tiba merasa seram.
"Heuh! Aqayla, Aqayla. Saya usik sikit dah bagi saya penampar. Awak tak takut ke kalau saya balas balik apa awak buat tadi tu?" Hanz sengaja mengusik dengan nada psiko.
YOU ARE READING
MY ROYAL HUBBY
RomanceMengisahkan tentang dua insan yang tidak sama darjat tetapi takdir menentukan mereka untuk Bersama. Mampukah seorang lelaki yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Kerabat DiRaja yang ingin memikat gadis idamannya yang selalu melarikan diri...