Masuk seminggu hari perkahwinan Rayzal dan Sofea, manakala Hanz dan Aqayla pula sudah masuk 1 bulan lebih. Hari ni Rayzal berjanji ingin pergi ke Sabah selepas dia sudah berkahwin dan dia akan bawa Sofea sekali. Dia sudah memberitahu Hanz terlebih dahulu sebelum mereka berlepas balik ke Sabah minggu lalu.
"Sayang! Abang nak bawa Sayang bercuti ke Sabah ni tempat Hanz dan Aqayla. Kira macam Honeymoon kitalah tapi dalam negara. Nanti kalau Sayang nak pergi luar negara bagitahu je Abang. Okay?"
"Wah, pergi ke Sabah!? Bestnya! Terima kasih sudi bawa Sayang bercuti ke Sabah. Sayang memang teringin sangat nak pergi ke Sabah. Tak sangka dapat pergi dengan suami sendiri hehe. Kalau pasal luar negara pulak nanti Sayang fikir nak pergi mana ye Abang."
Rayzal mengaguk kepada Sofea sambil mengusap kepala Sofea dengan manja.
------------------------------------
KOTA KINABALU, SABAH
Kandungan Aqayla sudah masuk sebulan lebih hampir dekat 2 bulan lambat seminggu dari usia perkahwinan mereka. Perutnya semakin membesar dan bayi baru ingin berkembang di dalam kandungannya.
Hanz yang baru sahaja balik dari tempat kerjanya dan ingin bertemu dengan isteri tercintanya. Hanz memberikan salam dan Aqayla menyambutnya pulang dengan menyalam tangannya. Selepas tangannya disalam Aqayla, dia pula mencium dahi, mulut dan ubun-ubun Aqayla sambil memeluk Aqayla. Diusap-usapnya kepala Aqayla seperti selalu.
Hanz menyimpan helmet motornya terlebih dahulu sebelum membawa Aqayla duduk bersamanya di sofa. Penat dia seharian bekerja dan bila ada isteri di sisinya dapat mengisi tenaganya semula.
"Sayang, Rayzal dan Sofea nak datang ke sini! Dorang nak bercuti sambil honeymoon sekali."
"Yeke Hubby!? Bila dorang nak datang sini tu Hubby? Kita pun pergi bercuti sekali juga ke, hehe?" Teruja Aqayla dengar apabila sepupunya tu nak datang ke Sabah.
"Hubby pun tak tahu hari apa dorang nak datang ke sini. Kita tunggu je la nanti. Hubby nak tunggu cuti Hubby lulus baru kita semua pergi sama-sama ke Kundasang."
Teruja Aqayla mendengar kata-kata suaminya itu sampai bertepuk-tepuk tangan dia. Hanz pun turut gembira melihat isterinya riang macam ni. Hanz mengusap kepala Aqayla kerana Aqayla nampak comel sangat macam kanak-kanak riang. Aqayla pun terus memeluk Hanz tanda terima kasih kepadanya.
--------------------------------------
Rayzal yang berada di dalam bilik pejabatnya sekarang ini tengah sibuk menyiapkan kertas kerja untuk disemak dan ingin dilaksanakan dalam bulan depan projek hotel mega dia orang.
Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar.
TOK! TOK! TOK!
"Masuk!"
Ada derapan kasut tinggi yang memasuki ruang bilik pejabatnya sekarang ini. Dia tahu P.A nya tidak akan memakai kasut tumit tinggi kerana P.A nya seorang lelaki.
Rayzal melihat kearah kaki dan kasut tinggi berwarna merah itu. Rasanya isterinya takkan pakai kasut tinggi kerana dia tahu isterinya seorang yang tak suka pakai kasut tinggi perempuan. Tapi dia teringatkan akan seseorang yang suka pakai kasut tinggi pada 5 tahun lalu. Membuntang mata Rayzal bila memori lamanya terimbas di fikirannya kembali.
"Hi Ray! Remember me?" Tiba-tiba suara itu menerpa ke telinga Rayzal dan mengingatkannya dengan seseorang yang pernah dia cintai 5 tahun lalu.
Rayzal mengangkat mukanya dengan tatapan yang penuh dingin. Dia tahu siapa gerangan yang berada dihadapannya sekarang ini. Rayzal malas bercakap, dia teruskan sahaja meneliti semua kertas kerja yang perlu dia semak.
YOU ARE READING
MY ROYAL HUBBY
RomanceMengisahkan tentang dua insan yang tidak sama darjat tetapi takdir menentukan mereka untuk Bersama. Mampukah seorang lelaki yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Kerabat DiRaja yang ingin memikat gadis idamannya yang selalu melarikan diri...