"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawa bantal. Malam-malam boleh cium." Sarkastik suara dia sesarkastik senyuman di bibir merahnya.
Merah muka aku! Kurang ajar! Aku mendengus geram. Terus aku mengalih pandang. Nampak aiskrim kitkat aku kat lantai. Rasa kembali marah dengan dia.
"Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang saje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan lutut." marahnya lagi.
Inilah kelemahan manusia. Bahasa tak seindah wajah. Amboi, sedap mulut mamat ni bercakap! Tegur baik-baik tak boleh ke? Lagi... Salah aku ke? Aku rasa dia yang salah. Sepatutnya aku yang marah dia. Jalan main rempuh orang saje. Ingat ni apa? Ragbi? Dia ingat dia besar daripada aku, dia boleh buli aku ke? Dia ingat dengan muka handsome dia tu aku nak control ayu ke?
Hei... Salah orang lah ni mamat!
"Ya... Memang Tuhan tak ciptakan mata kat lutut. Tapi Tuhan pun tak ciptakan mulut kat punggung. Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" marahku lagi. Dia nampak terkebil-kebil mendengar bahasa ku.
"sedara?" Aku tak tahu maksud suara dia tu apa. Dia tak faham ke sebab muka dia nampak blur? Baru mendarat dari planet Utarid ke apa mamat ni? Sedara pun tak tahu ke?
"ya... Sedara. Saudara-saudari cikebong cikebong." Aku cakap lagi kot-kot dia tak faham. Siap lagu aku bagi tu!
Lagi sekali mata dia mencerlung pandang aku. Muka serius. Aku buat tak tahu.
"Lagipun sedara, saya rasa sedara yang salah. Sedara yang langgar saya." Aku pula tuduh dia.
Betul apa? Nasib baik tak terbalik aku tadi. Ingatkan langgar tiang. Rupa-rupanya orang. Gegaran otak aku sebab terlanggar dada dia tu.
"Jangan nak..."
"Bang kau dari mana saja.." Baru saje dia nak menjawab, datang seorang lelaki kacak mencelah.
Hei... Tengah-tengah orang nak bertegang lehar ni, siapa pula sibuk nak mencari abang dia ni?
"what's wrong?" Suara lelaki itu bertanya dengan muka yang hairan.
"Aku terlanggar budak kecil." Ee mamat ni dia budak kan aku.
"Ok dah, jangan nak gaduh pulak kat sini malu lah orang lihat," Celah adik ku Alia.
"Dah kak, jom kita balik."
"Kau masih ada hutang tau dengan aku budak!"
"Hutang apa? Hutang budi ke?"
"Dah lah, malu nanti orang nampak dah besar nak gaduh pulak. Stop ya kak kita balik sekarang."
"Argh!" Teriak ku setelah sampai dalam kereta.
"Ee kau dah kenapa kak, ya Allah sakit telinga aku ni."
"Patut lah mamat tu budak kan aku, habis comot, eee kenapa aku tak sedar tadi tak pasal-pasal dapat gelaran budak." ujarku lagi .
"Tu lah makan pun comot macam budak darjah tau. Dah lah kak lupakan lah malas lah nak gaduh. Aiskrim seja kan nanti kita beli lagi banyak oke."
Setengah jam berlalu kami tiba di rumah. Agak geram lah sedikit aiskrim kitkat aku lesap sekelip mata eee kalau aku jumpa mamat tuu aku lenyek mu nya.
"Kakak duduk dulu sini ada benda mami nak cakap." Ujar mami serius.
"Ada apa mami?"
"Ada orang nak masuk meminang kat kakak."
"Kakak tak nak. Jangan paksa kakak." Bantah ku.
"Tapi kakak, mami dah banyak berhutang budi dengan keluarga lelaki tu."
"Kakak tetap tak nak mami." Aku tetap dengan pendirian ku. Aku memulakan langkah untuk keluar dari rumah. Bukan nak lari pula, tapi aku nak ambil angin serabut lah. Tak terfikir pun nak kahwin awal.
"Indah nya pemandangan." Gumam ku pelahan.
"Dekat sini rupanya kau. Mami kau suruh aku cari merata tempat tahu aku pergi rupanya kat sini. Menyusahkan orang saje kau tahu."
"Kau...."
___________________________________________
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
𝚃𝚞𝚊𝚗 𝙳𝚊𝚗𝚒𝚜𝚑 𝙼𝚒𝚔𝚊𝚎𝚕
Novela JuvenilCerita ini mengisahkan tentang Muhammad Danish Mikael yang jatuh cinta pada perempuan yang berpenampilan sederhana iaitu Nur Natasya Rania atau lebih dikenali sebagai tasya, kisah ini juga melibatkan tentang dendam yang bertahun lamanya di antara Da...