Panggilan telefon yang diterima sebentar tadi seolah-olah mampu membuatkan nafas ku terhenti.
Perkara yang sudah lama dinantikan akhirnya dapat juga.Argh!! Rasa nak menjerit hingga terkeluar anak tekak. "mommy kakak ada berita gembira!".
Pantas saja aku berlari ke dapur untuk menghampiri mamy yang tengah memasak.
"kau dah kenapa berteriak tak boleh panggil elok-elok ke?"kata mamy.''kakak dah dapat kerja, baru je tadi kakak terima panggilan telefon. Esok pagi kakak pergi interview doakan kakak ya mommy" ucap ku lalu berlari masuk ke bilik dengan kegembiraan.
𝓣𝓾𝓪𝓷 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓼𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵
♡♡♡"Kakak tak rasa panas kah?" Soal Alia kepadaku.
"Cuaca panas kan mesti lah rasa juga panas." Jawab ku.
"Jom kak jalan beli aiskrim, lagipun dah lama kita tak spentime." Ajak Alia.
"Hah jom, kakak pun nak makan aiskrim. Sekali kita jalan-jalan lah." Ajak ku kembali lalu mencapai kunci kereta di atas meja yang berhampiran dengan tempat duduk.
Dah lama tak keluar berdua. Sekali keluar semua tempat kami pergi. Lagipun sekarang sahabat aku cuma adik aku seorang ni. Nak ke mana-mana dengan dia saja lah nak jalan dengan siapa lagikan.
Hampir setengah jam lah juga kami pusing-pusing tak tahu nak ke mana. Dan akhirnya Alia cadangkan ke 7-Eleven, dah alang-alang kami bersebelahan saja dengan 7-Eleven terus saja aku parking kereta.
Mata dah mula gatal jeling peti besar aiskrim. Cun pula aiskrim kitkat duduk paling atas. Tekak terus gatal mengidam. Dah lam tak makan aiskrim kitkat gold ni, dah alang-alang kat sini apa lagi beli terus 5 aiskrim.
Lepas bayar, aku dan Alia jalan keluar. Terus aku buka plastik aiskrim sambil tangan menolak keluar pintu kedai. Baru sahaja aiskrim itu digigit sedikit tiba-tiba bahuku dirempuh. Kuat tak kuat, bergegar jugalah 3.1 skala Richter tubuh aku ni. Nasib baik tak terbalik.
♡♡♡
"oh shit ! damn it!"
Aku tak sempat menganalisa pemilik suara yang menyumpah itu apabila aku perasan yang Kitkat aku dah lesap dari tangan. Terus pandang bawah. Nak menangis aku tengok Kitkat aku yang tengah seronok bercium dengan lantai itu! Rezeki lantai. Waaa.... Kitkat aku!
"Mata.." Belum sempat adik aku cakap dah mencelah manusia yang buat tubuh aku bergegar dengan skala Richter di buatnya.
"Hei apa ni? Buta ke?" Aku mendengar komen tu. Suara garau yang agak keras. Terus aku angkat muka. Lelaki, muka agak tegang sambil gosok-gosok jaket kulitnya. Takut aku kotorkan jaket kulit mahal dia aganya.
Ewah... Buta kau panggil aku? Berasap rasa telinga. Macam tahu-tahu aku tengah marah, dia angkat muka. Mata kami berlaga. Terpaku juga aku dengan panahan matanya yang tajam itu. Sebab sumpah mata dia sangat lawa. Jeling tajam macam tu pun tetap lawa.
Oh muka macam ni aku klasifikasikan dia sebagai penyebar virus S.I. Apa tu S.I? S.I tu adalah sendeng inducing. Maksudnya bila dia lalu sebelah perempuan, perempuan mesti tersendeng-sendeng nak pandang lagi sekali. Lagi dan lagi dan lagi. Oh... Bahaya betul virus S.I ni!
Rambut gaya pacak. Kening agak lebat, kena dengan bentuk wajahnya. Hidung sekali tengok orang dah cakap mancung. Berjambang nipis dan terurus. Tak berserabut macam hutan belukar belakang rumah nenek aku. Just nice! Bibir pun merah. Tengah senyum sinis. Tapi dah cukup menunjukkan dua lesung pipit di pipinya. Sinis-sinis pun lawa. Kalaulah dia senyum manis...
Eh, kejap! Apa aku merepek ni? Dia senyum sinis? Aq terus tersedar. Sekali lagi mata pandang dia. Ya... Dia tengah senyum sinis. Macam tengah mengejek aku. Macam dah tahu itulah reaksi perempuan tiap kali terpandang wajah dia. Membuktikan lagi teori aku tadi. Menularnya virus S.I di udara. Cis!
YOU ARE READING
𝚃𝚞𝚊𝚗 𝙳𝚊𝚗𝚒𝚜𝚑 𝙼𝚒𝚔𝚊𝚎𝚕
Novela JuvenilCerita ini mengisahkan tentang Muhammad Danish Mikael yang jatuh cinta pada perempuan yang berpenampilan sederhana iaitu Nur Natasya Rania atau lebih dikenali sebagai tasya, kisah ini juga melibatkan tentang dendam yang bertahun lamanya di antara Da...